Pasang Kepala Gas Dan Mencabutnya Dengan Betul

Cara pasang kepala gas dengan betul ini amat penting untuk dipelajari oleh suri sekalian. Dalam pada yang sama kena tahu juga cara mencabutnya dengan betul dan selamat.

Ketika suami tiada di rumah, tak perlu tunggu kepulangannya sebab suri sendiri boleh buat asalkan tahu caranya.

Kadangkala, perasaan seram itu tetap ada. Lagi-lagi melibatkan tong gas ini. Bimbang salah pasang, gas pula yang keluar dari kepala tong. Dah jadi satu hal lain pulak.

Jadinya, belajarlah cara betul untuk memasangnya ya.

Sebelum Pasang Kepala Gas, Fahamkan Apa Itu Kepala Gas

Sebelum itu, kenalah tahu apa yang dimaksudkan dengan kepala gas. Kedudukan kepala gas ini disambung dengan getah paip gas dari dapur suri.

Penting untuk pastikan kepala gas ini masih elok berfungsi dan tidak retak atau pecah.

Pastikan juga sambungan paip gas dengan kepala gas dalam keadaan yang ketat. Bagi mengelakkan gas keluar sebaik dipasang ke tong gas LPG di rumah anda.

cara-pasang-kepala-gas
Kredit foto : hipwee.com

Begini Cara Pasang Dan Cabut Kepala Gas LPG

  • Pada tong gas akan ada getah keselamatan. Tarik getah keselamatan pada tong gas. (jangan takut nak tarik ya. Biasanya tarikh guna jari pun dah boleh tertanggal)
  • Selepas dah dikeluarkan, masukkan kepala gas dalam muncung tong gas. Masukkan habis sampai bawah tu.
  • Tekan sikit kepala gas itu. Kemudian, pusingkan suis atau pemutar atau tuil berwarna hitam itu ke arah kanan hingga ke bawah.
  • Periksa betul dan pastikan kepala gas yang dipasang itu benar-benar ketat dan dikunci betul.. Bukan longgar ya.
  • Hidupkan api gas. Jika api menyala, bermakna anda sudah berjaya.
  • Untuk mencabut kepala gas pula, suiz berwarna hitam tolak ke arah kanan dan ke atas. Apabila telah longgar, bolehlah anda keluarkan dari muncung tong gas.

Haa.. semudah itu saja.

Baca juga : Kipas lama jadi baru, bajet RM30 jer. Hasil mantap.

Cara Periksa Getah Paip Gas Tidak Bocor

Dah belajar kan pasang dan cabut kepala gas dengan betul. Penting juga untuk anda belajar, cara nak pastikan tiada kebocoran pada getah paip gas.

Semasa membuat pemasangan kepala gas ini, periksalah juga sambungan getah paip gas itu adakah ketat, longgar dan paling penting tidak bocor.

Kadangkala tanpa buat pemeriksaan, hidung anda pun boleh menjadi bahan bukti. Bau gas LPG ini cepat saja untuk dikesan.

Jangan panik!

Anda boleh pastikan sama ada berlaku kebocoran gas LPG di rumah anda atau sebaliknya dengan cara ini.

  • Sebaik kesan bau gas yang kurang menyenangkan itu, segeralah buka tingkap dan pintu rumah. Pastikan pengudaraan di dapur dalam keadaan yang baik.
  • Siapkan air sabun. Campurkan sabun dengan air dan sebaiknya ada botol spray. (Demi keselamatan, kenalah simpan stok siap-siap ya.)
  • Semburkan cecair sabun tadi pada bahagian getah paip gas. Masa ini sistem gas kenalah berfungsi dan terpasang.
  • Jika berlaku kebocoran, buih-buih akan keluar di tempat permukaan getah tadi.
  • Masa ini, tutuplah gas LPG itu dan gantilah getah paip gas yang baru.

Bila dapur gas dah boleh menyala dengan baik dan selamat. suri nak memasak atas api dapur pun tak rasa bimbang. Semua ini boleh saja buat sendiri, walaupun tiada suami di rumah.

Mudahkan cara pasang tong gas sebenarnya. Yang penting, masa pasang kepala gas itu kena ketat ya. Tidaklah gas keluar semasa memasak.

Comments 5 Responses

  1. MAMA REEN September 13, 2021
  2. HASNITA September 13, 2021
  3. netty September 13, 2021
  4. Wawa azwa September 13, 2021
  5. ninie September 13, 2021

Leave a Comment!

error: Content is protected !!