2 Jenis Batu Karang Yang WAJIB Ambil Tahu

Penyakit ini bukan mainan. Bila sakit menyerang rasa macam nak tercabut pinggang. 2 jenis batu karang ini yang biasa terjadi dan wajar diteliti.

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk sudah beberapa kali menyerang.

Mula-mula makan pil tahan sakit hilang sekejap rasa sakit. Lama-kelamaan rasa sakit sudah tidak dapat dibendung lagi.

Sakit bahagian belakang datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit. Adakah ini tanda-tanda penyakit batu karang sudah hinggap? Kenali dahulu apakah 2 jenis batu karang yang biasa menyerang.

Apakah sakit buah pinggang?

Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat dan berlebihan akan menjadi keras umpama batu.

Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakan mineral dalam air kencing. Batu ini boleh membesar dan menyekat pengaliran air kencing sehingga menyebabkan jangkitan dan sakit.

2 jenis batu karang ini boleh dirawat dengan segera.
Photo by Thirdman from Pexels

Tanda mengidap batu karang;

  • Air kencing penghidap mengeluarkan darah.
  • Air kencing akan menjadi keruh dan berbau busuk.
  • Sering berasa mual dan muntah.
  • Sentiasa terasa hendak kencing.
  • Demam dan menggigil jika berlaku sebarang jangkitan.

2 Jenis Batu Karang – Kenali jenis batu karang

  • Batu kalsium

Jenis paling lazim. Batu kalsium membabitkan dua bahan iaitu kalsium dan oksalat.

  • Batu struvite

Disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

  • Batu asid urik

Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

  • Batu sistein

Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Lelaki lebih berisiko jangkitan batu karang. Kenali 2 jenis batu karang.
Photo by cottonbro from Pexels

Tahukah anda?
Lelaki lebih berisiko mempunyai masalah batu karang kerana jumlah otot yang lebih besar berbanding wanita. Saluran urin lelaki yang kompleks juga dikatakan punca batu karang lebih menyerang lelaki.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jika anda sering mengalami sakit di bawah abdomen adalah disarankan untuk menjalani ujian bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

BACA: Suntikan Vaksin COVID-19

Malah jika terdapat ahli keluarga yang mengidap penyakit ini lebih baik melakukan pemeriksaan awal. Melalui ujian tersebut, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan.
Pengesanan di peringkat awal boleh diselamatkan dengan rawatan segera.

Ujian darah

Ujian darah seperti bilangan sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan, halangan dan pankreatitis.

X-Ray Perut

10 peratus batu hempedu adalah radiolegap yang boleh dilihat di sinaran x.

Ditemui secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.

Ultrabunyi

Merupakan teknik pengimejan yang mudah, cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu karang hempedu.

Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika saluran diseliputi oleh udara dalam usus.

Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan

Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan.

CT scan membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu sesama yang terhalang.

Endoskopi songsang cholangio-pancreatography atau ERCP

Ini adalah satu prosedur endoskopik dengan penggunaan tambahan fluoroscopy atau media kontras disuntik melalui duktus hempedu dan imej adalah digambarkan oleh X-Ray.

Peranannya sebagai alat diagnostik telah berkurangan dengan adanya bukan invasif teknik pengimejan.

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

2 Jenis Batu Karang Dalam Tubuh Manusia;

2 Jenis Batu Karang – Dalam Ginjal

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi.

Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing.

Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak.

Gangguan atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

2 Jenis Batu Karang – Hempedu Dalam Hempedu

Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk dan warna.

Terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair.

Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak.

Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *