Penampilan Lelaki Yang Disukai Wanita, Ini 4 Rahsia Besarnya!

Penampilan Lelaki Yang Disukai Wanita | Bukan sahaja wanita yang perlu menjaga keterampilan diri malah lelaki juga perlu menjaga penampilan untuk membina personaliti.

Pakaian yang sempurna mencerminkan keperibadian seseorang lebih-lebih lagi seorang lelaki.

Berbeza dengan wanita yang mempunyai banyak pilihan dalam berpakaian, lelaki mempunyai pilihan yang terhad. Oleh itu, lelaki perlu mempunyai sikap lebih selektif dalam pemilihan pakaian.

Sebelum memilih jenis pakaian yang digemari anda perlu mengkaji bentuk badan terlebih dahulu. Memilih pakaian mengikut bentuk badan penting bagi meningkatkan keyakinan diri.

Penampilan lelaki yang disukai wanita yang paling utama ialah kekemasan.
Photo by Andrea Piacquadio from www.pexels.com

Penampilan Lelaki Yang Disukai Wanita Biasanya…

Penampilan lelaki yang disukai wanita kebiasaannya adalah kekemasan. Tidak kira bagaimana gaya ada stail tetapi paling utama adalah nampak kemas dan bergaya.

Contohnya, jika berpenampilan ala rocker, biar bersahaja dan bukan setiap hari umpama mahu pergi menonton konsert rock, kan?

Cara Menjaga Penampilan Lelaki

Tidak kira bagaimana bentuk badan tetapi jika tahu cara menjaga penampilan lelaki itu dan bijak mengatur cara berpakaian pasti memberi lebih keyakinan dan keselesaan.

Sama ada anda memilih untuk berpakaian kasual, korporat, sukan dan sebagainya ada beberapa tip untuk mempelajari bentuk badan anda.

Lelaki Tinggi

  1. Penampilan lelaki yang disukai wanita bagi lelaki yang tinggi, ada juga tipnya. Elak memilih pakaian yang membuatkan anda nampak lebih tinggi seperti pakaian yang berpotongan mengikut bentuk badan. Pakaian sebegini membuat anda nampak tinggi melonjong. Selain itu, elak memilih pakaian yang bercorak vertikal yang akan memberi ilusi ketinggian. Sebaik-baiknya pilih pakaian yang bercorak horizontal pada kemeja atau baju terutama di sekitar bahu kerana membuat bentuh tubuh lagi lebar.
  2. Pilih kemeja atau baju berwarna untuk dipadankan dengan seluar atau jeans. Warna monokromatik (kombinasi beberapa warna yang bersumber daripada satu warna) daripada hujung rambut sampai hujung kaki akan membuat anda nampak lebih tinggi dan kurus. Pilih baju yang mengikut tubuh tetapi tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Pemilihan fabrik juga perlu diambil kira. Pilih baju daripada fabrik yang lembut dan meneyerap peluh.
  3. Seimbang ketinggian dengan memilih kasut petak di hujung bahagian depan. Hujung kasut yang sebegini boleh dipakai dengan pakaian harian. Bentuk kasut ini tidak canggung dengan bentuk tubuh anda yang tinggi. Kasut yang tajam di hadapan membuat kaki lebih panjang dan tidak seimbang dengan bentuk tubuh.
  4. Tempah suit anda mengikut bentuk tubuh yang sesuai. Pilih fabrik yang lebih berat seperti fabrik bulu biri atau tweed. Pilih aksesori seperti pocket square atau cufflinks untuk menambah gaya anda.
Photo by Andrea Piacquadio from www.pexels.com

Lelaki Bertubuh Besar

  1. Penampilan lelaki yang disukai wanita bagi lelaki yang bertubuh besar, ada juga tipnya. Elak memilih pakaian yang gelebeh kerana akan membuat penampilan lebih besar. Pilih pakaian yang mengikut bentuk badan tetapi tidak terllau ketat. Pakaian yang anda pilih perlu menutup kekurangan pada tubuh untuk membina keyakinan diri.
  2. Pilih pakaian bercorak vertikal yang akan memberi ilusi lebih kurus. Sebaik-baiknya pilih baju yang berbelang gelap untuk gaya yang lebih kurus.
  3. Padankan seluar gelap dengan baju monokromatik untuk penampilan yang lebih kurus. Anda juga boleh memilih padanan ini untuk gaya kasual atau korporat. Seluar gelap seperti jeans dan corduroys memberi struktur bahagian bawah tubuh yang lebih kecil. Selain itu pakai tali pinggang untuk menampakkan pinggang.
  4. Elak memilih jaket yang akan membuat tubuh nampak dua kali ganda lebih besar. Jaket yang berbentu double vented mearik perhatian untuk bahagian belakang. Blazer seperti ini tidak sesuai untuk tubuh seperti anda.
Photo by Minervastudio from www.pexels.com

Lelaki Rendah

  1. Penampilan lelaki yang disukai wanita bagi lelaki yang rendah, ada juga tipnya. Elak memilih pakaian yang bercetak besar. Motif besar pada seluar dan baju akan menenggelamkan tubuh anda yang kecil. Oleh itu, pilih pakaian yang bermotif kecil berwarna hitam dan putih. Pilihan motif dan warna boleh mengelak penampilan anda lebih kecil.
  2. Pilih kasut yang berbentuk petak di depan. Bentuk kasut yang begini boleh menambah ketinggian dalam penampilan. Elak memakai kasut yang tajam bahagian hujung kerana akan mencacatkan penampilan. Kasut yang berbentuk bulat di depan akan membuat kaki anda lebih pendek.
  3. Pilih tali leher yang kecil untuk dipadankan dengan kemeja. Bagi kebanyakan lelaki yang bertubuh kecil mereka sering salah memilih tali leher. Sebaik-baiknya pilih tali leher yang pendek dan kecil untuk menyeimbangkan bentuk tubuh.
Photo by cottonbro from www.pexels.com

Lelaki Bertubuh Sasa

  1. Penampilan lelaki yang disukai wanita bagi lelaki yang bertubuh sasa, ada juga tipnya. Pilih jaket atau blazer yang mempunyai span yang nipis di bahagian bahu. Bertubuh sasa mempunyai dada yang bidang dan baju yang mempunyai padding akan membuat tubuh lebih besar. Lelaki yang bertubuh sasa sebaik-baiknya memilih jaket atau blazer yang mempunyai lipatan besar di depan (large lapel) untuk menyeimbangkan bentuk tubuh.
  2. Pakai seluar yang mempunyai pleated. Seluar jenis ini memberi keselesaan untuk anda duduk dan berdiri.
  3. Tempah sendiri seluar jika sukar memilih seluar yang bersesuaian dengan tubuh. Anda perlu memilih seluar yang sesuai dan selesa. Biasanya mereka yang bertubuh sasa mempunyai pinggul yang kecil. Seluar yang mempunyai poket boleh membantu penampilan anda nampak seimbang.

Baca juga; Elak Mati Pucuk

Baca juga; 10 Gaya Fesyen Buat Lelaki

Leave a Comment!

error: Content is protected !!