Tips kewangan untuk 30an | dari Abe Nazz sifu dalam Unit trust memang menarik untuk kita sama sama-sama hadam. Ada part simpan ada part enjoy and nikmati hasil titik peluh sendiri. Tapi kenalah ada caranya, bukan perabih duit yang ada.
Admin kongsikan disini untuk korang pun dapat manfaat yang terbaik. Cara yang terbaik kita belajar dari orang yang telah melalui kehidupan turun naik. Ini kisahnya kalau dapat ulang umur 30an apa yang dia akan buat?
Ingat senang orang nak kongsi kisah kejatuhan dia ?
Bab kewangan, bab duit ni sebenarnya siapa yang pandai manage. Bukan bermakna ko gaji besar ko akan sukses. Yang pasti Korang sukses so admin pu dapat lah tempias pahalaa
Jom kita baca dari perkongsian Abenaz sifu Unit Trust Yang mantop
Semalam Abe jumpa satu anak muda usia 30 tahun ni. Dia tanyalah Abe kalau Abe muda balik usia 30 tahun, apakah yang Abe akan buat? Abe jawab, best betul kalau ada income Abe sekarang tapi usia 30 tahun. Memang Abe pakai Lambo lah jawabnya.
Anyway, Abe jawab macam kat bawah ni.
Abe Nazz
This is what I will do. Korang ready tak?
Tips kewangan untuk 30an
1. Lompat tempat kerja untuk tingkatkan Gaji
Maybe masa tu Abe lompat company untuk ensure gaji Abe double. Melompat company is one of the ways to jolt your income to a higher level. Dulu Abe kerja Proton R&D. Gaji 4300. Bila Abe lompat ke industri oil and gas, gaji plus elaun Abe jolt my income to almost double.
Abe dengar cerita dah 3 tahun dah Proton tak naik gaji. Stagnant income. Don’t allow this thing to happen masa anda muda. Nanti anda akan fall into comfort zone trap.
2. Pay myself first
Katalah income Abe masa usia 30 tahun ialah 8000 ringgit. Lepas tolak cukai, zakat, KWSP, Perkeso semua, katalah gaji bersih Abe ialah 6500. I will make sure Abe pay myself first. Before Abe bayar bil TNB, bil telefon semua, kasi mak bapak, Abe akan simpan 10% dari nett salary Abe. I am the most important bill! So that will be RM 650 sebulan.
Note that the keyword is SIMPAN bukannya labur. Ada beza dua tu okay? Simpan ni ialah letak duit kat tempat return bawah inflasi iaitu sekitar 0% ke 5% gitu.So Abe akan simpan kat tempat less volatile untuk bina 3 bulan rizab kecemasan Abe.
Regarding saving tu, ingatlah kalau masa anda gaji kecil anda memang tak ada disiplin dan tabiat menyimpan, berdisiplin melalui mantra pay your self first, what makes you think bila korang income besar you will change?
BACA : Duit Tabung Haji
3. 15% dari nett salary untuk kereta
Untuk kereta, Abe akan allocate 15% dari nett salary Abe. So that will be RM 975 sebulan. Banyak dah jenis kereta korang boleh beli tu. Something between harga 80 ribu ke 90 ribu would suffice.
Baki duit yang lain-lain tu Abe akan guna untuk rumah, perbelanjaan lain, anak-anak, etc.
4. Side Income Job
Then Abe akan cari side income job. Something yang mampu menjana at least 4000 sebulan selepas Abe buat bisnes tu melebihi 2-3 tahun. Nett side income let say lepas tolak cukai dan kos belanja clients, toll, parking, minyak, etc katalah 2800 ringgit.
The idea is minimum nett side income haruslah tak jauh dari 50% dari pendapatan dari nett main income anda.
5. 25% nett income untuk pelaburan
Kalau 10% daripada main income Abe gunakan untuk simpanan, Abe akan gunakan majoriti duit side income untuk PELABURAN. Abe akan allocate 25% dari nett income untuk pelaburan payah cair seperti hartanah.
