Temujanji Pos Malaysia Online akhirnya ! Setelah gagal membuat renewal di platform MYEG kerana dimaklumkan tiada gambar disimpan dalam sisitem merek, jadi terpaksalah mencari alternatif lain.
Jadi, tiada pilhan kenalah pergi ke pejabat POS atau JPJ.
Masalahnya dalam masa yang sama ada perasaan takut nak keluar rumah untuk renew lesen dan road tax dan Kami pun tidak suka bersesak sesak
Tetapi telah diyakinkan oleh kawan kawan bahawa hanya perlu buat temujanji terlebih dahulu dan tiada kesesekan.
Siap dalam 10 minit sahaja.
Temujanji Pos Malaysia Online
Urusan JPJ yang boleh buat temujanji Pos Malaysia online?
Anda perlu membuat temujanji untuk urusan-urusan JPJ seperti berikut:
- Renew lesen, roadtax dan dan renew insurans sekaligus
- Renew lesen sahaja
- Renew roadtax sahaja
BACA : SEMAKAN PERMOHONAN TAHUN 1
Cara buat temujanji Pejabat Pos online untuk urusan JPJ
Sebelum menghadirkan diri ke Pejabat Pos, anda perlu buat temujanji JPJ online terlebih dahulu. Tiada temujanji, tiada urusan akan diterima
Ini adalah yang terbaik untuk untuk mengelakkan kesesakan pengunjung yang ingin membuat urusan-urusan JPJ.
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk membuat janjitemu Pejabat Pos online:
- Layari laman web rasmi Pos Malaysia di sini: https://www.pos.com.my
- Akan ada beberapa pilihan di laman utama ini:
- Track & Trace
- E-Consignment Note
- Outlet Finder
- Postage Calculator
- Klik Outlet Finder
- Untuk direct link, anda juga boleh terus pergi ke laman Outlet Finder di sini: https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder
- Anda kini berada di laman Outlet Finder
- Seterusnya, di ruangan Search address, postcode, state or city, masukkan lokasi Pejabat Pos yang berhampiran dengan anda.
- Contohnya Pejabat Pos Besar Shah Alam
- Tekan ikon Cari
- Keputusan carian akan dipaparkan
- Klik Book your JPJ service appointment
- Anda akan dibawa ke satu laman yang lain
- Peberapa pilihan:
- Renewal of Road tax, Insurance and Driving License
- Renewal of Driving License
- Renewal of Road tax
- Untuk cukai jalan, pilih Renewal of Road tax
- Untuk lesen memandu, pilih Renewal of Road tax
- Pilih tarikh yang dikehendaki
- Pilih waktu yang dikehendaki
- Di bahagian Add your details, masukkan:
- Name
- Phone number
- Tekan butang Book
- Akan keluar popup Verify your email
- Masukkan verification code yang dihantar
- Tekan butang Continue
- Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai
- Screenshot maklumat janjitemu tersebut untuk rujukan
Nota: Jika tidak boleh hadir, anda juga boleh Cancel booking atau Reschedule. Semak email dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.
Apa syarat perlu difahami sebelum buat temu janji Pos Malaysia online di pos.com.my ?
Sebelum anda membuat temujanji Pos Malaysia secara online, sila fahamkan terma dan syarat JPJ seperti di bawah:
- Tempoh renew yang dibenarkan adalah enam (6) bulan atau satu (1) tahun.
- Kenderaan tersebut, samada motorsikal atau kereta, mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh seperti yang dipohon.
- Anda hanya boleh renew jika roadtax akan tamat tempoh dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.
- Jika pemilik kenderaan, atau pemunya berdaftar telah diisytiharkan meninggal dunia, pembaharuan roadtax hanya dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun.
- Permohonan mesti mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.
- Bagi pemilik kenderaan yang tarikh luput roadtax terakhirnya adalah melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, kenderaan tersebut perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan, termasuk kereta dan motorsikal.
Jika Ada masalah untuk akses pos.com.my
Jangan panik kalau anda menerima ralat ini:
Sorry, we’re facing heavy traffic right now. Please be patient and try again in 1 minute.
Seperti dijangkan, terlalu ramai orang cuba memasuki laman web pos.com.my untuk buat janji temu. Bila terlalu ramai, maka sistem akan jadi perlahan kerana tidak dapat menampung jumlah trafik yang tinggi.
Daripada membuang masa, lebih baik anda cuba semula pada waktu malam nanti.
Sekiranya ada masalah untuk masuk ataupun tidak dapat slot yang dikehendaki, sila hubungi Pos Malaysia melalui saluran berikut:
- Whatsapp 019-7291300
- Chat dengan AskPos
Moga Bermanfaat !
Diharapkan agar perkongsian mengenai temujanji Pos Malaysia online melalui pos.com.my/post-outlet-finder/ ini akan memudahkan urusan JPJ anda.
Untuk urusan Imigresen pula, sila rujuk panduan temujanji Imigresen online melalui sto.imi.gov.my.