Cara jimat ke London ! haaa mesti ramai nak tahu tips ini kan, Maklumlah ramai dah boleh travel. UNtuk orang yang pertama kali nak DIY , boleh refer nih.
Pertama kali cari tiket return bawah RM 3k, biasanya syarikat airlines yang bagi harga murah seperti
- Singapore airlines
- Direct airlines Saudi arabia~ transit
- Oman air~ transit
- KLM ~ transit
- Sri lanka~transit
Mula~mula guna google flight dahulu untuk check harga dan tengok pula di aplikasi rasmi airlines. Biasanya hari weekday orang kurang tengok tiket jadi trafik ke laman web tak sibuk. Memang kena bersusah susah sikit kalau nak dapat Cara Jimat Ke London ini.
Dimana hendak tinggal di london? Bagi yang muslim saya sarankan cari airbnb di beberapa kawasan
- wembley
- ilford
- barking
- alperton
- acton town
- edgware road
- bayswater
- stratford
- ealing
- willesden Average
harga airbnb di tempat di atas untuk sewa bilik sekitar RM100~150
Jika anda memilih kawasan seperti atas akan ada orang jual fast food tempatan. Ayam seketul baru dalam £1.50. Biasanya orang keturunan asia selatan yang beragama islam yang buka bisnes ini.
Bagi yang berduit mungkin boleh pilih kawasan mayfair senang untuk shopping. haaa.. ini salah satu tips Cara Jimat Ke London
Restoran Malaysia di Kota London
Antara restoran malaysia yang terdapat di kota london
- Nur malaysia di north acton. Jika anda tinggal di stratford boleh naik overground terus ke stesen north acton dan jalan kaki cross taman terus sampai. Masakan di sini sedap dan berbaloi datang jauh .
- Restoran melur Kena naik district lain dan berhenti di edgware road atau naik jubilee line berhenti di edgware.
- Satay house tak jauh dari melur hanya dua blok sahaja.
- Makan restaurant ~ boleh try sambil pergi ke pasar karat di situ iaitu pasar portobello road market.
- Rasa sayang restaurant di china town.
- Tuk din tak jauh dari stesen paddington atau dari stesen lancaster gate ( central line). Tapi tukdin selalu penuh dan tempat dining dia tak besar.
- putera puteri pun sama tak jauh dan tak besar.
Kaki shopping.
Mana nak shopping? Bagi peminat primark saya cadangkan pergi di primark Totenham court road. Ada 4 tingkat dan ada cafe untuk lepak lagi . dah penat membeli boleh minum secangkir kopi dulukan.
Cara nak ke sana? Naik je tube central line dan berhenti di stesen totenham court road. Tahukah anda di london ada kedai barangan berjenama tapi murah, ini salah satu Cara Jimat Ke London
~ bagi orang berduit ke bond street di mayfair. Tapi jika masuk ke LV pun orang tak tengok pakaian kita. Maybe muka orang asia ini selalu masuk ke LV jadi setiap staff mereka layan dengan baik.~ antara Selfridges dan Harrods mana lagi okay? Hurmm harrods pun dah upgrade tempat orang timur tengah suka shopping.
Premium outlet~ London designer Outlet. Jika hendak ke sini dengan menaiki Jubilee Line dan nanti berhenti di stesen wembley .
Kedai Berjenama yang murah
TK Max di oxford street antara yang besar yang anda boleh explore. Jenama dari coach hingga Gucci(kadang~kadang ada). Tempoh hari jumpa wallet coach dalam RM 100. Di TKmax kita boleh beli juga barangan dapur seperti set Le Crueset dengan lebih murah.
bagi peminat jersi original nk dapat harga murah? Kadang2 baju jersi sehali dalam Rm 150. JD sport di bond street selalu buat sale clearance.
Pengangkutan/ Transportation Cara Jimat Ke London
Jika di London cara cepat kena mahir untuk tukar train.
jangan naik pada pukul 7 pagi hingga 9 pagi kerana waktu ni caj mahal dikenakan ya la time ni traffic org ramai naik train jadi situ mereka buat untung.
Jika sebelah petang pada pukul 4 ptg hingga 7 petang.
caj untuk sekali tap naik bas adalah £1.50. Contohlah trip bas tu ke wembley, jadi harga £1.50 itu dikenakan pada kad debit/ google pay/ apple pay anda walau anda berhenti hanya 5 perhentian .~ jika hendak ke bicester village ad dua stesen iaitu Paddington atau marylebone.
