5 Jenis Basikal MTB Wajib Tahu Sebelum Beli

Terdapat 5 jenis basikal MTB yang perlu tahu sebelum menunggangnya. Ada yang menggelar MTB ini sebagai basikal gunung kerana struktur basikal ini adalah untuk melalui off road.

Dalam bahasa Inggeris basikal gunung ini dipanggil Mountain Bike (MTB).

Namun, basikal jenis ini boleh juga ditunggang melalui jalan-jalan biasa seperti jalan di kawasan perumahan. Bagi peminat sukan ekstem berbasikal sudah tentu mahir menilai kualiti basikal sebelum membelinya.

Sukan basikal semakin mendapat tempat di hati mereka yang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sukan basikal ini adalah di antara sukan yang menggabungkan kardiovaskular, stamina, dan kekuatan otot.

Mungkin ini salah satu faktor sukan berbasikal semakin mendapat perhatian masyarakat. Terdapat pelbagai jenis sukan berbasikal ini dan salah satunya adalah MTB.

BACA JUGA; Tanda Menopaus Wanita Wajib Ambil Tahu

Photo by Jan Kopřiva from Pexels

Ciri-ciri 5 Jenis Basikal MTB

  • Salah satu ciri basikal MTB terletak pada reka bentuknya. Reka bentuk yang dinamik dengan beban yang ringan.
  • Rangka dibuat daripada besi, aluminium dan bahan komposit serat karbon (carbon fiber reinforced plastic).
  • Memiliki shock breaker.
  • Tayar yang digunakan memiliki kemampuan untuk mencengkam tanah dengan baik.
  • Mempunyai 18 hingga 30 gear, yang boleh ditukar-tukar. Ia berguna untuk keselesaan ketika mengayuh dan mengatur kecepatan.
Kenali 5 jenis basikal MTB sebelum beli basikal.
Photo by Jenda Kubeš from Pexels

5 Jenis Basikal MTB Perlu Dikaji Sebelum Beli

  1. Cross Country (XC)

Salah satu daripada 5 jenis basikal MTB ialah jenis ini. Ia dirancang untuk menjelajah di kawasan yang tidak ekstrem. Basikal ini hanya memiliki penyerap hentak (suspension) depan (rigid frame) dan terdapat juga yang tidak mempunyai penyerap hentak depan. Basikal jenis ini sesuai buat mereka yang baru berjinak-jinak mahu menunggang salah satu daripada 5 jenis basikal MTB ini.

  • All Mountain (AM)

MTB jenis ini boleh digunakan untuk jalur bukit dan boleh juga digabungkan dengan XC. Salah satu daripada 5 jenis basikal MTB jenis ini direka khusus untuk melewati kawasan yang ekstrem seperti turun dan baik bukit, melintas ke kawasan yang berbatu, masuk ke dalam hutan dan menjelajah medan offroad jarak jauh. MTB jenis ini memiliki dua penyerap hentak depan dan belakang (double suspension). Keunggulan MTB jenis ini adalah terletak kepada ketahanan dan keselesaan ketika menunggang.

  • Free Ride (FR)

MTB jenis ini direka agar mampu melakukan lompatan tinggi (drop off) dan aktiviti ekstrem. Memang basikal ini mempunyai rangka yang kuat tetapi tidak sebaik jenis All Mountain. Basikal jenis ini memiliki beban yang lebih berat sehingga tidak sesuai untuk melakukan perjalanan yang agak jauh.

  • Down Hill (DH)

MTB jenis ini khusus untuk kawasan yang sangat ekstrem, disokong dengan penyerap hentak yang berfungsi untuk menstabilkan goncangan. Ia juga membantu ketika melakukan belok agar tidak jatuh. Direka khusus agar dapat menuruni gunung atau bukit dengan selesa dan cepat. Kekurangan basikal jenis ini adalah tidak selesa ketika berkayuh kerana basikal jenis ini direka mempunyai kelajuan ketika menuruni bukit.

  • Dirt Jump (DJ)

MTB jenis ini sesuai digunakan sebagai kenderaan di kawasan kotaraya. Ada juga yang memilih basikal ini untuk aktiviti riadah lompatan tinggi dan kegiatan ektrem yang lain. Fungsinya hampir sama dengan basikal BMX sehingga ada yang tidak dapat membezakannya. Perbezaan jelas kelihatan daripada bentuk yang diperbesar sehingga nama lain pada basikal ini adalah trial atau urban MTB.

BACA Lagi; Tip sebelum riadah hiking

Leave a Comment!

error: Content is protected !!