Cara simpan air yang menjimatkan waktu berlaku gangguan bekalan air ini mesti dilakukan oleh penduduk Selangor dan Kuala Lumpur. Bila ada gangguan bekalan air memang rasa tak selesa dibuatnya.
Penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air bermula 13 Oktober (Rabu) disebabkan kerja-kerja penyelengaraan yang dilakukan oleh pihak Air Selangor.
Notis gangguan bekalan air tersebut telah pun diberitahu awal sebagai langkah persediaan menyediakan bekalan air secukupnya.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari kerja-kerja ini tertangguh sejak tahun 2019 dan penting bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini seperti kebocoran paip SSP 1 pada tahun lalu.
Sebagai pengguna sudah tentu bila berlaku masalah gangguan bekalan air ia akan sedikit sebanyak menjejaskan rutin seharian kita.
Bagi yang ada anak kecil atau orang tua yang terlantar sakit, gangguan bekalan air akan menambah kesukaran pengurusan keperluan mereka. Sudahlah waktu sekarang ini masih ramai lagi yang bekerja dari rumah (WFH) dan anak-anak pula masih PdPR di rumah.
Jadinya kuantiti penggunaan air sudah tentu akan meningkat berbanding ketika semua orang ke pejabat dan ke sekolah. Mujur juga kerajaan dah umumkan kebenaran merentas negeri. Jadi bolehlah kita plan balik kampung sepanjang tempoh tiada bekalan air ni.
Cara simpan air waktu berlaku gangguan bekalan
Bagaimanapun bagi yang tak ada rancangan lagi untuk keluar dari Selangor dan Kuala Lumpur sama ada untuk balik ke kampung atau bercuti, ada baiknya fikirkan cara untuk survive sepanjang berlaku gangguan bekalan air.
Bacalah ni: Senarai Hotel Bajet Tapi Best Di Langkawi
Walaupuan majoriti penduduk Selangor dan Kuala Lumpur dah biasa dengan ujian gangguan bekalan air tetapi apa salahnya kita cuba pula cara simpan air dan pelbagai tips menjimatkan penggunaan air yang dikongsi oleh netizen di media sosial.
Kadangkala kita tak terfikir idea-idea kreatif dan di luar kotak ini boleh menjadi life hack yang membantu kita terus survive sepanjang tempoh tak ada air.
6 cara kreatif dan jimat
- Guna plastik sampah pun boleh
Kreatif betul idea ni. Kak Suri pun tak terfikir betapa bijaknya orang yang bagi idea simpan stok air dalam plastik sampah. Isi air dan ikat. Buatlah berapa banyak plastik korang nak. Sudahlah boleh menjimatkan ruang tempat kita nak simpan air. Lepas ada bekalan air, kita boleh pula guna plastik tu buat isi sampah untuk dibuang.

2. Simpan air dalam tupperware & periuk besar
Ini idea mak-mak kita zaman dulu lagi. Segala periuk dan tupperware yang ada di dapur hendaklah digunakan untuk mengisi air. Ia berguna untuk penggunaan di bahagian dapur secara minimum seperti nak basuh sebiji cawan atau sebilah pisau. Tak perlulah angkut air dalam besen atau baldi di dalam bilik air.
3. Guna botol spray untuk berwuduk
Islam tu agama yang memudahkan penganutnya. Janganlah guna air berbaldi-baldi hanya untuk mengambil wuduk waktu bekalan air terputus. Cukup sekadar mengambil wuduk menggunakan botol spray sama seperti kaedah digunakan oleh jemaah haji dan umarh di Mekah. Jimat sikit penggunaaan air tu!
4. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang
Time takde bekalan air tak perlulah kita membazir stok air yang disimpan untuk membasuh pinggan, cawan atau sudu untuk makan. Beli je stok pakai buang untuk kegunaan sepanjang tiada air. Lepas guna buang saja. Dah jimat air dan masa kita.
5. Beli air mineral untuk kegunaan minuman di rumah

Mana yang kat rumah tiada sebarang penapis air tentu sukar nak masak air waktu bekalan tiada kan. Jadi, beli je air mineral botol besar di pasaraya untuk kegunaan sekeluarga. Ada banyak pilihan jenama yang dijual dengan harga berpatutan.
6. Masak stok makanan boleh disejuk beku
Mana yang jenis suka makan makanan dimasak sendiri, patut dah boleh siap-siap masak dalam kuantiti yang cukup sepanjang tiada bekalan air menu yang boleh disejuk beku dalam peti ais. Ada banyak menu boleh frozen dan hanya perlu panaskan je waktu nak makan. Antaranya macam ayam masak kicap, daging kari, sambal tumis bilis dan macam-macam lagi.
Tiada bekalan air beberapa hari memang boleh buat kita jadi stres. Jangan biarkan diri anda diselubungi stres. Yang penting bila dapat notis tiada air, cepat-cepat buat stok simpanan air yang mencukupi.
Tapi sementara dah boleh merentas negeri ni, Kak Suri cadangkan kita balik kampung di luar negeri Selangor dan Kuala Lumpur atau pun kita check-in la mana-mana hotel. Sambil bercuti menenangkan fikiran kan.