Travel ke Jepun beri 21 pengalaman luar biasa | Siapa pun tahu negara Jepun ini sangat terkenal dengan budaya dan tradisi yang unik.
Sikap sopan santun malah disiplin hidup mereka yang tinggi membuatkan siapa pun mahu travel ke Jepun.
Siapa yang pernah jejak ke Jepun pasti takkan melupakan pengalaman selama berada di sana. Masyarakatnya yang amat menghormati orang lain cukup dikagumi.
Bukan itu saja, disebalik teknologi pembuatan dan penciptaannya yang canggih. Jepun amat menitik beratkan soal keselamatan. Malahan, setiap reka bentuk ciptaannya adalah untuk meningkatkan pengalaman pengguna (User Experience).
Membaca perkongsian Richard Ker di twitter ini boleh suri bayangkan betapa seronoknya jika ada peluang untuk bercuti ke negara matahari terbit ini.
Ini 21 Sebab Travel Ke Jepun Memudahkan Hidup

Inilah 21 reka bentuk di negara Jepun yang dapat meningkatkan pengalaman pengguna (user experience) sekaligus memudahkan kehidupan masyarakatnya. Tentu, sebagai pelancong anda juga akan menerima kebaikannya.

Simbolik Kurus Dekat Tangga
Di negara matahari terbit ini, setiap anak tangga di Tokyo ada catatan informasi jumlah kalori. Semakin tinggi anda jejaki anak tangga, semakin banyaklah kalori yang sudah berjaya dibakar.
Sebenarnya, dekat Malaysia pun ada tangga yang ada catatan kalori ini. Surihack pernah temui di sekolah-sekolah kerajaan. Bagus usaha cikgu-cikgu sekolah itu.

Kalkulator Di Mesin ATM
Pada mesin ATM juga disediakan kalkulator. Jadi, bila tiba-tiba nak guna boleh je tekan-tekan terus dekat situ. Tak payah dah nak buka telefon ke apa kan.
Baca : Cara Jimat Ke Kota London, Penginapan Murah, Taman Percuma, Shopping Berjenama Tapi Murah

Signboard 3D
Papan tanda 3D di kawasan stesyen keretapi Jepun ini memudahkan pengguna. Senanglah pengguna train nak pergi mana-mana. Dari jauh dah nampak signboard.

Sinki All-in-one
Sinki semua dalam satu. Dengan hanya satu sinki, anda boleh basuh tangan, tekan saja di sinki kalau nak guna sabun. Dan keringkan tangan terus dekat sinki sebaik mencuci.
Wah! mana nak jumpa kat Malaysia ni. Kenalah travel ke Jepun baru boleh jumpa ya tak?

Pemegang Cawan Mudahkan Pengguna ATM
Bukan saja kalkulator ya. Dekat mesin ATM dia pun ada tempat pemegang cawan. Kalau tiba-tiba nak keluarkan duit, dalam masa sama baru saja membeli air, haa.. boleh letak dekat tempat khas pemegang cawan itu.
Bolehlah guna mesin ATM dengan tenang. Tak adalah kes tertumpah air dekat kawasan mesin ATM nanti.

Tulisan Braille Di Tin Minuman
Tin minumannya ada tulisan braille. Untuk mereka yang tak boleh melihat, braille memudahkan mereka untuk membaca dan mencari minuman yang dikehendaki.
Memang next level betul ni. Tak rugi korang travel ke Jepun ni.

Kertas Bungkus Chewing Gum
Buat penggemar chewing gum atau gula-gula getah. Setiap kali selesai menikmati, anda boleh buang dalam kepingan kertas yang turut disediakan dalam pembungkusan chewing gum.
Tak adalah sesuka hati nak lekat kat kerusi ke.. dinding ke.. Itu dah jadi vandalisme kan namanya.

Tak Malu Nak Buang Hajat
Paling segan bila masuk tandas awam tetiba terhajat nak buang air besar. Haa.. kat Jepun ni, boleh tutup rasa segan itu dengan bunyi-bunyian.
Sebab dekat toilet dia ada button yang membolehkan buat bunyi-bunyian macam bunyi air misalnya.

Bekas Puding Pun Praktikal
Dekat bekas puding yang anda beli itu ada sejenis alat yang boleh menolak puding keluar dengan cantik dan kemas. Jadi, bila nak makan boleh susun cantik-cantik dalam pinggan.
Tak adalah puding jadi rosak bentuknya bila nak keluarkan dari bekas dia.

