Didik Diri Untuk Belanja Lebih Berhemah, Jangan Tambah Hutang, Keadaan Sekarang Makin Sukar!

Didik Diri Untuk Belanja Lebih Berhemah, Jangan Tambah Hutang, Keadaan Sekarang Makin Sukar!

Didik diri untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan. Walau pun korang masih ada pekerjaan sebagai sumber pendapatan tetap, TAPI jangan leka! Sekarang bukan masa untuk bermewah-mewah! Pandemik ini masih belum berakhir dan tidak tahu bilakah ia akan berakhir.

Didik Diri Hargai Tiap Sen Yang Ada

Lihatlah di sekeliling kita. Makin ramai yang hilang punca pendapatan; dibuang kerja, bisnes makin drop dan sebagainya. Ada pula yang masih bekerja namun dipotong gajinya, bermakna sumber pendapatan mereka turut terjejas.

Pendek kata, masa sekarang semua orang tengah struggle, berjuang untuk meneruskan kehidupan masing-masing hingga terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupan diri dan keluarga.

Didik Diri Untuk Belanja Lebih Berhemah, Jangan Tambah Hutang, Keadaan Sekarang Makin Sukar!

Antara Keperluan Atau Kehendak

Ya, mungkin korang antara yang bertuah kerana masih memiliki pekerjaan dan punya gaji tetap. Bukan berniaga atau bekerja sendiri yang pendapatannya tak menentu. Pun begitu, korang tetap kena sentiasa berhati-hati dalam mengatur kewangan. Didik diri lebih berhemah dalam berbelanja.

Tepuk dada Tanya hati. Sebelum membuat keputusan membeli sesuatu, stop sejenak, Tarik nafas dan fikir secara logik. Apakah itu memang keperluan atau sekadar nak memuaskan kehendak diri? Misalnya membeli pakaian berjenama. Jika dulu ya, mungkin masih okay. Tapi dalam keadaan sekarang, korang kena berfikir selangkah ke depan.

Perlukah barangan mewah tersebut sedangkan saat ini korang kena berjimat cermat. Pakaian memang perlu tapi pakaian berjenama itu kehendak saja. Boleh tukar dengan membeli pakaian yang lebih murah dan kurang berjenama, namun kualitinya masih bagus.

Didik Diri Beli Tunai, Bukan Berhutang

Demi untuk memenuhi kehendak diri, ramai yang sanggup berhutang. Bayangkan, beli penapis air bayar bulanan, langgan bil internet, bil telefon, beli mesin penapis udara dan macam-macam lagi. Nampak sikit saja jumlahnya. Tapi kalau dihitung semuanya, berapa sebulan yang korang perlu bayar? Tak termasuk bil-bil seperti bil api dan bil air.

Itu belum lagi jenis yang suka beli barang secara kutu. Beli periuk, beli seterika dan macam-macam lagi. Alasannya, nak bayar sekali gus, tak mampu. Sebab tu ‘main kutu’. Memang tak salah, tapi lihat situasi kewangan semasa korang. Periuk mahal, seterika mahal, vakum mahal, itu semua KEHENDAK, bukan KEPERLUAN! Tak ada pun tak menjejaskan kehidupan korang pun.

Ada juga yang menggunakan kad kredit hingga melebihi jumlah yang mampu dibayar tiap bulan. Akhirnya hanya sekadar bayar minimum saja. Apa akan jadi? Lainlah kalau korang jenis pakai waktu betul-betul terdesak dan akan bayar sekali gus jumlah yang digunakan. Tapi rasanya..jarang kot yang macam tu…

Hidup Lebih Aman Tanpa Hutang

Setuju tak kalau Suri kata, hidup tanpa hutang penuh dengan kedamaian dan ketenangan. Betul tak? Tak perlu risau bila hujung bulan, bank-bank call, syarikat kad kredit call dan sebagainya. Sebab itu, didiklah diri untuk beli secara tunai.

Kalau berkehendakkan sesuatu barang, survey harga dan mula kumpul duit. Sabar dulu hingga dapat jumlah wang yang diperlukan. Kemudian barulah beli. Dengan cara ini, kita akan lebih menghargai barang itu dan rasa lega kerana tak perlu berhutang.

Persediaan Andai Hilang Kerja

Apakah korang yakin pekerjaan korang itu tak akan terjejas? Tak takutkah andai tiba-tiba dibuang kerja atau dipotong gaji? Tak mustahil kan? Kalau itu terjadi, apa yang akan korang lakukan? Simpanan tinggal sedikit sebab tak didik diri untuk berjimat cermat. Bahaya macam tu.

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini, perlu sentiasa da sikap berjaga-jaga dan bersedia dengan segala kemungkinan. Jangan tambah hutang yang ada, kurangkan beban bil bulanan dan berjimat dengan wang yang ada. Kini bukan zaman untuk bermewah-mewah. Ingat tu!

Didik Diri Untuk Belanja Lebih Berhemah, Jangan Tambah Hutang, Keadaan Sekarang Makin Sukar!

Tip Bajet Waktu PKP

Masak Makanan Sendiri

Waktu sekarang ramai yang bekerja dari rumah. Ia sebenarnya cabaran besar agi mak-mak kerana selain bekerja, perlu uruskan hal rumah tangga dan anak-anak. Harap mak-mak kuatkan semangat.

Sebenarnya ini peluang untuk berjimat. Mak-mak boleh masak sendiri makanan untuk keluarga. Nak mudah, masak sarapan menu yang berat, yang boleh dimakan pada waktu tengah hari juga.

Jangan Order Makanan Luar

Sesekali bolehlah. Tapi kalau dah setiap hari, silap hari bulan perbelanjaan makin besar. Mana taknya, sehari beberapa kali order makanan atas talian. Kena didik anak juga untuk tahan sikit nafsu nak makan sedap setiap hari. Bayangkan, sekali order dekat RM50. Hai..tang mana nak jimatnya?

Guna Kupon Atau Baucar

Kadangkala kita akan dapat baucar atau kupon bila memesan makanan atas talian. Jangan lupa untuk menggunakannya kerana ia sedikit sebanyak membantu kita berjimat.

Didik Diri Kawal Sikap Suka Shopping Online!

Tak kira wanita atau pun lelaki, makin lama duduk rumah, makin ‘cekap’ order barang online di pelbagai platform beli belah atas talian. Awas ye! Sila kawal diri. Kalau asyik shopping online, macam mana nak didik diri berjimat? Tak keluar rumah pun beratus habis sehari?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *