9 buah mengatasi stres di rumah untuk para suri amalkan makan! Hidup di zaman pandemik Covid-19 memberi kesan pada kehidupan kita. Semua orang mudah jadi stres.
Stres adalah desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku pada mereka.
Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap mengganggu keadaan diri seseorang.
Stres menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk menghadapinya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
9 Buah-Buahan Bantu Kurangkan Stres
Para suri yang kena Work From Home (WFH) dan jadi ‘cikgu’ anak PDPR, memang boleh jadi stress. Tita ada terbaca sharing Dr Rizal Abu Bakar seorang pakar yang gemar mengkaji tentang otak manusia.
Dia ada share 9 buah mengatasi stres yang melanda.
Katanya makanan ni ada kandungan vitamin C yang banyak. Vitamin C turunkan hormon stres iaitu kortisol.
Sila cuba ya suri-suri. Terutama masa selesai waktu WFH atau bila anak buat hal dan rasa stres akan melanda kita. Mana tau membantu kurangkan stres.
- Buah Kiwi

Kita sedia maklum buah kiwi yang rasa masam-masam manis ni memang sedap dimakan time sejuk. Kandungan vitamin C yang tinggi membuatkan buah berwarna hijau ini menurunkan hormon kortisol dalam badan kita.
- Limau Kasturi
Buah yang kaya dengan vitamin C tetapi boleh dibeli dengan harga murah ini memang patut ada di setiap rumah.
Selain boleh dimakan begitu sahaja (tambah sikit garam) untuk kurangkan kemasamannya boleh juga ditambah dalam minuman teh.
- Buah Oren
Dengar namanya saja dah buat kita telan air liur. Selain sedap dimakan begitu saja, buah oren juga sedap dibuat jus.
Apa kata cuba sediakan segelas jus oren yang disejukan dalam peti ais. Bila rasa macam nak stres je cepat-cepat minum. Lega rasanya mengalir di tekak

- Air Roselle
Ia merupakan satu tumbuhan herba semula jadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat serta kaya dengan antioksida. Kalau susah nak cari bunga roselle, beli sahaja jus pati roselle yang ada dijual.
- Nenas
Selain baik untuk meredakan masalah stres, vitamin C yang terkandung dalam buah nenas ini juga membantu menyelesaikan masalah kulit kerana terdedah kepada sinaran matahari dalam waktu yang lama atau kulit yang kering.
- Betik
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C & mempunyai kandugan serat yang tinggi. Buah ini juga selalu disarankan bagi mereka yang ada masalah sembelit. Lepas makan betik, InsyaAllah lebih lawas membuang.
- Buah Naga
Buah ini kalau dimakan pasti akan meninggalkan warna ‘pink purple’ pada gigi kita. Kalau disejukkan memang boleh habis sepiring makan buah naga yang sudah dipotong.
Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik yang berasal dari Amerika Tengah ini boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.
Buah ini juga mempunyai khasiat kesihatan lain termasuk melambatkan proses penuaan, mencegah kanser dan meningkatkan sistem imun badan.
- Jambu Batu
Buah yang sering dijual di gerai-gerai tepi jalan kerap dijadikan snek oleh para suri selepas lunch ketika bekerja di ofis. Rasanya yang rangup dimakan bersama serbuk asam memang menjadi kegemaran ramai.
Jambu batu adalah sumber tenaga, serat pemakanan, vitamin dan mineral yang baik.
- Air Lemon

Kita sedia maklum akan khasiat buah lemon yang kaya dengan vitamin C. Boleh diminum secara suam atau sejuk, lemon campuran madu memang terbaik untuk mengurangkan rasa tekanan ketika di rumah.
Jadinya sambil-sambil suri-suri WFH, sediakanlah salah satu daripada 9 buah-buahan saranan Dr Rizal tu untuk dimakan setiap hari.