21 Lokasi OOTD Ohsem Patut Korang Cuba

21 lokasi OOTD sekitar Malaysia yang patut korang cuba kalau pergi bercuti. Ada yang dekat dan ada jugak yang jaul. Tapi Tak jadi masalah kalau betul-betul korang gemar merakam momen menarik tiap kali bercuti.

Sebenarnya kalau kita pergi dengan geng buddies lagi best. Tidaklah kita ibarat mati kutu menangkap gambar seorang diri dengan hanya guna tripod sebagai teman.

Artikel Lain: Pilihan 10 Hotel Popular & Best Tepi Pantai Di Penang

Salah satu keseronokan pergi bercuti ini selain makan adalah dapat merakam momen berlatar belakangkan pemandangan indah.

Hasil penelitian, seorang sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Kee Obsessedred telah menyenarikan 21 lokasi OOTD paling menarik patut korang cuba di seluruh Malaysia untuk tahun ini.

Rugi sangat kalau tak cuba. Apa kata untuk tahun 2022 ini kita cuba pergi ke 21 tempat menarik ini. Kalau berjaya, korang memang jenis yang suka travel dan mencintai keindahan alam semula jadi.

21 Lokasi OOTD Wajib Korang Pergi

1. Hounon Ridge, Bundu Tuhan Ranau Sabah

Staycation @ Hounon Ridge, Bundu Tuhan Ranau Sabah. Aku dapat harga RM180 untuk family room 2 queen..sejuk dia boleh tahan juga haha..sila bangun awal pagi untuk dapatkan view cantik tapi sebenarnya ikut rezeki juga ya gais

21 lokasi OOTD

2. SKYMIRROR, Kuala Selangor

Salah satu keunikan yang ada di Kuala Selangor. This is SKYMIRROR !  tempat ni ada musim dan date tertentu untuk join ya..masa ni promo RM60 je..standard price RM80.

21 lokasi OOTD

3.Bukit Kodiang Kedah

Dropzone pertama di Malaysia berlatarkan view sawah padi di Bukit Kodiang Kedah yang suka aktiviti lasak bolehlah try dera jantung korang tu hahaha..aku book dengan member IG @mazuinoordin..kos hangus untuk dropzone dalam RM80 ..btw make sure pergi musim padi..barulah gambar lawa 

21 lokasi OOTD

4. Pantai Batu Luang, Kuala Penyu Sabah

Pantai Batu Luang, Kuala Penyu Sabah drive from KK around 2 jam macam tu..tempat ni public so anytime boleh pergi asalkan cuaca mengizinkan haha..bawa lah yang reti snap gambar..baru tahu mana angle yang lawa. Tq my bff selaku photographer @aznigain

21 lokasi OOTD

5. TRIANGLE FARM COTTAGE HOUSE, Sekincan

Aku staycation sini sebab design dan warna lawaaaaaaa kbye  TRIANGLE FARM COTTAGE HOUSE di daerah Sekincan Kuala Selangor dan boleh try contact 0172068666 if korang nak stay sini..aku dapat harga RM130 mcm tu 1 queen 1 single ..basikal main free boleh round Sekincan sampai penat

6.THIS IS MARY JANE KL, Kuala Lumpur

Salah satu Instagrammable cafe yang ada di Kuala Lumpur. Untuk kaki ootd sesuai lah lepak sini haha..topi jangan kecam..saja saja  boleh try book dulu before nak datang. THIS IS MARY JANE KL 

7. Kota Belud, Sabah

Kota Belud, Sabah ! Yang suka camping aku syorkan nanti plan ke sini..view pun lawa..lucky2 dapat nampak Gunung Kinabalu. Kos hangus dalam RM100 untuk sewa segala peralatan camping..ramai ramai dtg jimat sikit.

