Tip Berbasikal Untuk Beginner Pastikan Nyawa Terpelihara

Tip berbasikal untuk beginner I Trend berbasikal makin diminati sejak akhir-akhir ini. Minat berbasikal ini samada menunggang basikal sendirian, atau melakukan aktiviti ini bersama kumpulan anda.

Apa pun perkara pertama yang perlu dititikberatkan tentunya soall keselamatan diri semasa menunggang. Tidaklah nanti diri terdedah pada bahaya di jalan raya.

Ikuti tip keselamatan yang dikongsikan IPD Putrayaja untuk penunggang ambil peduli. Lagi-lagi ketika melakukan aktiviti kegemaran anda ini.

Ini Tip Berbasikal Untuk Beginner

Penunggang basikal perlu sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi oleh penunggang basikal adalah :

  • Mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya. Individu yang ingkar boleh dikenakan denda hingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  • Pastikan anda menunggang di lorong yang ditetapkan untuk basikal dan tidak menunggang di kawasan yang dilarang bagi menjamin keselamatan.
  • Beri isyarat tangan yang betul beberapa saat sebelum menukar lorong sama ada ke kiri atau ke kanan.
  • Jaga jarak yang selamat antara kenderaan lain.
  • Jangan berbual dengan rakan atau menggunakan telefon bimbit semasa menunggang basikal.
  • Memakai topi keledar keselamatan yang bersesuaian dengan saiz kepala
  • Bagi kayuhan pada waktu malam, pasang lampu yang berkelip di belakang basikal dan pakai jaket berjalur yang reflektif.
  • Pastikan anda merancang perjalanan dengan menggunakan jalan yang biasa digunakan dan elakkan mengambil jalan yang anda tidak pasti keadaannya. Hal ini dapat mengelakkan anda daripada sesat dan mengurangkan risiko kemalangan akibat keadaan jalan raya tersebut (Seperti jalan berlubang, jalan yg padat dengan kenderaan besar).
  • Elakkan juga menggunakan jalan yang terlalu sunyi jika berbasikal seorang diri bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah.
tip-berbasikal-dari-IPD-Putrajaya

Langkah Selamat Semasa Berbasikal

  • Langkah penjagaan keselamatan ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang sekeliling.
  • Sentiasa semasa menunggang basikal rapat di sebelah kiri jalan.
  • Pergerakkan jika berkumpulan adalah dalam bentuk sebaris.
  • Penunggang basikal juga wajib mematuhi peraturan jalan raya sepertimana peraturan yang digunapakai oleh kenderaan lain.
  • Bagi mengurangkan risiko kemalangan digalakkan menunggang basikal di laluan basikal yang telah disediakan.
  • Sentiasa patuhi arahan yang ditetapkan semasa berada di jalan raya dan segera laporkan jika terdapat perkara yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya kepada pihak yang bertanggungjawab.

Baca : Tip hiking untuk beginner, 7 langkah wajib ambil tahu

Sumber/Foto : IPD Putrajaya, Pexel

Leave a Comment!

error: Content is protected !!