Senarai Restoran Sky Dining Di Kuala Lumpur

Senarai restoran sky dining menarik yang boleh dikunjungi di sekitar Kuala Lumpur bagi mereka yang gemar menikmati hidangan makan penuh bergaya.

Menjadi trend masa kini di kalangan masyarakat yang gemar mencuba pelbagai kelainan semasa menikmati hidangan makan bersama yang tersayang.

Antara yang semakin popular iaitu restoran rooftop atau Sky Dining Restaurant. Menikmati hidangan makan di restoran beraras tinggi sambil menyambut acara istimewa seperti ulang tahun perkahwinan, hari jadi atau gathering dengan kawan-kawan tentu sahaja menyeronokkan.

Makan With Style

Selain hidangan makanan yang enak, konsep restoran sky dining menjanjikan pemandangan indah yang mengasyikkan pengunjung selain memberi momen romantik tatkala meraikan acara istimewa bersama yang tersayang.

Bahkan paling penting hasil gambar kenangan yang dirakamkan berlatar belakang restoran sambil menggayakan outfit of the day (OOTD) tentu sahaja cantik dan memuaskan hati.

Jadi, kalau anda tengah mencari-cari lokasi menarik untuk menyambut acara istimewa bersama yang tersayang, ini antara 6 pilihan restoran sky dining yang dikongsi ngidamMy di sekitar Kuala Lumpur dan mesti dicuba.

Ini Senarai Restoran Sky Dining Di Kuala Lumpur

  1. Thirthy8 @ Grand Hyatt Kuala Lumpur
senarai restoran sky dining

Restoran ini berlatar belakangkan bangunan KLCC. Selain dapat menikmati keenakkan hidangan buffetnya, anda juga dapat menjamu mata melihat persekitaran Kuala Lumpur. Paling best bila dapat posing berlatar belakang KLCC dari paras tinggi.

2. Horizon Grill @ Banyan Tree

senarai restoran sky dining

Terletak di tingkat 58 Banyan Tree Kuala Lumpur, Horizon Grill memancarkan suasana Gatsby-esque dan menawarkan teres atas bumbung dengan pemandangan yang menakjubkan.

Dari sarapan pagi yang menghangatkan hingga ke hidangan tengahari dan makan malam penuh tertib, anda boleh menikmati menu makanan laut segar dan stik premium.

Dua ruang makan peribadi yang direka indah turut disediakan bagi menjadikan sambutan majlis menjadi detik yang tidak dapat dilupakan.

3. Envi Skydining

Restoran yang terletak di Menara TA One Kuala Lumpur ini berkonsepkan Rooftop Fusion Dining & Bar menawarkan pemandangan bandaraya yang menakjubkan.

Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, hanya 400 meter sahaja dari KLCC sangat memudahkan untuk anda sampai ke sana.

Menawarkan hidangan autentik Itali anda pasti berpuas hati menikmatinya sambil menghayati pemandangan langit Kuala Lumpur yang sangat indah terutamanya menara kebanggaan rakyat Malaysia, KLCC bersama yang tersayang.

4. Cielo Sky Dining & Lounge

senarai restoran sky dining

Jika anda mencari makanan laut premium dan stik terbaik dalam masa yang sama, Cielo Sky Dining & Lounge adalah pilihannya.

Cielo KL adalah restoran & bar kontemporari dua tingkat yang terletak di atas Vida Bukit Ceylon Residence yang menawarkan pemandangan Menara TRX, KLCC dan kaki langit Kuala Lumpur.

Interior dalaman restoran yang moden namun hangat mewujudkan suasana romantis yang sempurna melengkapkan pemandangan panorama sesuai untuk sambutan ulang tahun perkahwinan anda.

5. Atmosphere 360

Atmosphere 360 adalah restoran berputar moden dan elegan yang terletak setinggi 282 meter. Ia terletak di menara tertinggi di Asia Tenggara iaitu Menara Kuala Lumpur. Menawarkan hidangan buffet untuk makan tengahari, hi-tea dan makan malam serta menyediakan khidmat majlis, jambangan bunga dan kek mengikut tempahan.

6. Sabayon @ EQ Kuala Lumpur

Pemenang anugerah restoran rooftop dengan pandangan terbaik Kuala Lumpur ini terletak di tingkat tertinggi EQ Kuala Lumpur dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan.

Sabayon menghidangkan masakan Eropah kontemporari dari bahan-bahan premium import dan produk tempatan Malaysia.

Tips Ke Restoran Sky Dining

Bila nak pergi makan di restoran-restoran elit ni kita kena ikut tatacara dan syarat-syarat yang ditentukan. Biasanya restoran berkonsep ski dining menghidangkan menu premium ni tak boleh main redah je.

  • Kena buat tempahan awal mengikut bilangan pengunjung.
  • Pakai pakaian mengikut dress code yang ditetapkan iaitu smart casual atau easy glam.
  • Sesetengah restoran memerlukan bayaran deposit bagi tempahan selamat.
  • Hanya yang sudah lengkap 2 dos vaksin dibenarkan.

Jika anda tercari-cari lokasi makan yang menarik untuk meraikan acara istimewa, mungkin boleh cuba salah satu senarai restoran sky dining tersebut. Apa-apa pun sentiasa pastikan kita patuhi SOP supaya terhindar daripa jangkitan Covid-19.

Baca juga: Tips susunan dapur yang paling baik untuk diamalkan

One Response

  1. Maya Marzuki October 21, 2021

Leave a Comment!

error: Content is protected !!