Carum sendiri simpanan KWSP melalui akaun bank walaupun sudah tak bekerja. Walaupun tiada caruman secara automatik, tetapi tidak salah untuk kita terus menyimpan.
Anda tidak akan rugi apa-apa kerana dengan menyimpan sedikit wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini simpanan akan berterusan dan masih ada tambahan dividen diberikan.
Walaupun sudah tidak lagi kerja makan gaji, namun anda sebenarnya boleh lakukan caruman ini sendiri dan lebih mudah hanya dilakukan melalui online. Maklumlah bilatak bekerja kena uruskan pelbagai keperluan anak-anak dari yang Prasekolah, sekolah rendah, menengah dan yang belajar di université.
Artikel Lain: i-Suri KWSP Bantuan Suri Rumah, Insentif RM480 Setahun
Terutama untuk penguna Akaun Maybank, boleh mengikut panduan diberikan untuk meneruskan buat caruman sendiri KWSP melalui akaun sedia ada.
Perkongsian wanita ini Mastura Akhbar memberitahu cara mudah melakukannya menggunakan akuan Maybank2u.
Buat Caruman Sendiri Simpanan KWSP
Buka laman web Maybank, ini jenis Maybank2u Classic.
Masukkan username dan ID.
Seterusnya pergi ke bahagian investment
Cari ke bahagian EPF.
Masukkan nombor EPF?KWSP dan detail lain diminta. Nanti detail akan kekal di situ, jadi jika mahu mencarum bulan seterusnya boleh tekan Registered Payment.
Ini pula caruman yang telah dibuat dan tidak perlukan TAC pun.
Jumlah ini akan tarter dalam i akan EPF dalam masa 3 hari bekerja.
Kemudian kita boleh semak selepas 3 hari bekerja. Anda sudah berjaya buat caruman sendiri simpanan KWSP
Info Tambahan Carum Sendiri Simpanan KWSP:
- Caruman Pilihan Sendiri terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan telah mendaftar sebagai ahli KWSP.
- Anda hendaklah mendaftar sebagai ahli KWSP sebelum membuat Caruman Pilihan Sendiri. Jadi tidak boleh buat caruman sendiri jika anda bukan ahli.
- Anda juga boleh membuat caruman pilihan sendiri tanpa guna borang dengan menggunakan kaedah perbankan internet.
- Bagi pekerja yang bergaji tetap, Anda boleh membuat Caruman Pilihan Sendiri melalui Maybank2u.
- Tiada minimum başaran, tetapi serhad hanya RM60 ribu setahun untuk semua Saruman sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Artikel Lain: Kelebihan Guna Mae Maybank Dapat Cashback