Cara Kira BMI Yang Betul Agar Berat Badan Ideal

Cara Kira BMI | Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju. Supaya wujudnya keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimun.

Salah satu langkah yang perlu dilakukan adalah dengan memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Bagaimana untuk memastikan kesihatan berada dalam keadaan yang baik?

Caranya adalah tahu cara kira BMI.

Apakah Itu BMI

BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.

Cara Kira BMI

BMI (Body Mass Index) dikira dengan menggunakan formula berikut: BMI = berat badan (kg) / ketinggian (m) x ketinggian (m)

Contohnya, jika seseorang berat badannya 57 kg dan tingginya 1.57 meter

Cara kira BMI adalah 57 / (1.57 x 1.57) = 23.12.

Carta BMI

Jika BMI anda (kg/m²) adalahAnda adalah
< 18.5 Kurang berat badan
18.5 – 24.9      Mempunyai berat badan unggul
25 – 30Berlebihan berat badan
30 atau lebihObes
Bila tahu cara kira BMI kita boleh kawal berat badan.
Photo by Anna Tarazevich from www.pexels.com

Kepentingan Tahu Cara Kira BMI

Sebagai individu yang peka dengan kesihatan sememangnya penting untuk tahu cara kira BMI ini. Dengan mengetahui berapa jumlah BMI dapat membantu kita untuk;

Kawal Kadar BMI

Berat badan adalah salah satu cara untuk mengetahui kadar kesihatan seseorang. Dengan BMI kita boleh mengetahui tubuh berada dalam kategori terlalu kurus, berat normal, berat badan berlebihan dan obes.

Kadar lemak dalam badan juga perlu diukur untuk mengetahui kadar kesihatan tubuh. Bagi lelaki yang berumur 40 ke bawah patut memiliki peratusan lemak sekitar 8 hingga 19 peratus lemak dan lelaki yang berumur 41 dan ke atas perlu berada dalam lingkungan 11 hingga 22 peratus lemak.

Risiko Kesihatan

Bagi individu yang mempunyai BMI tinggi cenderung mendapat risiko penyakit kronik tiga serangkai iaitu serangan jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi. Bagi individu yang memiliki BMI normal pula kurang risiko penyakit berbahaya itu.  

Kawal Berat Badan

Apabila mengetahui kadar BMI di peringkat mana boleh membantu individu mengawal berat badan masing-masing. Bagi mendapat BMI yang normal, individu tersebut boleh tahu sama ada perlu menambah berat badan atau mengurangkan berat badan.

Bantu Ukur Perkembangan Diri

Mengetahui BMI dapat membantu seseorang dalam mengukur perkembangan berat badan dari semasa ke semasa.

Baca juga: Empat Senaman Mudah Kecilkan Paha Bergesel

Tip Untuk Dapat BMI Normal

Mungkin pada pandangan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah makan makanan yang sihat, bersenam secara konsisten dan tidak merokok.

Ya, memang benar tiga elemen tersebut adalah faktor hidup yang sihat, namun terdapat tip yang boleh membantu meningkatkan gaya hidup yang sihat seperti;

  1. Selalu aktif. Jangan duduk terlalu lama di depan komputer atau menonton televisyen. Boleh bekerja di depan komputer dan menonton televisyen tetapi bergerak dan kekal aktif.
  2. Sinar matahari pagi baik untuk kesihatan untuk mengeluarkan vitamin D. Vitamin D berfungsi untuk mengelak penyakit jantung dan mencegah osteoporosis.
  3. Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dua kumpulan ini membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh.
  4. Bersenam. Rutin bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit elok untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
  5. Berhenti merokok. Ini merupakan salah satu gaya hidup yang sihat namun sukar untuk dilakukan terutama lelaki. Namun, tahukah anda kandungan nikotin itu bahaya untuk tubuh.
Photo by Pavel Danilyuk from www.pexels.com

Senaman Untuk Capai Berat Badan Ideal

Senaman yang sesuai untuk menurunkan berat badan adalah senaman freeweight dan juga kardio seperti;

  • Running In Place – 1 minit
  • Squatting – 1 minit
  • Push Up / Modified Push Up – 1 minit
  • Plank – 1 minit
  • Abdominal Crunch – 1 minit

Ulangi semua rutin ini sebanyak 6 kali. Rehat selama lapan saat dengan jumlah masa hanya 30 minit sahaja yang diperlukan.

Senaman ini boleh dilakukan di rumah mahupun di tempat kerja, kerana ianya mudah untuk dilakukan dan yang pasti tidak memerlukan belanja yang besar.

Baca juga; Cara Diet Eat Clean

Photo by Karolina Grabowska from www.pexels.com

Walau bagaimanapun, penurunan berat badan yang pantas dan drastik sepatutnya dielakkan. Ia mungkin berbahaya untuk tubuh atau mungkin organ dalaman.

Sebaik-baiknya biar penurunan berat badan tidak mendadak tetapi berterusan. Apa yang paling penting sekali ialah mengamalkan gaya hidup sihat

One Response

  1. Myzan January 30, 2023

Leave a Comment!

error: Content is protected !!