8. ELMINA VALLEY PARK

Bridge paling famous di Shah Alam Selangor design lawa boleh try untuk OOTD..tempat free..just waze je ELMINA VALLEY PARK

9. BLUE LAKE , BUKIT MAHKOTA CHERAS KL

KL pun ada blue lake gais  tapi aku x sure la tempat ni kejap tutup kejap buka..before nak OOTD sini pun sekuriti bagi je lepas amik gmbar kejap.. then balik ..DONE  BLUE LAKE , BUKIT MAHKOTA CHERAS KL

10. PINTASAN SALOMA, Kuala Lumpur

Bulan Kemerdekaan shoot dekat PINTASAN SALOMA, antara bridge tercantik dan terfamous lah di KL ni haha..gigih aku tunggu clear dari segala manusia..korang datang sini silalah terkejut.memang port tiktokers untuk menari 

21 lokasi OOTD

11. RUMA PUTEH TAMAN TASIK TITIWANGSA KL

Sambil makan sambil OOTD..makanan pun boleh tahan sedap  harga masih mampu milik gais..boleh try contact dulu sebelum datang 0173004909. RUMA PUTEH TAMAN TASIK TITIWANGSA KL

12. Bukit Kuari, Rawang Bypass Highway

Antara lokasi tumpuan untuk hiking di daerah Rawang Selangor. Tahap kesukaran 2.5/5 bagi aku lah  tempat ni lawa sebab berlatarkan view lebuhraya tertinggi di Malaysia. Bukit Kuari, Rawang Bypass Highway

21 lokasi OOTD

13. BUKIT BELACON, LAHAD DATU SABAH

Hiking lagi gais  tempat ni baru jadi tumpuan para hiking di sebabkan awan karpetnya yang lawa..make sure korang naik dalam 5am macam itu untuk dapatkan view macam ni…Entrance Fee RM2 ..BUKIT BELACON, LAHAD DATU SABAH

14. Sekinchan

Pokok viral katanya di Sekincan..so kita trylah OOTD sini…by the way itu pokok durian gais..lawa sebab sekelilinnya penuh sawah padi (ikut musim) susah juga sebenarnya nak cari pokok ni…tapi kalau korang nak location boleh je try contact kita

15. Gua Kek Look Tong, Ipoh Perak

Gua Kek Look Tong, Ipoh Perak.. salahsatu tempat tumpuan pelancong untuk ambil gambar. Dalam gua ni ada part part yang sangat cantik dan unik..boleh try explore..free je..parking pun free (NOV2021) 

21 lokasi OOTD

16. MASJID SRI SENDAYAN

Mendapat gelaran sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi Dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah, masjid ni merupakan salahsatu mercu tanda di Negeri Sembilan.Masjid ni terletak kira kira 10KM dari seremban..Waze MASJID SRI SENDAYAN 


17. Langkawi

TRAVEL BUBBLE LANGKAWI .Otw ke tasik dayang bunting minta bot stop kejap untuk ambil gambar

18. Sg Petani, Kedah

Ok jangan kecam hahaha..antara yang viral tahun lalu pun aku pergi. Ramai yang kecam sebab tempat ni dikatakan loji kumbahan tapi ada juga yang kata bukan..so tak payah dengar kita go terus hahaha..ok bau longkang je sebenarnya…tempat yang snap gambar ni xda bau langsung pun  tapi ikut korang la sebenarnya..tak suka jangan pergi..suka pergi je selagi tak pakai hidung sapa sapa  SG PETANI KEDAH

19. BUKIT BESI, CHERAS KL

Flying Fox waktu malam pertama di Malaysia gais  aku booking dekat IG @raskaadventure..bolehlah try usha if korang berminat. BUKIT BESI, CHERAS KL

20. ARTE MONT KIARA

Nak cari hotel area KL sambil OOTD boleh try ARTE MONT KIARA, tempat ini banyak port port bergambar yang lawa…harga pun kadang kadang berubah..harga aku dapat RM220 untuk.satu unit..boleh buat dekat booking.com

21. SEMPORNA SABAH

Ok last my HOMETOWN. Tempat yang aku tak kan bosan bila ambil gambar..sebab apa ? Mari try datang SEMPORNA SABAH

Artikel Lain: Drama Shakira TV3, Tampil Janna Nick Sebagai Penyanyi

Leave a Comment!

error: Content is protected !!