Panduan Jimat Duit Pilih Cat Untuk Rumah Apartment

Panduan jimat duit pilih cat terbaik untuk rumah jenis apartment ini penting untuk suri fahamkan. Jika betul pilihannya, boleh berjimat lebih RM800 ringgit untuk projek cat rumah sendiri.

Tip ini dikongsikan oleh pengguna facebook, Muhammad Naqiuddin. Beliau praktikkan cara ini semasa mahu menukar cat dinding kediaman apartmentnya.

Tip Jimat Duit Pilih Cat Rumah Apartment

Beli Cat Sendiri

Fahami jenis cat, dan karekter dia. Cat pilihan aku ialah Nippon Matex Maxi White. Aku beli Nippon Matex Maxi White 18 liter pada harga RM68.

Dan aku beli 1 liter Nippon Easy Wash berwarna grey pekat (seakan hitam) pada harga RM28.

Kalau angpa tak suka Nippon, angpa boleh pakai Jotun Jotaplas. Dua jenis cat ni memang rival. Geng kontraktor suka pakai dua jenis ni, murah dan elok.

Tapi jangan tanya aku pasal jenama lain, aku tak biasa dengan jenama lain.

jimat-duit-pilih-cat

Aku bancuh kedua dua cat tu, then dapat warna LIGHT GREY (rujuk gambar di atas).

Berbeza kalau aku beli cat ikut code warna terus. Even kalau pakai Matex pun, 5 Liter dah jejak around RM70.

So aku dapat jimat banyak.

Aku habis RM96 dengan cara bancuh sendiri, berbanding habis RM280 untuk dapat kuantiti cat yang sama iaitu 18 liter.

jimat-duit-pilih-cat

Saranan Untuk Pakai Cat Bancuh Sendiri

Kekurangannya ialah angpa mungkin tak dapat code warna yang diinginkan. Jadi aku sarankan kalau nak guna cara ni, angpa boleh try bancuh sikit-sikit.

Tapi sebolehnya campur ikut kuantiti.

Contoh, aku campur 1 liter : 18 liter. Jadi pada masa hadapan jika aku nak beli cat yang warna sama, aku akan bancuh guna nisbah yang sama untuk dapat warna yang sama.

Aku dah pakai method ni bertahun-tahun.. alhamdulillah takde issue cat tertanggal atau cat pudar etc.

Total kerugian untuk cat ialah RM96.00.

Beli Peralatan Cat

Iaitu satu berus kecil dan roller brush.

Pemilihan roller brush juga penting.. aku sarankan beli dua jenis roller brush yang berbeza Nap atau Thickness wool dia.

Contoh, aku beli 1 roller brush 3/8″ nap yang aku guna untuk first layer dan 3/16″ untuk final layer yang memberi efek smooth surface.

Aku pilih dua jenis brush ni sebab aku nak cat interior sahaja.

Kalau cat Exterior guna Nippon Weatherbond dengan surface dinding luar yang kasar, aku akan guna roller brush jenis 3/4″ nap.

Ketebalan bulu tu ada beza kegunaan dia ya. Angpa akan nampak beza kalau angpa dah start mengecat.

Jenis tebal, akan simpan banyak cat jadi angpa tak payah nak ulang alik celup cat. Jimat tenaga kat situ.

Baca : Pasang kepala gas dan mencabutnya dengan betul

Guna Roller Brush Dapatkan Kesan Rata Dan Cantik

Then angpa pakai roller brush nipis untuk hasilkan kesan rata dan cantik.

  • Total kos ialah RM4 untuk sintetik brush,
  • dan RM14 untuk dua unit roller brush,
  • RM7 untuk Roller Brush holder.

Untuk hasilkan kesan line yang kemas dan cantik, aku beli masking tape. Kat kedai dua ringgit ada masking tape murah.. aku pakai yang tu.

Kuantiti Masking tape, depend kat angpa lah. Dalam kes aku, aku beli 5 biji masking tape dengan harga seunit ialah 2 ringgit.

Thinner? Aku tak pakai thinner untuk bersihkan cat yang tumpah, sebaliknya aku guna towel basah dah alas untuk meminimakan tumpahan atau menitik tu.

Nippon Matex yang aku pakai adalah cat water based. Senang hilang. Don’t worry.

Total kerugian peralatan ialah RM35.

Aku Cat Sendiri, Jimat Duit Upah Tukang Cat

Kat sini aku dapat jimat RM800 sebab kos panggil tukang cat biasa sekitar 800 ringgit untuk rumah apartment. Dan kalau rumah teres jejak 2500 ringgit untuk kerja cat luar dan dalam.

Total kos, zero.

Baca : Tips susunan ruang dapur yang paling baik untuk diamalkan

Jumlah Keseluruhan Projek Cat Apartment

Jadi, aku hanya perlukan 131 ringgit untuk cat rumah apartment aku. Termasuk living room, dapur, tiga bilik tidur dan 2 bilik air.

Walaupun tak berkualiti tinggi macam cat yang guna total easy wash paint, tapi at least aku dapat cat rumah pada harga yang ok, dengan kualiti yang pada aku secara personalnya ok.

Cantik pada mata aku.

Tips Lainnya

Ada cara angpa nak timbulkan suasana rumah tu sama ada besar memanjang atau besar melebar dgn hanya menggunakan cat. Rujuk gambar keempat di atas.

Tambahan

Ada sahabat yang memang jual cat iaitu Fuad Norazizol cakap, instead of guna first grade paint macam nippon easy wash tu, boleh je downgrade guna second grade paint macam nippon matex gold.

Atau kalau lagi power, boleh beli colourant atau dye sahaja. Lagi jimat.. apapun terpulang pada plan masing-masing. Semoga kerja angpa semua dipermudahkan.

Nak rumah cantik pun kenalah tahu bagaimana panduan jimat duit pilih cat ikut bajet anda. Berguna jika dipraktikkan ikut tatacaranya.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!