5 Kelebihan Jumping Rope Beginner Patut Tahu

Tiba-tiba senaman lompat tali tular. Bagi yang baru nak mula melompat, bukan saja ada 5 kelebihan jumping rope tapi dikatakan boleh awet muda.

Bila sudah trending ramai yang sudah berjinak-jinak dengan skipping atau popular dengan nama jumping rope. Yang penting senamam ini tak perlu skil tertentu.

Kanak-kanak sedang lompat tali dan belum tahu 5 kelebihan jumping rope.
Photo by Ahmed akacha from Pexels

Namun, terdapat 3 asas utama yang beginner patut tahu sebelum buat lompatan dan sedikit ilmu untuk mendapat manfaat terbaik melalui jumping rope ini.

Cara Pilih Tali Yang Sesuai

Pemilihan tali sangat penting dan caranya adalah genggam kedua-dua pemegang tali dengan tangan dalam keadaan berdiri. Pijak tengah-tengah tali dan tarik sehingga ke dada. Jika panjang tali cecah ketiak bermakna itu adalah saiz yang terbaik. Jika kurang atau lebih daripada saiz tersebut, perlu dilaraskan mengikut ketinggian kita.

Senaman Untuk Kurus

Lokasi

Elak permukaan yang keras seperti konkrit kerana boleh mempengaruhi tulang (joint) kita. Buat beginner seelok-eloknya cuba buat lompatan di atas rumput atau tanah yang rata. Jika tidak, boleh menggunakan yoga mat untuk membuat jumping rope di atas lantai konkrit.

Pakaian

Pilih pakaian yang selesa dan boleh menyerap peluh dengan baik. Kasut juga sangat penting namun tidak mempunyai jenis kasut tertentu menggunakan sneakers biasa pun sudah memadai.

alat untung buat jumping rope.
Photo by Dom J from Pexels

5 Kelebihan Jumping Rope

Lompat tali ini dikatakan boleh membantu awet muda dan mari kita tengok 5 kelebihan jumping rope ini.

Kelebihan No. 1 – Senaman Kardio

Jika mencari senamam kardio yang efektif, jumping rope adalah pilihan yang terbaik. Salah satu daripada 5 kelebihan jumping rope ini ialah kardio yang murah dan berkesan! Ini kerana senamam ini melibatkan banyak pergerakan otot dalam masa yang sama. Memadai melakukan jumping rope setengah jam sehari, manfaatnya cukup tinggi kepada kesihatan.

Kelebihan No. 2 – Senaman Seluruh Badan

Jumping rope adalah full-body strengthening. Antara 5 kelebihan jumping rope ini manfaat yang ini melibatkan pergerakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Kelebihan No. 3 – Merangsang Ketumpatan Tulang

Melompat dikatakan dapat membantu membina ketumpatan tulang dan ada kajian yang menunjukkan wanita pra-menopaus boleh meningkatkan ketumpatan tulang dengan jumping rope.

Kelebihan No. 4 – Koordinasi tubuh

Jumping rope memerlukan ‘kerjasama’ di antara anggota badan. Koordinasi tangan, kaki, mata dan otak bergerak bersama untuk melakukan lompatan yang betul. Apatah lagi melompat sambil menari macam yang tengah tular sekarang.

Kelebihan No. 5 – Keseimbangan

Melompat dengan tali boleh membantu meningkatkan keseimbangan tubuh. Ramai ahli sukan seperti pemain bola sepak menjadikan jumping rope sebagai salah satu latihan mereka. Begitu juga peninju tersohor dunia, Muhammad Ali menggunakan jumping rope sebagai salah satu latihannya.

Memang banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada senaman lompat tali atau jumping rope ini. Bukan sahaja membantu kita lebih fokus malah boleh mengekalkan kesihatan tubuh dan aura yang lebih ceria. Siapa tak tak awet muda, kan. Jom mula melompat.

Tip Hiking Buat Beginner

Leave a Comment!

error: Content is protected !!