Seborin Hair Tonic | Kecantikan rambut perlu dijaga dengan sempurna kerana setiap permasalahan rambut tidak dapat disembunyikan. Sebagai contoh jika kita tidak menjaga kecantikan rambut masalah seperti rambut gugur, kelemumur dan uban akan timbul tanpa dipinta.
Walaupun sebagai Muslimah kita perlu memakai hijab tapi itu bukan bermakna ia tiket mudah untuk meminggirkan rutin penjagaan rambut. Sekalipun berhijab, jika masalah rambut menghantui kita akan rasa rendah diri dan mudah tersinggung.
Sebaik-baiknya amalkan rutin penjagaan rambut yang sempurna. Salah satunya ialah penggunaan tonik rambut. Tonik rambut yang sangat popular sekarang ialah seborin hair tonic.
Apakah Seborin Hair Tonic
Sebagai wanita yang mementingkan kecantikan sudah pasti peka dengan bahan yang digunakan dalam setiap erawatan termasuk perawatan rambut.
Rambut memerlukan tonik untuk membantu memperkuatkan akarnya. Ini kerana kecantikan rambut bermula daripada akarnya. Seborin hair tonic berfungsi untuk memperkuat dan menjaga kelembaban rambut.
Jika mengamalkan penyapuan seborin hair tonic dengan kerap dapat membantu masalah rambut yang kering, gugur dan bercabang. Seborin hair tonic ini banyak dijual di farmasi terpilih seluruh negara.
Baca juga Skincare Untuk Kulit Berminyak di Watson
Apakah Manfaat Seborin Hair Tonic
Masih ramai yang belum tahu tentang manfaat atai kebaikan Seborin hair tonic ini. Antara manfaat yang ada padanya ialah;
Menguatkan Akar Rambut
Sememangnya akar rambut yang sihat adalah punca rambut sihat dan bersinar cantik. Jika rajin menyapu seborin hair tonic dapat membantu menguatkan akar rambut sekali gus dapat mengurangkan masalah rambut gugur.
Menggalakkan Pertumbuhan Rambut
Sebagaimana kulit wajah perlu diganti dengan sel kulit yang baru begitu juga dengan rambut. bahan-bahan yang terdapat dalam seborin hair tonic dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.
Mengatasi Rambut Kering
Mempunyai rambut kering tidak hanya berlaku kepada lelaki kerana sering terdedah di bawah cahaya matahari. Mereka yang berhijab juga tidak terkecuali mempunyai rambut kering. Seborin hair tonic mengandungi bahan-bahan yang dapat memelihara kelembapan rambut dan membantu mencegah kerosakan rambut akibat sinaran matahari dan pencemaran.
Elak Rambut Bercabang
Masalah rambut bercabang memang boleh menyebabkan Wanita murung. Sebagai Langkah mengatasinya ialah dengan menyapu rambut dengn seborin hair tonic. Tonik ini mampu memperbaiki rambut bercabang dan memberikan nutrisi agar rambut lebih sihat dan cantik.
Cara Pakai Seborin Hair Tonic
Produk seborin hair tonic biasanya disapu pada bagian akar sehingga hujung rambut setelah selesai proses mencuci rambut. Langkah demi langkah menyapu tonik ini ialah;
- Setelah selesai mencuci rambut seperti biasa, keringkan rambut dengan tuala bersih.
- Tuang sedikit produk seborin hair tonik di tapak tangan.
- Sapu keseluruhan rambut dengan sempurna daripada akar rambut hingga ke hujung.
- Picit-picit di bahagian kepala sekurang-kurang 5 minit agar tonik meresap dengan baik pada rambut.
- Biarkan selama beberapa minit.
- Bilas rambut dengan air bersih hingga bersih dan keringkan dengan tuala bersih.
- Sapu tonik rambut ini secara konsisten untuk dapat hasil yang optimum.
Info
Adalah dinasihatkan agar tidak terlalu kerap menyapu seborin hair tonic kerana akan menyebabkan rambut terlalu berminyak. Jika mempunyai persoalan boleh menghubungi mereka yang profesional dalam merawat rambut.
Tip Merawat Rambut Kering
Penyebab utama masalah rambut kering adalah kerana terlalu terdedah kepada sinar matahari, mahu rambut cepat kering dengan menggunakan pengering rambut, alat pengerinting rambut dan pewarna rambut.
Oleh itu, elak menggunakan terlalu banyak bahan kimia untuk menjaga kecantikan rambut. Pulih kembali kilauan rambut dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi serta mudah didapati.
Masker Aloe Vera
Aloe vera memang terkenal mempunyai kuasa pelembap secara semula jadi. Aloe vera mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, kandungan vitamin dan nutrisi dalam aloe vera ini sangat baik untuk menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala.
Mudah sahaja dengan mengambil beberapa batang aloe vera dan dibelah dua. Ambil gel yang terdapat di dalamnya dan sapu pada rambut secara menyeluruh.
Biar selama 30 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Gel aloe vera ini telah terbukti mampu memperbaiki rambut agar lebih sihat dan bercahaya.
Tip nampak 10 tahun awet muda dengan sembur air bunga ros di wajah.