Siapa Perlu Ambik Moratorium sebenarnya ?

Siapa Perlu Ambik Moratorium 3.0 ini ?. Benda ini telah jadi perdebatan sama ada patut amik atau tidak dikalangan rakyat Malaysia . Macam-macam persoalan yang timbul. Malah dalam semua group wassap, group fb pun ada membincangkan perkara yang sama .

Perasaan berbalah bahagi samada patut ambik atau sebaliknya adalah disebabkan masing masing takut tersilap langkah yang akan membuatkn kita menangung hutang yang lebih besar dan lebih lama. Namun beberapa pakar atau sifu kewangan banyak mengesyorkan rakyat Malaysia manfaat moratarium ini untuk memastikan semua orang mempunyai cash flow yang bagus.

Faizul Ridzwan, Dr Adam Zubir, Mohd Shukor, Financial Faiz kebanyakkan telah mengupas dengan lebih lanjut apakah kelebihan dan keburukan manfaat moratarium ini.

Moratorium 3.0 PEMULIH tidak memerlukan dokumentasi, cuma pelanggan sendri perlu mohon pada bank bermula pada 7 Julai 2021. Moratorium ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pengumuman khas baru-baru ini

Siapa Perlu Ambik Moratorium

Apakah Moratorium ?

Konsep asas moratorium ni ialah tangguh atau kurangkan bayaran bulanan. Maksudnya, anda dibenarkan secara undang-undang untuk tidak bayar pinjaman untuk tempoh masa tertentu

Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Anda Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. 

https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/

Bak kata Faridzul ridzuan pikirlah secara taktikal atau strategi. Bagi orang memilih untuk menggunakan wang morotarium secara strategi mesti tahu untuk duit mora tu berkembang dan bertambah. Menurut kata beliau beberapa client dibawah FAR capital berjaya mengoptimisikan moratorium ini dengan membuat simpanan sebanyak dari 10k hingga menjadi 100k sewaktu PKP 1.0.

2 Persoalan Sebelum Mengenalpasti Siapa Perlu Ambik Moratarium

  1. Cashflow
    Perdapatan – Perbelanjaan= positif atau negatif
  2. Cash Simpanan
    Cash untuk 6 bulan contoh perbelanjaan Rm4k x 6 bulan = RM24K

Dengan kata lain kita perlu tahu konsep asas kewangan sebelum meneruskan hasrat untuk memohon Moratorium ini. Kita perlu tahu kondisi Pendapatan, keduduka Cash flow selama hari ini bagaimana, berapa liquid assets ( aset cair ) dan liabiliti sedia ada. Sekiranya berada dibawah Ratio 1 maka ini mungkin masa yang terbaik untuk dia membina simpanan dan menyusun cashflow tersebut.

Persoalannya, kita tidak tahu sampai bila pandemik covid-19 ini akan berlansung, kita tak tahu syarikat kita lama mana boleh bertahan. Maka sedialah payu sebelum hujan.

Golongan yang PERLU

  1. “Savings” – Simpanan kurang dari 6 bulan perbelanjaan
  2. “Employees” – Pekerja/syarikat ‘medium to high-risk’ industry
  3. “Skilled Investor”- Orang yang ada ilmu kewangan & pelaburan
  4. “Properties With Positive Cashflow” – Anda ada property yang orang lain tolong bayarkan setiap bulan
  5. “Reduce DSR” – Jika ambil Mora dengan pengurangan bayaran bulanan, DSR akan berkurang

Golongan yang TIDAK PERLU

  1. “Savings”- Ada simpanan 6 bulan ke atas
  2. “Own Stay Property” – Rumah yang anda stay dan bayar sendiri instalment bulanan
  3. “Unskilled Investor”- Orang yang tak tahu ilmu pelaburan untuk gandakan wang jadi lebih banyak
  4. “Any Loan That Doesn’t Produce Any Income”- No OPM & 100% liability

Kesimpulan Siapa Perlu Ambik Moratorium

Ambil Moratorium Tak Bermakna Teruk. Moratorium ni pun Bank tak happy, sama macam orang pinjam duit kau dah janji bayar ansur-ansur setiap bulan tapi kau terpaksa bagi 6 bulan dia tangguh bayar. Mengambil Mora ini tidak bermakna kau tak bagus atau teruk. Tetapi cara kau gunakan duit mora ni yang tentukan samada kau bagus atau tidak.

https://www.facebook.com/mohdshukur.maatakaful

Diulangi, terutama untuk mereka yang tiada lansung saving selama 6 bulan, anda perlu struktur kembali kewangan dan bersedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dalam masa pandamik ini.

Untuk yang tidak terjejas boleh simpan ditempat yang menghasilkan pulangan / dividen bertujuan sebagai emergency fund Tetapi kenali Good Debt dan Bad Debt yang ada pada anda, dan susunlah strategi kewangan anda apa yang anda nak buat dengan wang Moratorium ini.

Siapa Perlu Ambik Moratorium

Comments 2 Responses

  1. MAMA REEN July 10, 2021
  2. azni July 14, 2021

Leave a Comment!

error: Content is protected !!