Fahamkan Fakta Lipas, Baru Mudah Nak Halau

Fakta lipas | Geramkan bila tetiba rumah ada banyak lipas. Bukan apa, bau lipas itu memang busuk betul. Suri sendiri boleh hidu kehadiran lipas itu melalui bau dia saja.

Haa.. sebegitu busuknya dia. Puas jugalah guna teknik macam-macam, tetap juga ada lipas itu dalam rumah. Give up pula bila fikirkan.

Hakikatnya, tak bolehlah nak give up ya. Sebab ia melibatkan peralatan rumah kita tu nanti. Lipas ini dia suka bertelur dengan banyaknya dan sisa najis dia itu memang berbau busuk. Payah nak bagi hilang.

8 Fakta Lipas Yang Suri Perlu Tahu

Baiklah untuk memudahkan suri nak halau lipas ini nanti, marilah fahamkan 8 fakta berkaitan dengan lipas ini. Sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia ini.

Lipas Boleh Leperkan Badannya

Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.

Boleh Tukar Kelajuan Ketika Berlari

Lipas mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan, dan membolehkan ia berlari sepantas 320km/

Mampu Hidup Tanpa Kepala

Lipas masih mampu hidup sehingga 2-3 minggu setelah kepalanya terputus. Mereka boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan, tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.

Ini Fakta Lipas Hidup Dalam Berkumpulan

Lipas hidup berkumpulan, tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun.

Ada Yang Boleh Melompat

Ramai orang takut kepada lipas terbang, maka mungkin ramai takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Mereka lincah melompat dan tidak suka duduk diam.

Boleh Gigit Manusia

Serangga omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Walaupun gigitan lipas tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah, namun situasi itu tetap tak diingini.

Suka Masuk Telinga

Lipas masuk ke dalam telinga manusia kerana tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian mereka. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.

Lipas Makanan Eksotik

Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana lipas dimakan sebagai snek! Agak-agak, sedap tak?

Boleh bertukar menjadi (isi tempat kosong)_ bila terbang. Hahaha..

Baca : Panduan kilatkan lantai rumah, akibat lumpur banjir

fakta-lipas

Ini Cara Halau Lipas Di Rumah

Gunakan Semburan Aerosol

Kenalah ada sebotol di rumah ya. Beli yang memang khas untuk menghalau lipas. Bila nampak dia tu cepat-cepatlah sembur kawasan laluan lipas itu.

Kemudian, bersihkan kawasan itu. Jangan dibiarkan kotor. Lipas suka berkumpul di tempat yang lembap lagi kotor.

Pasang Perangkap Lipas Jenis Gam

Bila dah bersih, letak lah perangkap gam dekat kawasan laluan dia tu. Manalah tahu dia lalu lagi di situ kan. Masuklah perangkap gam lipas-lipas itu akhirnya.

Memang suri kena kerja keras sikit bab-bab nak cegah lipas berumah di kediaman kita.

Penggunaan Ubat Gegat

Ubat gegat ini biasanya yang bentuk bulat-bulat. Ada juga yang berwarna warni. Nak jimat beli saja di kedai ECO. Ada je jual set dia baru RM2.20.

Bila gunakan ubat gegat ini jangan pula letak di tempat terbuka. Bimbang anak ingatkan gula-gula dan dia makan pula. Letaklah di tempat tersorok, yang manusia pun tak boleh jumpa. Kecuali lipas saja yang menemuinya.

Gunakan Daun Pandan

Jika nak mencuba cegah lipas cara alami, boleh juga mencuba dengan meletakkan daun pandan di kawasan laluan lipas atau ruang tempat lipas selalu berkumpul.

Sebaiknya raciklah daun pandan itu. Sebab bila diracik, daun pandan akan mengeluarkan bauan yang lebih kuat.

Baiklah.. selamat mencuba.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!