Tiket murah lokasi bercuti menarik dan terkenal di Malaysia yang mungkin tak ramai tahu. Rupa-rupanya kita ada peluang untuk membeli tiket masuk ke l0kasi bercuti yang terkenal dan mendapat perhatian ramai pengunjung dengan harga murah.
Selepas kebenaran merentas negeri oleh pihak kerajaan, ramai rakyat Malaysia melepaskan gian untuk membawa keluarga pergi bercuti. Disebabkan ramai yang tidak berani atau kurang lagi bajet untuk melancong ke luar negara, maka lokasi menarik di seluruh Malaysia menjadi tumpuan.
Antara lokasi yang kini menjadi tumpuan ramai termasuklah Zoo Negara, Legoland, Aquaria KLCC, Sunway Lagoon, Cable Car Langkawi dan banyak lagi.
Perkongsian menarik oleh @DanialTsu di twitter mungkin boleh memberi manfaat kepada ramai orang yang sedang merancang membawa keluarga bercuti. Sekurang-kurangnya bolehlah jimat sikit duit beli tiket masuk kan.
Baca : Tempat menarik di Maran
Senarai Tiket Murah Lokasi Bercuti : beli tiket murah dimana ?
Selain daripada beli tiket ke lokasi bercuti seperti zoo, taman tema, hotel, restoran terkenal di kaunter masuk, sebenarnya anda boleh beli secara online di beberapa portal.
Selain daripada dapat beli tiket dengan harga murah, pengunjung juga boleh jimat masa dan tenaga kerana tak perlu lagi beratur panjang di kaunter.
Bila sampai sahaja di lokasi, anda sudah boleh masuk terus kerana mempunyai tiket masuk yang dibeli secara online.
1. Beli di Shopee
Harga biasa : RM45 (Dewasa) RM18 (Kanak-Kanak)
Harga promosi : RM37 (Dewasa) RM14 (Kanak-Kanak)
- Aquaria KLCC
Harga biasa : RM49 (Dewasa) RM39 (Kanak-Kanak)
Harga promosi : RM36 (Dewasa) RM26 (Kanak-Kanak)
- Langkawi Cable Car
Harga biasa : RM43 (Dewasa) RM33 (Kanak-Kanak)
Harga promosi : RM38 (Dewasa) RM32 (Kanak-Kanak)
- Legoland Sealife & Others
Harga biasa : RM95 (Dewasa) RM74 (Kanak-Kanak)
Harga promosi : RM 65 (Dewasa) RM53 (Kanak-Kanak)
- The Habitat Penang Hill
Harga biasa : RM55 (Dewasa) RM35 (Kanak-Kanak)
Harga promosi : RM36 (Dewasa) RM22 (Kanak-Kanak)
- Underwater World Langkawi
Harga biasa : RM29 (Dewasa) RM23 (Kanak-Kanak)
Harga promosi : RM26 (Dewasa) RM19 (Kanak-Kanak)
- Sunway Lagoon
- Escape Penang
- Skytropolis Genting Highlands
- Cabel Car Genting
- Lost World Of Tambun
- Desaru Coast
- Zoo Melaka
2. Beli di Klook
Selain beli di Shopee, anda juga boleh beli tiket-tiket secara murah dan mudah di Klook Travel. Selain menjual tiket masuk dengan harga murah berbanding di kaunter masuk, Klook juga menyediakan pelbagai info termasuk kemudahan, pengangkutan, makanan dan minuman tentang destinasi percutian dalam negara.
Jadi, kalau tak tahu lagi nak bawa keluarga bercuti ke mana hujung tahun ini, anda bolehlah mula merancang dan membuat bajet. Perkara paling penting bila beli secara online sudah tentu boleh jimat tenaga, masa dan paling penting boleh rancang bajet lebih awal.
Baca juga : 6 Peralatan Hiking Penting Buat ‘Hikers’