Cara Goreng Sosej Tak Kecut, Elok Macam Pasar Malam

Bukan semua orang pandai goreng sosej tak kecut. Ada juga yang asal goreng sosej saja jadi berkedut. Payah sungguh nak dapat hasil yang elok.

Lagi geram bila perhatikan goreng sosej cantik betul yang dijual di pasar malam atau di kedai-kedai makan itu. Elok gebu kejadian sosej goreng penjual. Entah macam mana agaknya cara nak dapatkan sosej goreng gebu gebas itu.

Malah, masalah goreng sosej tak jadi ini pun dikongsi juga di media sosial. Maknanya ini masalah sejagat jugalah kan.

Rupanya ada petua atau tip nak dapatkan sosej yang elok tak berkedut macam yang dijual di pasar malam itu. Surihack kongsikan caranya. Ini yang dikongsikan oleh peniaga pasar malam sendiri.

Cara Goreng Sosej Tak Kecut Tip Dari Peniaga Pasar Malam

Menurut pengguna facebook Fareez Amy Shafie yang juga katerer dan peniaga pasar malam ini ada beberapa tip yang kena praktik semasa menggoreng sosej.

  1. Untuk pastikan kulit sosej sentiasa tegang muda remaja, jangan goreng sosej guna minyak yang panas.
  2. Sebaik saja buka api, terus masukkan sosej ke dalam minyak.
  3. Sebelum itu, bilas dahulu sosej yang hendak digoreng dengan air dan keringkanlah.
  4. Semasa masukkan sosej dalam minyak tadi, biarkan sosej masak bersama minyak yang baru nak panas.
  5. Sebaik saja sosej timbul ke permukaan minyak. Bolehlah diangkat.
  6. Pastikan ianya masaklah ya.
  7. Ia akan menghasilkan sosej yang sedikit berminyak. Tetapi selepas ditos minyak itu akan hilang.
  8. Hasilnya sosej menjadi gebu gebas, montok dan bergetah dapat anda nikmati dengan berselera.

Baca : Tips Cara simpan daging agar tahan lama

goreng-sosej-tak-kecut

Tip Dari Chef Airport

Ini pula tip yang dikongsikan oleh pengguna facebook bernama Nourhayati Yusrina. Katanya, sewaktu dia bekerja di lapangan terbang, chef di tempat kerjanya ada berkongsi tip goreng sosej yang cantik kejadiannya.

  1. Sebelum digoreng, rendam dulu sosej dalam air panas antara 10 ke 15 minit.
  2. Kemudian toskan.
  3. Panaskan minyak, biar betul-betul berasap dan pastikan anda guna minyak yang banyak.
  4. Bila dah panas betul, masukkan sosej tadi dan goreng dalam masa 7 saat saja.
  5. Terus angkat dan toskan.
  6. Cara macam ini, minyak akan kurang meresap dalam sosej yang digoreng tadi.

Menurut chef, sosej itu sebenarnya dah masak. Cuma nak panaskan semula saja. Sebab itu kena rendam sekejap dalam air panas untuk bagi sosej lembut. Jadi bila goreng sekejap saja supaya tak overcook.

Baca juga : Resepi tauhu bergedil

Cara Lain Goreng Sosej Tak Kecut Yang Boleh Dicuba

Selain tip yang dikongsikan di atas, anda juga boleh cuba dengan tip-tip yang lain ini. Antaranya;

  1. Jangan goreng dalam minyak yang banyak. Letak dalam sesudu minyak dalam kuali. Goreng dengan api perlahan. Kalau dalam goreng sosej dalam kuali leper non stick lagi bagus. Cantik nanti hasilnya.
  2. Masukkan sosek dalam minyak sebelum minyak panas. Biarkan dalam minyak biar ia panas bersama-sama minyak. Jangan goreng dalam minyak yang panas. InsyaAllah sosej jadi cantik tak berkedut.
  3. Boleh juga masak dalam airfryer. Cantik tak berlemoih dengan minyak. Gunakan suhu paling rendah iaitu 10 minit. Rangup di luar, juicy di dalam.
  4. Kualiti sosej juga memainkan peranan. Biasanya yang lebih mahal itu lebih baik.

Baca : Kelirulah masa bila nak guna whipping cream dan fresh cream ni?

goreng-sosej-tak-kecut

Selamat mencuba semua.

Sosej ini kalau dapat dimakan dengan coleslaw yang sedap, daging atau ayam panggang beserta jagung bakar enaknya mengenyangkan.

Nak-nak bila dapat berkumpul ramai-ramai anak beranak. Makanan macam ini, buat anak-anak berulang makan hingga tak sedar.

Info : MATJHIO

Leave a Comment!

error: Content is protected !!