Fiesta Makanan Ala Korea Di AEON Delicatessen | Bagi peminat K-Drama pasti terliur bila tengok pelakon kesayangan makan makanan Korea dalam drama popular mereka.
Nampak macam sedap dan teringin nak cuba makanan yang popular dari negara Korea. Kalau siapa pernah tengok drama Crash Landing On You mesti teringin nak makan ayam goreng yang hanya boleh didapati di Korea Selatan dan tiada di Korea Utara itu.
Kini tak perlu susah-susah nak tempah tiket ke Korea hanya semata-mata nak makan makanan Korea. Ini kerana AEON telah mengadakan Fiesta Makanan Ala Korea Di AEON Delicatessen selama sebulan di bulan Oktober ini.
Apa yang lebih istimewa apabila sajian makanan Korea melalui kempen AEON x DAEBAK ini ialah kita boleh makan tanpa was-was dengan harga yang sangat berpatutan.
Apa tunggu lagi, jom serbu Fiesta Makanan Ala Korea Di AEON Delicatessen atau pasar raya AEON yang berhampiran.
AEON Berkolaborasi Dengan MAMEE
Bagi merealisasikan kempen AEON x DAEBAK, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) telah berkolaborasi dengan MAMEE-DOUBLE DECKER Distribution (M) Sdn Bhd. Kolaborasi dua syarikat ini telah menghasilkan pilihan produk makanan untuk AEON Delicatessen.
Majlis pelancaran kempen AEON x DAEBAK ini telah dilancarkan di AEON Lounge Mid Valley, Kuala Lumpur.
Teruja melihat hidangan makanan ala Korea yang terhidang di Fiesta Makanan Ala Korea Di AEON Delicatessen. Kalau dulu teringin nak makan tapi was-was, tetapi kini tidak lagi.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ketua Bahagian Makanan AEON, Azidah Alimuddin, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE, Jennifer Chee dan wakil pengurusan daripada kedua-dua belah pihak.
Dalam majlis tersebut, Azidah Alimuddin telah menzahirkan rasa terujanya apabila melihat kolaborasi ini menjadi kenyataan.
“Kami berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan MAMEE, iaitu jenama snek tempatan terkemuka yang dikenali dengan pelbagai rangkaian produk.
Melaluinya, AEON dapat menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang mudah dan cepat kepada pelanggan, di samping mengekalkan cita rasa Korea dalam rangkaian produk ini,” kata Azidah di majlis tersebut.
Tambahnya lagi, “Demografi pelanggan kini semakin dinamik dan ini mempengaruhi permintaan mereka.
Oleh yang demikian, AEON mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi pilihan dengan kolaborasi bersama MAMEE agar pelanggan AEON boleh menikmati aneka makanan ala Korea,” kata Ketua Bahagian Makanan AEON ini mengenai Fiesta Makanan Ala Korea Di AEON Delicatessen.
Produk Fiesta Makanan Ala Korea Di AEON Delicatessen
Kolaborasi antara AEON dan MAMEE ini bertujuan menggiatkan lagi pertukaran budaya makanan Korea di AEON Delicatessen.
Pilihan makanan ini bertumpu kepada produk-produk yang ditawarkan di Delicatessen dan La Boheme seperti;
- Pita Ayam Bulgogi Spice + Pita Ayam Kimchi (1 set),
- Sosej Jagung Mini,
- Peha Ayam Suku BBQ Kogi
- Set Ayam Korea,
- K-Spiced Sup Oden
- Ban Ayam Kimchi, Ban Ayam DAEBAK
- Piza Ayam DAEBAK ⅙
Produk-produk ini boleh didapati di semua outlet AEON Delicatessen dan La Boheme di AEON mulai 3 Oktober 2022 dan AEON BiG mulai 17 Oktober 2022.
Terliur kan tengok Fiesta Makanan Ala Korea Di AEON Delicatessen ini.
AEON Peruncit Gergasi
Dalam pada itu, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE, Jennifer Chee telah menzahirkan kegembiraan dengan Kerjasama yang terjalin.
“MAMEE FOOD SERVICE berbangga kerana dapat bekerjasama dengan peruncit gergasi seperti AEON untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan makanan berasaskan Korea kepada peminat Mamee serta pelanggan AEON.
Yang lebih menarik, konsep produk yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak adalah makanan yang ringkas dan boleh terus dimakan.
Maka, kolaborasi ini menjadi lebih menarik dan seterusnya mampu menggamit peminat Mamee untuk menikmati tawaran di AEON Delicatessen ini,” kata Jennifer Chee mengenai Fiesta Makanan Ala Korea Di AEON Delicatessen.
Mengenai AEON Runcit
AEON Co. (M) Bhd. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia
dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness, 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara.
Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara.
AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang “AEON BiG” di
Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat.
Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean.
AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah.
Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON.
Baca juga: AEON BiG bekerjasama dengan KPN; AEON Lancarkan Koleksi Busana Pengantin PUTERI Ready To Wear
Sedapnya makanan Korea. Petang nanti nak singgah AEON lah. Tekak teringin nak makan ayam goreng tu. Fuh! tak sabar.