Rujuk kembali setelah bercerai merupakan peluang kedua untuk pasangan tersebut. Namun, ia melibatkan hati dan perasaan kedua belah pihak. Jadi, mesti dengan persetujuan dan kemuafakatan keduanya, barulah wujudnya ‘peluang kedua’ ini. Betul kan?
Sayang Masih Bersisa, Sebab itu Rujuk Kembali
Tiap orang berhak untuk diberikan peluang kedua. Tiada manusia yang kalis kesilapan dan kesalahan termasuk diri kita. Memberikan peluang kedua kepada orang yang kita sayang juga sebenarnya adalah memberikan peluang kedua untuk diri kita sendiri.
Menurut Bahasa, rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.

Lepas Rujuk Kembali, Tekad Untuk Berubah Demi Kebaikan Bersama
Tiada lagi peluang ketiga! Biasanya pasangan hanya akan ‘bermurah hati’ untuk memberikan peluang kedua saja. Jadi, buktikan kesungguhan kita untuk menjadi yang terbaik untuk dirinya.
Kita juga kena ingat, bila pasangan kita memberikan kita peluang kedua, bermakna dia telah sanggup menerima setiap kesalahan yang pernah kita buat sehingga perpisahan terjadi.
Oleh yang demikian, jangan sesekali meletakkan punca perpisahan pada diri mereka pula ye! Dah sangat bernasib baik bila diberi peluang kedua!
Masih Sayang Dan Yakin Boleh Kembali Bina Kembali Hubungan
Peluang kedua diberikan bila pasangan masih ada sayang di hatinya. Yelah, bukan mudah nak melupakan orang yang berkongsi tilam dan bantal selama ini. Selalunya peluang kedua juga diberikan bila dia berasakan pasangannya itu boleh memperbaiki hubungan mereka.
Berbeza andai sudah tiada rasa sayang dan cinta dalam dirinya pada pasangan. Pujuklah macam mana sekali pun, takkan diberikan lagi peluang kedua itu. Atau, dia sudah terlalu ‘penat’ untuk memaafkan kesalahan pasangan yang tak putus-putus menyakiti hatinya.
Semak artikel ini: Isteri Kena sentiasa syukur
Masing-Masing Sedar Kesilapan Diri
Ada kalanya, apabila tidak lagi tinggal sebumbung, masing-masing akan bermuhasabah diri. Apakah wajar kesalahan dilemparkan pada pasangan saja? Tidak ada sedikitkah kesilapan berpunca daripada diri sendiri? Sudah tentu ada…
Dari sudut positifnya, bila berjauhan setelah cerai, kita akan lebih ‘terbuka’ untuk menilai sendiri kesilapan dalam perkahwinan yang lalu. Apakah punca-punca hingga tercetusnya perpisahan adalah atas sesuatu sebab yang tak boleh dimaafkan?
Atau kesilapan-kesilapan yang masih boleh diberikan kemaafan dan boleh diubah? Ada pasangan yang berpisah kerana ego masing-masing. Tapi bila berpisah, baru sedar mereka sebenarnya tak boleh hidup tanpa pasangan mereka. Biasanya, bila di depan mata tak dihargai. Tapi bila dah ‘kehilangan’ barulah terasa!

Pihak Ketiga, Tolong Ketepi!
Tak dinafikan, ada juga perkahwinan yang hancur dek kerana pengaruh orang ketiga, tak kira keluarga atau rakan-rakan. Kalau ini puncanya, berbincang dengan pasangan sedalam-dalamnya andai ingin rujuk kembali.
Kena bersedia untuk lebih ‘tegas’ dan berani untuk melarang orang luar campur tangan dalam rumah tangga walau pun mak dan ayah kandung sendiri!
Orang boleh bagi nasihat, TAPI bukan buat keputusan atau aturkan hidup kita. Ingat tu!
Sebelum Rujuk Kembali, Senaraikan, Bincang Dan Cari Penyelesaian
Apabila ada keinginan untuk kembali bersama, pasangan itu kena duduk berbincang elok-elok. Kenal pasti apakah masalah-masalah yang selama ini telah dipendam hingga akhirnya menjadi besar hingga ambil keputusan berpisah.
Kemudian, masing-masing kena terbuka dan berlapang dada menerima kritikan pasangan kerana sedar itu adalah untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi selama ini. Kalau tak diselesaikan, takut nanti bila dah rujuk, masalah sama akan berulang. Apa gunanya? Jangan sampai nanti timbul penyelesaian lepas rujuk!
Yang penting, bila rujuk kembali, ia adalah peluang untuk kita perbetulkan kesilapan dan bukan ambil kesempatan di atas rasa lembut hati pasangan pada kita.
Baca artikel ini juga: