Tugu Negara Malaysia: Mengenang Pahlawan dan Sejarah

Tugu Negara Malaysia, juga dikenali sebagai Monumen Tugu Negara, merupakan sebuah monumen yang mengingati perjuangan dan pengorbanan pahlawan Malaysia yang telah gugur sewaktu Perang dunia dahulu. Ianya terletak tersergam indah di Taman Tasik, Kuala Lumpur. Monumen ini menggambarkan nilai-nilai keberanian dan patriotisme.

Sejarah dan Reka Bentuk Monumen

Tugu Negara ini mula dibina sejak tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada 8 Februari 1966 sempena memberi satu penghormatan kepada lebih 11,000 ribu parajurit yang gugur dalam medan Perang Dunia Pertama (1914), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa darurat (1948-1960)

Pengukir tugu ini seorang yang berbangsa Austria-Amerika. -Felix de Weldon

Pada tahun 1963, Tunku Abdul Rahman sendiri telah melantik Felix de Weldon untuk mendirikan Tugu Negara bagi melambangkan kebebasan negara. Idea itu timbul ketika lawatan Tunku ke Amerika Syarikat pada tahun 1960.

Tugu negara ini pernah melalui fasa rosak teruk dalam kejadian letupan pada 1975 disebabkan satu letupan angkari Parti Komunis Malaya.

Namun kerajaan telah segera mengambil inisiatif untuk kerja baik pulih yang dilakukan pensyarah fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Institut Teknologi MARA (ITM) pada masa itu, kini dikenali Universiti Teknologi MARA (UiTM), Christopher B Carney dan siap pada 11 November 1977.

Simbolisme Tugu Negara

Tugu Negara semamanya melambangkan kesatuan dan semangat patriotisme negara. Bendera yang dikibarkan menggambarkan kemerdekaan dan harapan. Patung askar yang berjuang merepresentasikan tekad untuk mempertahankan kebebasan dan kedaulatan negara.

Salah seorang model seorang bekas askar Melayu yang terpilih menjadi model pada ukiran Tugu Negara bernama Mat Shupur

“Ketika itu, kami perlu berada dalam satu posisi selama lebih setengah jam. Terpaksa keras saja. Watak saya pula sebagai patung yang terbaring di bawah sekali, bayangkan selama setengah jam itu saya ditindih oleh rakan-rakan di atas”

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/06/58787/mat-shupur-patung-tugu-negara
tugu negara

Patung Pahlawan Kebangsaan

Patung Pahlawan Kebangsaan adalah bahagian penting monumen ini. Patung tersebut menggambarkan wira-wira yang berjuang dengan gagah berani. Ia menghormati jasa mereka yang rela berkorban untuk negara dan rakyat.

Tujuh patung yang dibina tersebut melambang sifat pemimpin, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pergorbanan dalam menghadapi musuh.

Bagaimanapun, pada tanggal 6 Ogos 1975 Tugu Negara ini rosak sebahagiannya akibat diletupkan oelh pengganas Komunis pada ketika itu.

Lokasi Tugu Negara Malaysia

Jom sempena bulan kemerdekaan ini, bawaklah anak-anak untuk menghayati sejarah dan perjuangan kemerdekaan tanah air

Tarikan Pelancongan Sekitar Kawasan

Selain daripada monumen itu sendiri, kawasan sekitar Tugu Negara menawarkan pelbagai tarikan pelancongan. Antara tarikan tersebut termasuklah Muzium Tentera Darat yang mempamerkan sejarah ketenteraan Malaysia, dan Taman Tasik Perdana yang indah untuk berehat dan rekreasi.

Baca : 15 lokasi Menarik di KLCC

Cara-cara Menghayati Tugu Negara Malaysia:

  1. Pelajari sejarah dan maklumat tentang monumen ini.
  2. Hayati setiap unsur simbolik di dalam reka bentuknya.
  3. Ambil masa untuk menghayati keindahan Patung Pahlawan Kebangsaan.
  4. Terokai tarikan pelancongan di sekitar Tugu Negara dan kawasan sekitarnya.
  5. Sampaikan penghormatan dengan sikap hormat dan penghargaan kepada pahlawan negara ketika melawat.
tugu negara

Cara-cara Menjelajah Kawasan Sekitar:

  1. Muzium Tentera Darat: Luangkan masa untuk mengunjungi Muzium Tentera Darat yang terletak berhampiran. Anda akan dapat melihat koleksi bersejarah yang menggambarkan peranan tentera darat dalam sejarah Malaysia.
  2. Taman Tasik Perdana: Nikmati keindahan Taman Tasik Perdana yang menenangkan. Anda boleh berjalan-jalan, berbasikal, atau sekadar duduk bersantai sambil menikmati pemandangan dan udara segar.
  3. Tugu Peringatan Kemerdekaan: Terletak berhampiran, tugu ini juga mempunyai makna penting dalam sejarah Malaysia. Pelajari tentang kemerdekaan negara dan nilai-nilai yang diwakili oleh tugu ini.
  4. Kawasan Treking Tugu Negara ; Antara tarikan terbaru di kawasan ini untuk kaki hiking.

Fakta penting Tugu Negara

  • Tugu Negara disiapkan pada 8 Februari 1966.
  • Pembinaannya sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan ketika Darurat (1948-1960).
  • Tugu Negara terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
  • Tugu setinggi 15 meter itu diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon.
  • Tugu ini juga pernah menjadi antara arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.
  • Terdapat tulisan yang cukup bermakna di Tugu Negara ini, yang berbunyi ‘Demi memperingati wira-wira yang menjaga keamanan dan kebebasan. Semoga mereka dirahmati Allah.

Tugu Negara Malaysia bukan sekadar monumen batu dan besi, tetapi ia adalah simbol nyata penghormatan dan penghargaan kepada pahlawan negara. Dengan menghayati sejarah, simbolisme, dan tarikan di sekitarnya, kita dapat menghargai perjuangan mereka yang telah mengorbankan segalanya untuk negara. Melawat Tugu Negara bukan sahaja merupakan pengalaman pendidikan, tetapi juga satu bentuk penghormatan yang berharga kepada warisan dan semangat kebangsaan kita.

Jadi, apabila anda berada di Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Tugu Negara Malaysia. Melalui setiap unsur dalam monumen ini, kita dapat merasai semangat keberanian dan kesatuan yang membentuk asas negara kita.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!