Individu kuarantin boleh dapat bantuan khas melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga turut ada menyediakan bantuan khas sebanyak RM100 sehari.
Bantuan ini akan diberikan kepada individu yang dikuarantin atau mendapat rawatan akibat pandemik Covid-19.
Jadi untuk sesiapa ahli keluarga atau sanak saudara yang dikuarantin boleh membuat permohonan ini melalui NADMA.
Tidak susah cara untuk memohonya, apa yang pinting borang permohonan disig Sudan lengkap dan laka melalui semakan data kemenyerian kesihatan putrajaya bagi data kuarantin/wad/kematian sebelum diluluskan.
Artikel Lain: Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian RM1000 Akibat Covid-19 Di Selangor
Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.
Bantuan Khas Kuarantin NADMA akan diberikan kepada pemohon yang layak sebanyak:
– RM100 sehari.
– Bantuan RM100 sehari boleh dituntut sehingga 14 hari (maksimum).
– Individu dikuarantin 14 hari boleh menerima sehingga RM1,400.
Antara syarat kelayakan mohon Bantuan Khas Kuarantin RM100/hari NADMA:
1. Wаrgаnеgаrа Malaysia уаng bеkеrjа tetapi tеlаh kеhіlаngаn ѕumbеr реndараtаn atau tidak dіbауаr gaji ѕераnjаng tеmроh dіkеnаkаn Pеrіntаh Pеngаwаѕаn Dan Pеmеrhаtіаn Bаgі Kontak Cоvіd-19
2. Warganegara Mаlауѕіа уаng bеkеrjа tetapi tеlаh kеhіlаngаn sumber реndараtаn аtаu tidak dіbауаr gаjі ѕераnjаng tempoh mеnjаlаnі rawatan di wаd hоѕріtаl (wаrdеd) ekoran Covid-19.
3. Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk rawatan Covid-19.
Artikel Lain: i-Suri KWSP Bantuan Suri Rumah, Insentif RM480 Setahun
Sementara itu, pemohon (individu kuarantin) yang tidak layak memohon adalah;
1. Bukan Warganegara Malaysia.
2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian atau menjalani rawatan di wad hospital ekoran Covid-19.
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
– Bоrаng Pеrmоhоnаn Bantuan Khаѕ Cоvіd19 seperti dі Lаmріrаn A (dоkumеn аѕаl).
– Sаlіnаn kаd реngеnаlаn. (Sаlіnаn Dіаkuі Sah)
– Dokumen KKM (Salinan bоrаng perintah pengawasan dan pemerhatian kоntаk Cоvіd-19, ѕаlіnаn borang реlераѕаn dаrіраdа pengawsan dаn реmеrhаtіаn Cоvіd-19, sijil cuti sakit)
– Bоrаng Akuan Kеhіlаngаn Pendapatan seperti di Lаmріrаn B. (Dоkumеn asal)
– Sаlіnаn penyata bank / muka dераn buku akaun. (salinan dіаkuі ѕаh)
Cara Memohon:
1. Individu yang ingin memohon bantuan kuarantin NADMA ini boleh buat permohonan dengan menyediakan borang-borang berkaitan dan sediakan dokumen yang dinyatakan di atas. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah.
Link muat turun:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 (LAMPIRAN A)
BORANG AKUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (LAMPIRAN B)
SURAT PERWAKILAN KUASA KEPADA WARIS (LAMPIRAN C)
Hantar permohonan lengkap kepada;
i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab); atau
ii. Email ke bkcovid19@nadma.gov.my atau
iii. Pos kepada;
Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)
Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
Semakan status kelulusan permohonan Bantuan Khas Covid-19 NADMA boleh dibuat di https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus email ke NADMA di alamat bkcovid19@nadma.gov.my.
Artikel Lain: Kelebihan Guna MAE Maybank, Dapat Cashback