Penyakit Popular Di Malaysia 10 Jenis Ini ‘Musuh’ Lelaki

Terdapat banyak penyakit popular di Malaysia yang kerap kita dengar. Namun terdapat beberapa penyakit yang kerap menyerang kaum lelaki.

Sama seperti wanita, lelaki juga perlu menitik-beratkan penjagaan kesihatan. Jika lelaki tidak peka dengan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat mudah terkena penyakit popular di Malaysia dan berbahaya.

Lelaki secara umumnya ‘penakut’ untuk melakukan pemeriksaan kesihatan lebih-lebih lagi kalau ditahan di hospital. Sikap acuh tidak acuh kepada tanda-tanda penyakit boleh mengundang bahaya.

Jangan tak tahu terdapat 10 jenis penyakit popular di Malaysia kerap serang kaum lelaki.

Sebelum terlambat apa kata kita kenali penyakit popular di Malaysiayang banyak menyerang kaum lelaki ini.  

10 Penyakit Popular Di Malaysia Musuh Lelaki

1. Sakit Jantung

Info

Serangan sakit jantung merupakan salah satu penyakit popular di Malaysia. Ia berlaku apabila terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung.

Biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit dan akhirnya menyebabkan pengaliran darah tersumbat.

Apabila sel-sel otot jantung kurang bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

Punca ;

Keturunan, tekanan (stres), merokok,  alkohol, kurang aktiviti senaman, masalah kegemukan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Lelaki perlu menjaga diri demi elak 10 penyakit popular di Malaysia ini.
Foto: Photo by Yan Krukov from www.pexels.com

2. Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)

Info

Penyakit pulmonari (paru-paru) obstruktif (saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut) kronik (keadaan yang berterusan untuk jangka masa lama) bukan sekadar batuk perokok. Antara simptom COPD yang paling ketara adalah nafas tercungap-cungap, pengeluaran kahak yang keterlaluan dan batuk yang kronik, lebih dari sebulan.

Punca

Salah satu penyakit popular di Malaysia ini berpunca daripada peningkatan tindak balas keradangan tisu paru-paru akibat pendedahan berpanjangan kepada pencemaran udara, asap rokok, penggunaan ketuhar dan pemanas kayu atau arang batu dalam rumah.

3. Kencing Manis

Info

Penyakit kencing manis atau diabetis juga salah satu penyakit popular di Malaysia. Ia merujuk kepada satu golongan penyakit yang mempengaruhi bagaimana badan mengawal gula atau glukosa darah.

Jika seseorang itu mempunyai kencing manis, tidak kira apa jenisnya, bermakna dia mempunyai terlalu banyak glukosa yang terapung di dalam darahnya. Keadaan kencing manis jenis yang serius adalah kencing manis jenis 1 dan jenis 2.

Punca

Seringkali dikaitkan dengan pengumpulan asid yang banyak di renal. Rembesan insulin yang kurang daripada pankreas yang tidak terkawal disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak sihat.

Foto: Photo by MART PRODUCTION from www.pexels.com

4. Strok

Info

Serangan strok berlaku apabila salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu.

Serangan strok biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinkan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.

Punca ;

Tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, kolesterol dan obesiti.

5. Kanser Pankreas

Info

Pankreas adalah organ dalam perut yang terletak secara horizontal dan di dalamnya terdapat sel eksokrin pankreas yang menghasilkan cairan pencernaan.

Manakala sel endokrin pankreas menghasilkan hormon insulin dan glukagon yang mengatur tingkat gula darah dalam tubuh.

Kanser pankreas ialah sel yang bersifat kanser terbentuk di dalam pankreas dan jadi salah satu penyakit popular di Malaysia.

Punca ;

Merokok, diabetes, faktor genetik, radang atau infeksi pada pancreas, obesiti.

6. Kanser Prostat

Info

Kanser prostat adalah suatu tumor ganas yang tumbuh di dalam kelenjar prostat. Penyakit ini biasa menyerang lelaki berusia 70 tahun ke atas. Kanser prostat jarang menyerang lelaki yang berusia di bawah umur 40 tahun.

Punca ;

Penyebabnya tidak diketahui, namun beberapa penelitian ada menunjukkan hubungan antara diet tinggi lemak dan peningkatan kadar hormon testosteron.

7. Tekanan Darah Tinggi

Info

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan cairan darah dalam tubuh menekan dinding arteri dengan cukup kuat hingga akhirnya menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung. Tekanan darah ditentukan dengan jumlah darah yang dipam oleh  jantung.

Punca ;

Usia, genetik, obesiti, tidak bersenam, merokok, banyak garam dalam tubuh,  sedikit vitamin D dalam darah, terlalu banyak minum alkohol dan stres

Foto: Photo by Vlada Karpovich from www.pexels.com

8. Batu Karang

Info

Batu karang atau renal stone membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing  seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakkan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.

Punca ;

Kurang air, genetik, penyakit sistinuria, kencing manis, darah tinggi, masalah hiperurisemia, kesan sampingan ubat, pemakanan dan kurang bergerak.

9. Obesiti

Info

Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak ideal dengan ketinggian.

Punca ;

Genetik, kerosakan salah satu bahagian otak, pola makan berlebihan, kurang bersukan, pengaruh emosi dan lingkungan persekitaran.

10. Gout

Info

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Punca ;

Pengambilan makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal,limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit yang sentiasa meriggelupas dan kering, menghidap penyakit darah yang berlebihan.

Baca juga; Elak Mati Pucuk Dengan Cara Ini

Baca juga; Cara Buat Tabung Digital, Mudah & Selamat

One Response

  1. Myzan August 12, 2022

Leave a Comment!

error: Content is protected !!