Perjalanan pendakian memakan masa berjam-jam dan banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum memulakan perjalanan. 6 peralatan hiking sebagai kelengkapan pendakian sangat penting disediakan lebih awal untuk mengharungi perjalanan yang sukar dijangka. 6 peralatan hiking tersebut adalah;
6 Peralatan Hiking Wajib Bawa
Kasut
Kasut adalah salah satu daripada 6 peralatan hiking yang penting untuk aktiviti pendakian. Pilih kasut yang tahan licin, kalis air, kukuh dan tidak mudah koyak. Jika kasut yang dipilih mudah koyak akan mempengaruhi perjalanan. Mungkin anda boleh menyusahkan ahli kumpulan dengan kasut yang koyak itu.
Khemah
Pilih khemah yang bersesuaian dengan bilangan ahli kumpulan. Jika terlalu ramai mungkin boleh membawa lebih daripada satu khemah. Pilih yang mempunyai aliran pengudaraan yang baik.
Beg galas
Beg galas juga mempunyai kepentingan sama dengan kasut. Pilih beg galas yang benar-benar kuat dan bertutup rapat serta kalis air. Paling penting apabila hujan turun barang-barang yang terdapat di dalam beg tersebut selamat dan tetap kering. Barang-barang penting seperti dokumen penting perlu disimpan selamat ketika pendakian.
Pakaian
Pakaian yang bersesuaian juga penting ketika pendakian. Mungkin ketika berada di puncak, kawasan tersebut lebih sejuk daripada yang dijangka tetapi tidak ada baju sejuk yang hendak dipakai. Pilih pakaian daripada fabrik bulu atau material yang mudah kering. Pakaian yang perlu dibawa ialah;
• Jaket atau baju sejuk
• Pakaian dalam
• Seluar (jangan pakai jeans untuk mendaki kerana selain tidak pantas seluar jenis jeans akan terasa sangat berat ketika sudah menyerap keringat atau dalam keadaan basah terkena hujan)
• Sarung kaki
• Sarung tangan
• Baju hujan
• Kelengkapan tidur
• Sleeping bag
Barang keselamatan
Barangan keselamatan sangat penting ketika pendakian. Jika berlaku perkara yang tidak diingini boleh menggunakan kelengkapan keselamatan ini. Antara yang perlu dibawa adalah;
• Minyak angin
• Pembalut luka
• Ubat sakit perut
• Ubat deman
• Ubat peribadi
Kelengkapan navigasi
Menyediakan peralatan navigasi juga penting ketika pendakian. Peralatan ini penting untuk mengelakkan kumpulan pendakian daripada tersasar atau sesat di dalam hutan sepanjang pejalanan tersebut. Peralatan tersebut adalah;
• GPS
• Kompas
• Peta
• Altimeter : Sebuah alat untuk mengukur ketinggian suatu titik dari permukaan air laut.