Petua Turunkan Kolesterol Dengan Jus Nenas Dan Labu Siam

Petua turunkan kolesterol dengan jus nenas dan labu siam ini mudah sebenarnya nak dibuat. Guna bahan dapur saja.

Seksa rasa bila kolesterol berlebihan dalam badan ini. Rasa lesu mengantuk sesaja dibuatnya. Bila masa masalah kesihatan ini mula menjelma, selain ambil ubat doktor. Boleh cuba cara tradisional ini untuk turunkan berat badan.

Sebagaimana petua yang dikongsikan Norjahan Karamdad jus yang dihasilkan sendiri apabila merasakan kolesterol semakin meninggi.

Tak perlu dimasak pun, cuma perlu dikisar resepi untuk turunkan kolesterol ini.

Bahan-bahan Jus Turunkan Kolesterol

  • 1/4 biji nenas sederhana saiznya – kupas kulit
  • 1/4 labu siam – kupas kulit
  • 1 gelas air

Cara Membuat Jus Kolesterol

  1. Kesemua buah-buahan di atas kisar dengan segelas air.
  2. Selepas dikisar sampai lembut, bolehlah tapis.
turunkan-kolesterol

Cara minum : boleh diminum terus dengan seredaknya, boleh juga jika minum air jus yang dah di tapis.

Resepi jus turunkan kolesterol ini untuk sekali minum. Jika mahu buat stok boleh gandakan kuantiti dan simpan jus turunkan kolesterol ini dalam peti sejuk. Bia diminum sejuk-sejuk, rasanya lebih sedap lagi.

Menurut Norjahan lagi, biasanya dia akan buat lebih dan minum pagi dan malam.

Baca : Minum DIY Jus Tomato, Jaga Kesihatan Jantung

turunkan-kolesterol

Apa Itu Kolesterol

Kolesterol ini sejenis lemak yang juga disebut sebagai lipid dan diperlukan oleh tubuh kita. Untuk membolehkan tubuh kita bekerja dengan baik. Badan kita ini boleh menghasilkan kolesterol dan mendapatkannya daripada sumber makanan.

Dan kolesterol ini yang baik dan buruk.

Baca : Penyakit Popular Di Malaysia, 10 Jenis Ini ‘Musuh’ Lelaki

Bila mana kolesterol berlebihan dalam badan, ia tak lagi sesuatu yang bagus untuk kesihatan anda. Antara punca yang meninggikan paras kolesterol adalah merokok, berat badan berlebihan, kurang bersenam dan makan makanan yang berlebihan.

Sebab itulah kena jaga dari awal agar tidak sampai tinggi jumlahnya. Kolesterol yang berlebihan juga tidak bagus untuk jantung anda.

Baguslah kan bila boleh mencuba pelbagai resepi turunkan kolesterol. Selain jus yang surihack kongsikan di atas, gantikan makanan dengan oat pun membantu juga. Boleh google resepi oat menurunkan kolesterol ini.

Ramai yang kongsikan.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!