Tips susunan ruang dapur yang paling baik untuk diamalkan

Tips susunan ruang dapur | Perkongsian yang menarik dari group Kaki Deko facebook. Aku rasa semua surirumah bersetuju kalau kita katakan Ruang dapur merupakan antara ruang yang kerap digunakan sepanjang hari terutama wanita. Selain menjadi tempat memasak, dapur juga kerap kali dijadikan ruang untuk menjamu hidangan yang sedap-sedap kepada keluarga dan para tetamu yang berkunjung ke rumah.

Ruang dapur yang luas memang menjadi idaman semua pemilik kediaman, namun kadang-kadang hasrat itu tinggal impian sahaja dek kerana faktor kos.

Bagaimana dengan Bajet/Kos?

Pasti ramai yang mengalami masalah ruang dapur bersaiz terhad atau kecil sahaja. Tiada salahnya jika mempunyai ruang dapur yang kecil, lebih-lebih lagi saiz kediaman itu sendiri memang kecil. Namun jangan risau ,

Tips untuk deco dapur anda nampak lebih luas, tidak sarat dan menjadi satu tempat yang selesa dengan kos mengikut bajet anda

5 Tips susunan ruang dapur

Pilih warna cat

Pilih warna cat yang cerah untuk dinding dan kelengkapan dapur. Warna yang cerah akan membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas. Pilihlah warna yang bercahaya atau warna neutral kerana warna yang gelap sangat tidak disarankan bagi mengecat ruang dapur sempit.

Warna gelap boleh membuat dapur merasa kecil dan memberikan anda sebuah perasaan tidak selesa. Oleh itu pastikan anda menghias dapur kecil anda dengan warna terang atau warna neutral.

Kos untuk DIY kitchen cabinet hanya Rm250-500 mengikut keluasan

Perabot yang bersesuaian

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah memilih perabot dapur dengan ukuran yang betul. Pilihlah perabot dengan ukuran tidak terlalu besar agar mampu memberikan kesan luas dan selesa pada ruang tersebut.

Pastikan saiz kelengkapan dapur seperti ketuhar, peti sejuk, meja dan sebagainya tidak terlalu besar. Pilih saiz yang sesuai agar ia tidak mengambil terlalu banyak ruang di dalam dapur anda.

Hiasan

Menata hias sesebuah dapur dengan ruangan kecil juga termasuk menyusun barang hiasan di dapur. Ini kerana, tanpa hiasan maka suasana dapur akan terasa kurang lengkap. Namun perlu diketahui jangan terlalu membebani ruangan dapur kecil anda dengan banyak hiasan kerana terlalu banyak juga tidak bagus.

Hiasan yang disyorkan untuk ruangan kecil dapur anda misalnya adalah vas, pot gelas, botol dan gambar berbingkai adalah contoh hiasan yang sangat sesuai untuk menambah kesan dinamik pada dalam ruangan kecil. Lebih-lebih lagi sekiranya anda ada meletakkan rak di dapur anda, maka tempatkanlah hiasan-hiasan kecil tersebut di rak anda.

Tips susunan ruang dapur

Tingkap

ika terdapat tingkap di dalam ruang dapur, pastikan anda memilih corak dan warna fabrik langsir yang sesuai. Fabrik langsir yang lebih nipis, dapat membantu ruang dapur anda mendapat lebih pencahayaan.

Kabinet dapur

Jika anda ingin memasang kabinet dapur yang melekat ke dinding, gunakan keseluruhan ruang atas dinding secara bijak untuk menjimatkan ruangan. Ia memudahkan anda menyimpan barang-barang. Ruang dapur juga nampak lebih kemas lapang kerana segala barang kecil ‘tersembunyi’ di dalam kabinet

Mulakan sekarang

Banyak benda yang kita boleh lakukan sendiri secara DIY supaya kita nak dapat fresh look walaupun hanya sekadar tukar warna kipas. Moga Tips susunan ruang dapur dapat memberikan inspirasi untuk anda semua

Leave a Comment!

error: Content is protected !!