Cara Mohon Bantuan Aidilfitri 2022 Mudahkan Urusan Raya

Mohon bantuan Aidilfitri | Lagi beberapa hari rakyat Malaysia akan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tentunya inilah saat yang dinantikan selepas sebulan berpuasa.

Menahan lapar dan dahaga, menunaikan segala ibadah wajib dan sunat yang terkandung di dalam bulan yang mulia ini.

Bagi yang mendapat pengeluaran khas KWSP RM10,000 tentu boleh menarik nafas lega. Dapatlah memenuhi serba sedikit keperluan di hari raya.

Bagi yang tiada, jangan susah hati. Kerana ada bantuan Aidilfitri yang disediakan oleh pihak kerajaan. Anda cuma perlu memohon sebagaimana yang dinyatakan dalam syarat permohonan.

Senarai Permohonan Bantuan Aidilfitri 2022

Bantuan Aidilfitri Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Syaratnya, anda perlu beragama Islam, warganegara Malaysia, tinggal di Wilayah Persekutuan tak kurang dari setahun dan masih menetap di situ dan tertakluk kepada Had al-Kifayah.

Rujuk sini untuk Kira Kelayakan Had al-Kifayah

Lengkapkan Dokumen Yang Diperlukan Berikut

  1. Borang Permohonan (Borang Permohonan)
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara
    • Lain-lain tanggungan jika tanggungan bukan anak kandung (Perlu disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  6. Sertakan satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
  7. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami

Sebaik selesai mengisi hantarkan borang permohonan di kaunter Baitulmal MAIWP.

bantuan-aidilfitri
Untuk melengkapkan bantuan Aidilfitri MAIWP.

Baca juga : Semak Bantuan Prihatin Kasih, RM300 Cashless Barang Dapur

Bantuan Hari Raya Untuk Ahli Koperasi Unimap Perlis

Ini syarat-syarat permohonan Bantuan Khas Aidilfitri Kounimap :

  1. Ahli kounimap
  2. Berpendapatan kasar (Pokok+Elaun) bawah RM2,500.00
    keutamaan diberikan sekiranya:
  3. Mempunyai anak yang masih bersekolah (berumur 18 tahun ke bawah), atau
  4. Mempunyai anak yang kelainan upaya (OKU)

Mohon bantuan DI SINI.

Baca juga : i-Suri KWSP Bantuan Suri Rumah, Insentif RM480 Setahun

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500

Bagi semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Semua di atas akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500.

Manakala pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sejumlah RM250.

Bermula 25 April bayaran akan diberikan kepada mereka yang tersenarai.

Leave a Reply

error: Content is protected !!