Cara Berkesan Hilangkan Kotoran Teh Dan Kopi Pada Cawan

Hilangkan kotoran teh dan kopi pada cawan I Sememangnya ini cara berkesan hilangkan kotoran teh dan kopi yang melekat pada cawan. Suri pilih saja mana yang mudah untuk dicuba.

Rasa geram kan bila tengok cawan yang asalnya jernih atau putih, tiba-tiba ada kesan kuning melekat.

Susah betul nak bersihkan kesan kotoran teh atau kopi pada cawan. Lagi-lagi yang dah melekat bertahun-tahun lamanya.

Sebenarnya, tak perlu nak stress sangat. Ada banyak tips yang suri boleh cuba untuk buang, hilangkan kesan kuning teh atau kopi ini.

Cara Hilangkan Kotoran Teh Dan Kopi Pada Cawan

Guna Baking Soda

Cawan bekas kopi dan teh yang ada kesan kotoran ini boleh dibersihkan dengan penggunaan baking soda.

Campur,

  • 1 sudu baking soda
  • Sedikit pencuci pinggan mangkuk
  • 2 sudu cuka

Caranya :

  1. Masukkan kesemua bahan di atas dalam cawan yang mahu anda basuh bersih tadi. Lalu, masukkan air panas. Kacaulah sampai sebati.
  2. Biar 10 minit.
  3. Basuh dan cuci cawan guna span.
  4. Untuk kotoran degil, anda boleh rendam cawan atau mug semalaman dengan bahan-bahan di atas. Cuci keesokan hari.

Rendam Air Panas Untuk Hilangkan Kotoran Teh Dan Kopi

  • Cara kedua cuci cawan bekas kopi dan teh dengan merebus atau merendam gelas dalam air panas.
  • Masukkan serbuk soda di dalam air panas tadi dan biarkan sampai jadi sejuk.
  • Lepas itu, boleh gosok dan bersihkan macam biasa.

Guna Garam Dan Cuka

Masukkan air panas dalam cawan yang ada kesan kotoran tadi. Campurkan garam dan cuka. Kacau bagi sebati,

Selepas beberapa ketika, cuci dan sental kesan kotoran yang melekat tadi hingga bersih. Suri boleh juga tambahkan beberapa titik jus lemon, jika tak tahan dengan bau cuka yang kuat.

Gunakan Hydrogen Peroxide

Cecair hyrdrogen peroxide ini boleh beli di kedai online. Harganya pun tak mahal mana bawah RM10.

  • Caranya satukan sedikit hyrogen peroxide dan baking soda, kacau sebati hingga membentuk pes. Kemudian, cucilah di sekitar cawan atau mug yang ada kesan kuning kotoran tadi.

Bersihkan sampai puas hati, kemudian bilaslah guna air bersih.

Ubat Gigi Pun Berkesan

Percaya atau tidak, penggunaan ubat gigi pun boleh hilangkan kesan kotoran warna teh dan kopi. Letakkan sedikit ubat gigi pada berus yang kental dan beruslah permukaan cawan atau mug itu tadi.

Kemudian, bilas dengan bersih.

Kain Norwex Enviro

Orang kata kain Norwex ini kain kayangan. Hakikatnya, kegunaan kain Norwex Enviro ini tersangatlah power lagi berkesan.

  • Cuma basahkan saja kainnya dan laplah pada permukaan cawan atau mug yang ada kesan kopi atau teh itu.

Sepantas kilat, kotoran degil terus menghilang. Sebab kain ini sendiri mampu mengutip partikel paling halus. Walaupun cuma guna ‘dia’ saja tanpa penggunaan sabun atau sabun pencuci, kotoran tetap dapat dibersihkan.

Kenapa Ada Warna Kuning Pada Cawan Teh Atau Kopi

Setelah bertahun-tahun menggunakan cawan atau mug yang sama, akan ada kesan warna kuning melekat pada permukaannya.

Sekali pandang, jadi tak cantik pula.

Nampak macam berkarat. Rupanya ‘tannin’ yang menjadi punca. Tannin ini adalah agen pewarna yang ada dalam teh dan kopi.

surihack.com

Ia melekat pada permukaan berliang yang ada pada cawan. Tak kiralah material cawan itu diperbuat daripada apa. Lama-lama, tannin pun kelihatan.

Nak membuangnya memang tak mudah. Suri bolehlah cuba, tip yang dikongsikan di atas itu ya.

One Response

  1. azni November 25, 2021

Leave a Comment!

error: Content is protected !!