Cara Ubah Suai Dapur dengan Servis Tukang Rumah Profesional

Ubah suai dapur | Adakah anda bosan melihat kabinet dapur anda yang lama yang mungkin kekurangan tempat penyimpanan barang?

Ramai pemilik rumah menjadikan pengubahsuaian dapur sebagai projek mereka selama bertahun-tahun tetapi mereka masih menangguhkannya. Ia boleh menjadi satu usaha yang besar, dan anda perlu memahami prosesnya sebelum anda memulakan kerja pengubahsuaian anda.

Perancangan adalah penting untuk mengelakkan sebarang kerumitan dan kekecewaan. Tanpa rancangan rapi, anda mungkin akan mengambil beberapa langkah yang tidak sesuai. Dengan mempunyai pelan pengubahsuaian dapur yang terperinci ianya membolehkan anda menganalisa keperluan, bajet dan susunan dapur anda.

Membuat bajet untuk projek ubahsuai dapur akan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan dan membantu anda memperuntukkan kewangan kepada ciri penting dapur yang memerlukan pengubahsuaian.

Bajet yang baik dapat membantu anda melihat dengan jelas skop projek, sama ada anda hanya meninginkan sedikit penampilan baru atau pengubahsuaian dapur yang menyeluruh. Dengan mempunyai skop, ia juga memudahkan anda memahami jika anda boleh melakukan kerjaubahsuai tersebut sendiri atau memerlukan perkhidmatan tukang rumah profesional.

Walaupun mengupah seorang kontraktor ubahsuai rumah mungkin mahal, mereka boleh menawarkan tips dan nasihat untuk pelan ubah suai dapur anda dan juga mengesyorkan beberapa idea yang mungkin anda tidak pernah pertimbangkan.

Ubah suai dapur

Beberapa Persoalan Penting Perlu diambil kira untuk Ubah suai dapur:

  • Apakah masalah yang anda hadapi adalah dengan susun atur dapur semasa anda?
  • Sejauh mana kabinet akan dijarakkan?
  • Adakah keluarga anda akan makan di ruangan dapur?
  • Adakah anda mahukan lebih banyak ruang memasak atau ruang tempat duduk?

Pelaksanaan idea realistik berdasarkan keutamaan boleh membantu anda merancang pengubahsuaian dapur dengan lebih berkesan.

Sediakan Dapur Anda

Dengan perancangan, bajet dan skop dalam fikiran, sudah tiba masanya untuk mengambil langkah seterusnya. Ingat bahawa pengubahsuaian dapur boleh mengambil masa kira-kira beberapa hari, minggu atau bulan, bergantung pada saiz tugas yang sedang dijalankan. Jika kerja itu ditugaskan kepada profesional, anda akan perlu sabar dengan keadaan yang bising dan huru-hara jika anda bercadang untuk tinggal di rumah yang sama. Anda juga harus menyediakan dapur sementara untuk menyediakan makanan dan makan di ruangan rumahyang lain.

Jika anda telah merancang projek pengubahsuaian yang sepenuhnya, anda boleh memulakan kerja dengan mengalih keluar atau pindah semua perabot, peralatan, kabinet dapur, lantai yang lama dan usang. Jika anda tidak memerlukan pengubahsuaian yang besar, mengecat semula kabinet, menggantikan sesetengah peralatan dan menambah lampu baru dan lekapan moden adalah cara terbaik.

Kerja Paip Dan Elektrik

Selepas anda menyediakan dapur anda, anda boleh memulakan kerja membaiki paip danelektrik. Anda mungkin berfikir, “mengapa kerja-kerja ini perlu dilakukan seawal ini,” tetapi memandangkan kabinet sudah dikeluarkan dan dinding dapur sudah terdedah, adalah lebih mudah untuk menangani pempaipan dan wayar sekarang.

Anda boleh bayangkan jika melakukan kerja-kerja ini setelah dapur anda siap, anda perlu menggerudi lubang ke bahagianbelakang kabinet baru anda atau siling plaster yang baru dipasang untuk memasang paip dan wayar tersembunyi agar sesuai dengan pelan pengubahsuaian dapur baru anda.

Sebarang kesilapan dalam kerja paip atau elektrik boleh membawa kesan yang besar kepada pemilik rumah. Berurusan dengan voltan elektrik juga boleh menimbulkan risiko keselamatan bagi pemilik rumah yang tidak berpengalaman. Walaupun anda ingin membuat DIY untuk semua tugas, anda mesti menghubungi perkhidmatan kontraktor wiring rumah yang berpengalaman dan profesional untuk kerja ini.

Pasang Kabinet dan Lantai

Sebelum memilih warna, reka bentuk atau gaya kabinet dapur yang baru, anda perlu mempertimbangkan semua pilihan. Adakah anda mahu menggunakan pintu kayu atau kacapada kabinet hadapan? Kabinet kaca lutsinar memudahkan kanak-kanak mencari apa yangmereka perlukan dan juga membantu mempamerkan barangan dapur cantik yang berhargaanda.

Sesetengah pemilik rumah suka memilih kabinet berwarna putih kerana ia bukan sahajabergaya, tetapi ia menambahkan ruang sedia ada. Sesetengah profesional mungkin akanmemilih rak terbuka untuk penampilan yang lapang.

Pasang Mozek

Jubin dapur merupakan kanvas untuk menambahkan gaya personaliti pada dapur anda.Bergantung kepada citarasa, daya tarikan dan kemudahan anda, anda boleh memilih jubin daripada pelbagai pilihan seperti jubin kaca, logam, batu, mozek atau seramik.

Pasang Sinki dan Peralatan Anda

Untuk fasa terakhir, sudah tiba masanya untuk memasang sinki baru anda dan menyediakan semua peralatan dapur seperti mesin basuh pinggan mangkuk, peti sejuk, dan lain-lain. Jika anda mengubah suai dapur dari awal, pilihlah peralatan dapur sebelum anda mereka bentuk kabinet dan countertop anda. Adalah lebih mudah untuk mengubah reka bentuk pada fasa akhirdengan peralatan pilihan anda.

Untuk sinki anda, pastikan kedalaman sinki adalah mencukupi. Pilih jenama sinki yang berkualiti dan mudah digunakan.

Pada peringkat ini, anda mungkin memerlukan bantuan daripada perkhidmatan tukang pasang sinki dapur dan peralatan dapur yang lain. Selepas ini, tugas pengubahsuaian dapur andasudah selesai dan anda boleh menikmati serta berehat di dapur baru anda.

Kesimpulan

Setiap pemilik rumah mungkin mempunyai keutamaan yang berbeza berdasarkan bajet, kefungsian, ruang yang tersedia, dan lain-lain, tetapi projek ubah suai anda hanya akan berjaya jika anda mengambil langkah yang betul. Walaupun anda mungkin berminat untuk terus meneroka idea pengubahsuaian dapur DIY, adalah lebih berbaloi untuk menghubungi perkhidmatan tukang rumah profesional untuk mendapatkan dapur idaman anda mengikut bajet anda.

Tambahan pula, kerja ubahsuai dapur mungkin menjadi mahal tanpa perancangan yang betul dan bantuan profesional. Setelah bajet ditetapkan, anda boleh menambahkan ciri reka bentuk personaliti anda ke dalam perancangan dapur untuk memastikan ianya adalah seperti yanganda ingini.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!