Cara Guna Santan Kotak, Segar Dan Serbuk Yang Betul

Cara guna santan kotak, santan fresh dan santan serbuk yang betul. Selama ini memang banyak jenis santan kotak ada di pasaraya.

Sampai peninglah nak pilih yang terbaik. Ada suri yang memang setia dengan santan segar saja. Namun, sekarang ini nak dapatkan santan segar agak sukar juga.

Paling mudah beli santan kotak sajalah.

Jangan tak tahu, ada jenis santan kotak yang kualitinya hampir menyamai santan segar. Cuma suri kenalah tahu cara penggunaan santan yang betul ini macam mana. Kerana, setiap santan yang terjual di pasaraya itu rupanya tidak sama kegunaannya.

Ada santan kotak yang cuma sesuai untuk masakan, membuat kuih muih dan sebagainya.

Perkongsian daripada Ummi Syuhada ini membantu suri memahamkan cara guna santan kotak, fresh dan serbuk dengan betul. Baik santan kotak mahupun santan fresh (santan segar).

Tips Dan Cara Guna Santan Segar, Kotak Dan Serbuk

Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza.

cara-guna-santan-kotak

Cara Guna Santan Kotak

  1. Santan Kara Pekat. Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sebab takde masalah santan pecah minyak & berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga-tiga sedap.
  2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.
  3. Kalau nak guna kara untuk pulut bersantan, kena cairkan santan kotak dulu dengan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dengan pulut & bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul & senang larut sebab lebih cair.

Cara Penggunaan Santan Segar

  1. Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek, (contoh 1 kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.
  2. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang & nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.
  3. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak. Cara lain: blend santan beku dengan air suam.

Baca : Resepi pisang muda masak lemak cili padi guna 5 bahan

jenis-santan-serbuk

Cara Guna Santan Serbuk

  1. Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, kek, nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma seperti kelapa yang disangai . Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.
  2. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecik, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
  3. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama walaupun dah expired. Gulung elok-elok ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.

Cara Buat Stok Santan Homemade

Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecik-kecik.

Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat.

Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai abis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap & berbintik hitam kat pulut.

Cara Periksa Kepekatan Santan

  • Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bahagian mendapan kat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati je.
  • Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis. Cepat-cepat buat gulai ayam hantar kat saya.
  • Ramai yg komen tentang santan farm fresh. Saya dah cuba memang terbaik.

*Disclaimer :
Post ni bukan bertujuan nak mengajar otai-otai, chef-chef dan tukang-tukang masak yang mahir ye.. Sekadar berkongsi pengalaman dari dapur sendiri je.. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja Ummi Syuhada.

Sungguh bagai dikongsikan Ummi ini. Kadangkala bila ada banyak santan kotak di pasaran, jadi keliru pula hendak pilih yang mana satu. Sebenarnya bukan satu dua jenis saja jenis santan ini ada bermacam-macam.

Bila ada panduan cara guna santan kotak, segar dan serbuk sebegini, jadi mudahlah untuk membuat pilihan.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!