Tiket boleh beli secara talian ( trainline) harga sekitar £20 sehala.
Ehailing
~ ehailing yang ada uber, ola, black cab, bolt, gett. Kebanyakan pemandu ehailing adalah imigran melainkan black cab orang tempatan. Nk tengok London dari atas? Boleh cuba link ini https://skygarden.london/booking/.
Tempat Liburan
jika anda suka suasana malam boleh cuba ke china town hingga Trafalgar square. Biasa kat situ memang akan ada macam show orang buat.
- Piccadilly pun tempat orang suka lepak. Disitu ada hard rock shop terbesar di eropah.
- jika hendak beli koleksi hard rock yang murah di hard rock di old park lane rasanya masih buka.
- bagi peminat street wear perlu ke carnaby street.
- jika anda suka dengar orang berdebat silalah ke Hyde Park corner. ~
- anda peminat MM( COKLAT) di china town ada mall utk MM memang besar nanti bawak anak2 pasti mereka teruja. Poket ayah pun akan teruja juga..
Stadium
Stadium~ emirate stadium. Jika masuk ke armoury shop antara merchandise yang terbesar di london untuk kelab bola. ~ naik north line untuk ke sini dan berhenti finsbury park.~ stamford Bridge. Cara ke sini naik district line dan berhenti di fulham broadway.Siapa yang pernah datang ke kota london pasti merinduinya..
Taman-Taman Menarik
Ini salah satu Cara Jimat Ke London, banyak je taman-taman percuma
- Taman paling besar adalah Richmond Park. Taman ni kira di jaga oleh pihak diraja dan percuma. Di richmond park mereka pelihara rusa secara terbuka jadi memang ada banyak rusa bebas bergerak. Zaman dahulu raja mereka memburu disini sebab itu diwujudkan taman~taman di raja. Cara ke sini naik district line dan berhenti di stesen Richmond dan perlu naik bas ke sana.
- St james Park. Park ini sebelah big ben je. Anda lalu park ni terus sampai ke Buckhingham Palace. ~ hydepark and kengsinton park bersebelahan sahaja. Park ni berada di tengah kota london dan memang cantik kalau datang waktu musim luruh.
- st regent park pula meletakkan sebuah zoo dan juga sebuah universiti disini.
- Bushy park antara park yang banyak rusa juga cuma ia tak besar. Tak jauh daripada Richmond park.
- Greenwich park antara port hendak tengok view london dari atas bukit.
Hide Gem di London
- London borough market. Kira pasar di bawah jambatan dengan background menara shard. Kat sini ada banyak seafood dan makanan tempatan. Cara hendak ke sini turun je dari London bridge anda akan nampak papan tanda ke London Borough Market.
- Little venice London. Ia tak jauh daripada Restoran melur dan anda boleh jalan kaki sampai ke paddington. Boleh lah tengok rumah orang kaya disini.~ rumah berwarna di notting hill, kensington high street. Cantik utk orang yang hendak OOTD. Anda perlu naik District Line dan berhenti di stesen kensington high street.
- Battersea park ini taman yang selalu dikunjungi oleh keluarga diraja. Dekat dengan battersea park pun ada batterpark pun ada satu kawasan kerajaan malaysia labur.
- Camden town. Kira tempat remaja lepak sebenarnya.
- Ada kedai makan org Indonesia di sini tapi tiada tempat untuk dine. Saya kurang nk sarankan jika anda datang dengan keluarga sebab tempat ini selalu dengan masalah sosial. Ia ada keunikan tersendiri.
Infor Tambahan
London ni kira cashless town. Sebab itu kerajaan UK pun sudah kurangkan pengeluaran Wang kertas mereka. Duit kertas £50 pun dah tiada. Mereka galakkan orang untuk cashless walaupun mereka punyai simpanan rezab emas yang banyak.
jika hendak keluarkan duit di mesin ATM yang hampir semua bank adalah percuma caj bukan percuma bagi duit.
Berani tak nak DIY bila dah baca entri cara jimat ke London ni? ? kalau tak berani boleh contact bro Pengembara MO untuk dapatkan pakej best di kota London dan jangan lupa baca entri 10 tips travel bijak untuk wanita jangan lupa baca tips selamat wanita kembara tau! penting kena hadam semua info-info macam ini sebelum mulakan perjalanan