Masalah ini kerap menghantui lelaki dan ada cara untuk elak mati pucuk ini. Mati pucuk adalah situasi apabila ‘senjata’ lelaki tidak berupaya untuk mengeras untuk melakukan hubungan suami dan isteri.
Mati pucuk bukan suatu penyakit dan boleh diubati. Tetapi masalah yang membelenggu lelaki ini boleh membawa kepada kurang yakin kepada diri dan tertekan.
Oleh itu, setiap lelaki perlu berusaha untuk elak mati pucuk terus menguasai diri.
Perasaan malu bercampur ego membuat kebanyakan lelaki tidak mahu mendapat rawatan yang sewajarnya. Sebaik-baiknya ambil langkah drastik untuk berjumpa dengan doctor untuk elak mati pucuk ini.
Elok jika mengamalkan makanan yang boleh elak mati pucuk dan membantu melancarkan peredaran darah. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk elak mati pucuk adalah;
14 Makanan Bantu Elak Mati Pucuk
Madu
Madu dapat menghilangkan zat berbahaya yang memenuhi pembuluh darah dan usus. Madu boleh membantu meningkatkan keupayaan lelaki dan juga meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Madu juga membantu melawas pembuangan air besar jika minum madu bersama air secara konsisten. Madu boleh bantu elak mati pucuk ini.
Jintan hitam
Jintan hitam kaya dengan asid lemak tidak tepu yang membantu mengatur metabolisme, membuang racun, menyeimbang paras insulin, mengawal kolesterol dan meningkatkan peredaran darah.
Kurma
Kandungan gula dalam kurma jauh lebih baik daripada kandungan gula pasir. Kurma baik untuk menyembuhkan batuk, selesema, asma, radang saluran pada leher, demam dan masalah hati. Kurma memberikan tenaga tambahan bagi lelaki yang biasa melakukan senaman dan kerja kasar.
Bawang putih
Sejak dahulu lagi bawang putih diketahui sebagai pembangkit ‘keinginan’ lelaki. Daripada segi perubatan, bawang putih dapat memperbaiki peredaran darah. Pada ketika ini, ia disebut sebagai enzim nitric oxide synthase (NOS), iaitu satu-satunya enzim yang bertanggung jawab terhadap keupayaan ‘senjata’ lelaki. Kajian baru-baru ini menunjukkan, bawang putih menstimulasi produksi NOS, terutamanya untuk individu yang memiliki paras enzim rendah.
Baca juga; 5 Jenis Cegah Hamil
Halia
Halia memberi perangsang dan membantu darah mengalir ke permukaan. Hal ini menjadikan ia ubat yang penting untuk peredaran darah yang lemah. Halia membantu menstabilkan tekanan darah.
Mangga
Akar pokok mangga digelar sebagai viagra semula jadi. Ambil satu inci akar pokok mangga dan didihkan dengan dua cawan air. Masak sehingga menjadi satu cawan kemudian minum.
Limau Bali
Limau bali kaya dengan lycopene iaitu salah satu elemen yang boleh melancarkan perjalanan darah. Limau bali juga dikatakan boleh membantu untuk meningkatkan ‘tenaga’ untuk lelaki.
Nanas
Nanas dipenuhi dengan vitamin C yang bukan sahaja baik untuk kulit tetapi, membantu peredaran darah di seluruh tubuh. Nanas juga kaya dengan magnesium yang akan memberi tenaga.
Tembikai
Tembikai mempunyai asid amino yang tinggi yang dikenali sebagai citruline. Bahan ini akan membuatkan tubuh menjadi tenang dan melancarkan perjalan darah ke ‘senjata’ lelaki. Malah ada sesetengah pakar perubatan mengakui tembikai adalah viagra semula jadi.
Jambu
Jambu kaya dengan vitamin C yang akan membuatkan lelaki mudah mengalami ereksi.
Pisang
Pisang kaya dengan protein yang sangat diperlukan oleh lelaki untuk menguatkan otot-otot. Pisang juga dikatakan dapat membantu ‘senjata’ lelaki mengalami ereksi kerana kekuatan otot ini.
Strawberi
Strawberi juga dinobatkan sebagai viagra semula jadi oleh sesetengah pakar perubatan. Selain vitamin C, strawberi juga dipenuhi dengan elemen yang boleh memberikan tenaga kepada lelaki untuk bertahan lama.
Kiwi
Buah kiwi mempunyai khasiat yang sangat kompleks yang boleh memberi kebaikan secara tidak langsung kepada organ seksual lelaki. Khasiat seperti asid amino dan arginin membantu merendahkan tekanan darah, tetapi hasil kajian mendapati elemen ini akan membantu meningkatkan pula tekanan darah ketika ingin beraksi.
Cili merah
Cili merah membantu menghancurkan gumpalan darah, membuka sinusitis dan saluran udara, mengeluarkan lendir pada paru-paru. Cili merah membantu menghindarkan bronchitis dan jangkitan dalam perut.
Tip Extra!
- Kopi boleh mempengaruhi tenaga lelaki secara positif dan negatif.
- Percaya atau tidak, jika minum secawan kopi satu hingga tiga jam sebelum melakukan hubungan suami isteri boleh meningkatkan aktiviti dan pecutan sperma.
- Walau bagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh Medical Research Council, terlalu banyak pengambilan kopi boleh menurunkan bilangan sperma kerana mengandungi kadar phytoestrogen yang tinggi.
Baca juga; Cara Wanita Hadapi Menopaus