10 Nasi Kandar Terbaik Penang Wajib cuba

Nasi Kandar Terbaik Penang | Pi penang kalau tak pekena nasi kandar katanya tak surrr... laaa. Ramai yang sanggup beratur berjam jam untuk menikmati nasi kandar ini.

Berikut mengikut senarai yang mantop untuk kaki nasi kandar dan biasanya tempat tempat ni memang femes dan menjadi tumpuan hujung minggu. Kalau tak sanggup berator korang boleh pergi tempat yang lain. Tapi hahah walaumacamana pun korang boleh refer list di bawah nih mengikut ranking dari 1 hingga 10 yang terbaik mengikut kata kaki nasi kandar.

Nasi Kandar Terbaik Penang yang wajib cuba

Nasi kandar Deen Maju

  • Kedai Nasi Kandar Dee Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama.
  • Waktu operasi pula dari pukul 2.30 petang hinggalah ke 11 malam.
  • Antara restoran nasi kandar di Penang yang sangat terkenal.
  • Lokasi : 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Nasi Kandar Hameediah

  • Terkenal denagn kari kepala ikan , biryani, campuran hidangan daging dan makanan laut, rahsia mereka terletak pada pes rempah yang baru dikisar yang dibuat setiap hari.
  • Waktu Operasi:  Setiap hari, 10 am – 10 pm
  • Restoran ini boleh dikatakan legend juga, kerana ianya mula beroperasi sejak tahun 1907 lagi
  • Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Nasi Kandar Kampung Melayu

  • Nasi Kandar Kampung Melayu yang mula beroperasi sejak tahun 1970 ini merupakan antara restoran nasi kandar yang paling terkenal di Pulau Pinang,
  • Ini terbukti dengan bilangan pelanggan yang sanggup beratur panjang dan berebut tempat parkir semata-mata untuk merasai nasi kandar di sini!
  • Restoran ini menghidangkan beraneka jenis lauk seperti ayam goreng, kari kepala ikan dan banyak lagi. Kuah banjir yang menjadi tarikan istimewa di sini juga tidak terkecuali!
  • Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Nasi Kandar Shariff Gelugor

  • Sebenarnya popular dikalangan Pelajar USM sejak dari dahulu, tidak sepopular nasi kandar yang lain tetapi ada yang claimed nasi kandar Shariff ini sebenarnya paling buat hati teringat sebab tidak seviral yang lain.
  • Kalau ikutkan penduduk lokal tidak mahu nasi kandar shariff ini viral kerana risau perlu rebut dengan orang ‘Luar” hehe tapi korang kena cuba
  • Ayam ros dekat sini best! Teloq bawang ngn ikan gulai.. Sempoi! antara nasi kandaq yg plg best kt penang since 1995
  • sekarang dah berpindah Pasar dan Kompleks Makanan at Jalan Permai, Gelugor.
Nasi Kandar Terbaik Penang

Nasi Kandar Beratur

  • Ini adalah antara tempat makan ‘legend’. Dengar nama pun dah boleh tahukan, memang beratoq habaq hang ramai pelanggannya sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai keenakannya!
  • Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Jika anda lihat di Google Maps atau Waze, lebih mudah untuk anda menjumpainya.
  • Lokasi : 164, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

BACA : 10 Hotel Popular di Penang


Nasi Kandar imigresen

  • Femes dikalangan orang Penang sendiri, lokasi asal pastinya dahulu berdekatan Pejabat imigresen. Walaupun telah berpindah mereka tetap kekalkan nama kedai ini
  • Dibuka berhadapan Lorong Pasar off Jalan Masjid Kapitan Kelling, berdekatan to Penang Goddess of Mercy Temple.
  • Lokasi: Lorong Pasar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
  • Waktu operasi : 10.30 am – 9.30 pm (Closed on Friday)
  • Location map direction

Nasi Kandar Line Clear

  • Nasi Kandar Line Clear! Bukan sahaja terkenal dengan nasi kandar yang beraneka lauknya, malah kari kepala ikan di sini juga memang tiada tandingan!
  • Harga untuk menu kari kepala ikan ini berbeza mengikut saiznya, jadi pilihlah yang mana berkenan di hati ya. jangan takut nak tambah lauk-lauk lain yang berbagai jenis, pasti ‘meriah’ pinggan anda!
  • Datang penang sekali sekala kenalah pulun hahaha.
  • Lokasi: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Nasi Kandar Pokok Ketapang

  • Kalau sesiapa yang tidak sempat masuk ke Pulau Pinang boleh pusing di area Butterworth.
  • Di Butterworth atau seberang memang orang tempatan lebih suka untuk berkunjung kesini kiranya restoran ini memang menjadi sebutan ramai. 
  • Semuanya sedap! Kari ikan sedap, daging hitam, telor sotong, telor ikan
  • Alamat: Jalan Telekom, Kampung Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 6 pm
Nasi Kandar Terbaik Penang


Nasi Kandar Rafee

  • Alamat: No. 295, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu Operasi: 24 jam
  • Menu wajib cuba kari ayam mereka memang sedap aih!

Kapitan Restaurant

  • Walaupun tidak sepopular nasi kandar lain tapi kelebihan disini ada juadah istimewa yang menjadi igauan Kepada peminat Tandoori, mari kita terjah restoran ini yang terletak di Jalan Chulia Georgetown .
  • Menu yang anda boleh cuba ialah Beriani Claypot dan Tandoori Mesti tidak tidur malam angau esoknya.
  • Roti nan dan tandoori juga antara menu kesukaan pelanggan.
  • Alamat: 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Nasi Kandar Terbaik Penang

Banyak lagi Nasi Kandar Terbaik Penang

Sebenarnya memang banyak, seperti deen jelutong, deen maju, restoran yusuf dan kalau betul betul nak sedap kena tengok orang tempatan atau lokal suka pergi contohnya Nasi kandar shariff tu. (haaa.. ni dah bagi tips ni) dia orang memang takkan pergi tempat nasi kandar yang dah viral tu.

So apa lagi, ambil kunci kereta teruslah maju ke Pulau Pinang

Comments 2 Responses

  1. Fuzy Rahamah Hamid September 13, 2023
  2. Nona Sani September 16, 2023

Leave a Comment!

error: Content is protected !!