Travel Card Yang Memudahkan
Travel card Suica ini unik, sebab pada satu sisi ada tanda membolehkan pengguna tahu itulah bahagian atasnya. Jadi, anda boleh tahu untuk meletakkannya pada kedudukan yang betul dekat mesin.

Boleh Tahu Tandas Kosong Atau Tidak
Wow! sebelum masuk tandas, anda boleh nampak tandas yang kosong atau ada pengguna. Tengok dekat dinding tu. Mudah kan. Tak adalah kejadian tolak pintu tandas rupanya ada orang di dalam itu.
Kalau dekat Malaysia setakat parking kereta saja yang ada tanda macam ini.

Dapat Produk Sama Macam Gambar Iklan
Gambar bukan sekadar iklan. Maksudnya, macamana gambar produk dalam iklan, macam itulah nanti yang anda dapat sewaktu membelinya.
Bukan gambar iklan je gempak, sekali dapat nan hado. Hahaha..

Kertas Pengelap Telefon Percuma
Di Jepun turut disediakan ‘kertas’ untuk mengelap skrin telefon bimbit pengguna. Tarik je bila nak guna. Tujuannya, bagi memudahkan anda membersihkan skrin telefon pada bila-bila perlu.

Beg Luggage Diasing Ikut Warna
Setiap beg luggage yang sampai ke lapangan terbang akan diasingkan mengikut warna. Jadi, tak adalah susah untuk anda nak mencarinya. Apatah lagi berjam-jam mencari beg luggage sendiri di negara asing.
Kenalah hafal warna beg luggage masing-masing ya.

Lampu Tidur Mesra Pengguna
Lampu tidur pun sangat memberi kerjasama. Siap boleh pasang sebelah je. Kalau tetiba kawan dalam bilik hotel tu masih nak membaca ke apa, boleh je pasang dekat bahagian dia.
Memang betul-betul jaga hati semua orang dekat Jepun ini.

Kerusi Pemandu Untuk Budak
Dalam keretapi di Jepun, ada disediakan kerusi khas memandu untuk kanak-kanak. Kalau melalui perjalanan yang panjang, seronoklah budak-budak bermain. Tidaklah mereka meragam atau bosan.
Baca : 15 Lokasi Menarik KLCC Perlu Korang Explore

Pemegang Telefon Di Kawasan Pelancong
Dekat kawasan pelancongan turut disediakan pemegang telefon. Memudahkan anda untuk mengambil gambar selfie yang cantik.

Dalam Lif Pun Boleh Tahu Hujan Ke Tak
Dalam bangunan mahupun dalam lif, ada simbol yang menunjukkan jika hujan di luar bangunan. Taklah terkejut nanti kan.

Cermin Mata Pelbagai Power Untuk Semua
Ada cermin mata dengan ‘power’ yang berbeza. Mudahlah untuk mereka yang mahu mengisi borang. Boleh pilih ikut jenis power masing-masing.

Arahan Minta Pandu Perlahan
Walaupun Jepun terkenal dengan Tokyo drift. Kalau rasa nak minta pemandu teksi memandu perlahan, boleh tekan button yang disediakan dalam teksi.
Dia tulis ‘turtle taxi’ bermakna pandu perlahan lah tu.

Sambil Buang Air Boleh Main Game Dalam Toilet
Haa.. ini kelakar sikit, tapi memang ada. Sambil membuang air kecil, anda boleh bermain video game menggunakan air kencing anda itu.
Tapi, sebaiknya takyah le nak cuba-cuba ya. Tak gamak rasanya nak buat macam tu. Mungkin ini cara mereka nak hilangkan stress.
Menarikkan semua pengalaman pengguna yang Jepun cuba terapkan kepada semua orang. Haa.. apa lagi kan. Cuti sekolah 2022 ini, bolehlah plan bawa famili bercuti travel ke Jepun.
Baca juga : jnt Johor
Wow! bestnya kalau dapat pi Jepun ni.. moga ada rezekilah nanti nak jejak sana.
Kagum sangat. Pernah pergi Jepun tapi lebih 15 tahun lepas dah…teringin nak pergi lagi..Banyak benda kita boleh belajar bila travel di sana..
Memang dari dulu teringin nak pegi Jepun. Dengar cerita kerajaan Jepun nak bukan balik sempadan. Cukup tak agaknya tabung ayam tu.