So that will be RM700 sebulan.
25% lagi Abe akan labur kat tempat mudah cair dan patuh shariah kat tempat high risk high return. Kalau korang rasa crypto tu patuh shariah, then Investlah there RM 700 sebulan.
Else, korang boleh melabur kat dana unit amanah yang volatile secara standing instruction RM 700 sebulan. Atau beli saham global.
Aim something dengan long term return melebihi 8% per annum but prepare to ride the roller coaster lah! Short term biasanya anda akan rugi dan berdarah! Sabar menanti dan usually ia akan nampak hasilnya nanti.
25% lagi anda boleh invest kat tempat mudah cair tapi kurang volatile sikit. Something yang boleh deliver long term returns antara 6% – 8% setahun. Tanyalah perunding unit amanah anda.
6. Pamper yourself
So kat mana 25% lagi daripada side income nak allocate? Anda kena pamper yourself. It is time. kalau anda perempuan, maybe boleh guna 700 tu untuk extra shopping atau world travelling. Kumpul 700 sebulan, dah ada 8400 setahun. Boleh dah travel kat Turki atau European destination.
Kalau anda lelaki, maybe anda boleh allocate 700 rm tu uhtuk tambah amount untuk kereta idaman anda. Kalau anda dah allocate RM 975 untuk mobil anda. Tambahlah lagi RM 700, jadilah 1675. Boleh dah buat beli second hand BMW 3 series atau Merc C Klasse. Atau beli kereta Jepun idaman anda seperti Honda Civic atau Mazda CX5 ke.
Membazir ker?
Terpulanglah. Anda hanya muda sekali sahaja. Janganlah jadi mandom sangat. Takkanlah bila dah usia 55 tahun baru nak pakai 3 series? Ingatlah, all work but no play makes Jack a dull person. Lagi pun anda dah simpan dan labur banyak dah tu. Enjoylah sikit hidup tu. Buy memories.
Okaylah, korang mandom dan nerd to the core. Gunakanlah duit tu untuk beli rumah idaman. Atau reno rumah. Atau beli rumah pelaburan lagi..
#MoralOfTheStory
They key is, gunakanlah duit gaji untuk simpanan.
Gunakan duit side income untuk pelaburan. There is no right or wrong here. It is just tips kewangan. Lain orang lain cara. Takde one tip to rule them all kan? Kalau masa anda susah anda tak simpan duit setiap bulan walaupun 10 rm ke 50 rm, agak sukar anda nak ubah tabiat anda bila dah ada duit yang besar. Anda perlu belajar ukur baju di badan sendiri all the time. Kena pandai urus hutang kena selalu baca Tips kewangan untuk 30an macam nih.
Ini gaji ciput nak pakai kereta ranggi. Giloss!
Tak salah nak pakai BMW atau Merc atau whatever passion car sekiranya anda dah simpan dan labur most of your money. It depends on your passion.
Zaman muda hanya datang sekali. So buy a lot of memories Abe dah tak boleh jadi muda balik dah. But I am always bersyukur dengan rezeki Allah.
Yang Abe tahu Abe did ikat perut masa muda. At gaji 8000 masa usia 30 tahun, Abe still pakai kancil mata bulat. Now Abe dah ada Axia, Myvi, Alphard, Mini, dan X3. Okaylah kan?But then masa Abe usia 30 tahun tu Abe tak tahu adanya kerjaya part time jadi perunding unit amanah. Tak pun jadi takaful consultant, Cuckoo or Coway ke, atau apa-apa kerja sales.
Kesilapan umur 30an
Kesilapan Abe ialah Abe habiskan banyak duit berjudi forex online dari 2009-2014. Dahlah tak berkat, rugi pula. Elakkan judi moden ini. Not worth it.Semoga post ini bermanfaat. Sharing is caring. Until Then, Happy Planning For Your Finances as Early As Possible. Abe Nazz Zain- Celik Kewangan Sejak Usia 24 tahun lagi.