Senarai makanan mesra diabetes ini kena ada dalam dapur rumah pesakit diabetes atau kencing manis. Walaupun sudah disahkan menghidap penyakit diabetes ia bukan bermaksud anda tak boleh menikmati makanan yang sedap-sedap. Tapi kena tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh dimakan.
Pastinya ramai yang baru didiagnos menghidap penyakit diabetes jenis 2 rasa sedih, keliru dan bingung memikirkan apa yang hendak dimakan kalau dah semuanya boleh membahayakan tahap kandungan gula.
Kalau sebelum ini korang boleh makan apa sahaja tanpa memikirkan risiko pada kesihatan diri tapi kini senarai makanan yang boleh dimakan menjadi terhad dan ketat.
Sebenarnya ada garis panduan yang selamat untuk senarai barangan makanan mesra pesakit diabetes. Jadi, jangan susah hati, korang tetap boleh enjoy makan asalkan tahu apa yang selamat.
Senarai Makanan Mesra Diabetes Mesti Tahu
Mengikut perkongsian Hello Doktor secara amnya, menguruskan penyakit diabetes yang dialami bermaksud berwaspada terhadap pengambilan karbohidrat, saiz hidangan dan memilih makanan penuh nutrien.
Ini adalah senarai barang dapur yang dikategorikan sebagai mesra diabetes bagi membantu korang membuat pilihan sihat semasa membeli-belah.
Sayuran
Bagi pesakit diabetes, sayuran adalah kategori makanan bagi diet yang sihat iaitu kaya nutrien dan rendah karbohidrat. Pastikan korang beli sayuran berkhasiat ini yang selamat dimakan oleh pesakit diabetes.
Sayuran tidak berkanji:
- Sayuran salad seperti kale atau salad romaine
- Cendawan
- Brokoli
- Bunga kobis
- Brussel sprouts
- Zucchini
- Terung
- Asparagus
- Saderi

Sayuran berkanji
Ini pula pilihan sayuran dengan kandungan gula lebih tinggi. Anda disarankan untuk mengambilnya dalam saiz hidangan kecil atau dicampurkan bersama pilihan sayuran tidak berkanji.
- Lobak merah
- Jagung
- Kentang
- Ubi keledek
- Kacang pis
- Kacang buncis
- Labu
- Keladi
Buah-Buahan Mesra Diabetes
Walaupun rasanya manis tetapi buah-buahan tetap mengandungi kandungan serat yang tinggi dan menjadi pilihan makanan sihat untuk pemanis mulut berbanding yang lain untuk pesakit diabetes. Berikut antara buah-buahan yang sesuai untuk korang:
- Buah beri
- Epal
- Oren
- Pisang
- Tembikai
- Pir
- Avokado
- Tomato
Minyak, Kuah Salad & Sapuan Roti
Dalam senarai barangan dapur mesra diabetes, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli bahan tambahan bagi menambah rasa pada makanan, cuma perlu mengehadkan kandungan lemak tepu.
Ini antara senarai yang selamat untuk pesakit diabetes makan makan.
- Minyak canola
- Mentega kacang
- Mentega badam
- Jem sapuan buah (pastikan tiada gula tambahan)
- Mustard
- Minyak kelapa dara
- Mentega mentah
- Kuah salad tanpa gula berasaskan minyak zaitun
- Sos barbeku rendah kandungan garam
- Kicap rendah kandungan garam
- Madu tempatan
- Minyak zaitun
- Mayonis berasaskan minyak zaitun – hadkan 1 hidangan sehari
BACA: Khasiat Minyak Zaitun, Baik Untuk Kecantikan & Kesihatan
Kekacang Dan Legum Makanan Mesra Diabetes
Kekacang dan legum adalah sumber protein dan serat yang sangat baik. Ia juga kaya mineral, vitamin dan antioksidan. Bagi pesakit diabetes ia dianggap super food.
- Kacang ginjal
- Kacang pinto
- Lentil
- Kacang hitam
- Quinoa
- Oat
Daging, Makanan Laut & Telur
- Ikan berlemak termasuk salmon dan tuna
- Ayam
- Bahagian dada ayam turki
- Daging tanpa lemak
- Telur (hadkan 3-4 biji telur setiap minggu tetapi boleh lebihkan jika anda hanya makan telur putih sahaja)
Bijirin Penuh
- Gandum bulgur
- Barli
- Quinoa
- Roti gandum penuh
- Pasta gandum
- Bijirin gandum penuh
- Mil oat – disaran untuk menukar gula merah dan kismis kepada kayu manis dan buah beri