Lokasi Zoo Virtual menarik kini menjadi trending di kalangan ibu bapa dan anak-anak. Dalam keadaan ‘terkurung’ di rumah memang anak-anak kita hampir lemau jadinya.
Sepanjang PKP dilaksanakan, kanak-kanak antara golongan yang mudah mengalami stres tanpa sedar. Kita ingat mereka okay je duduk di rumah.
Hakikatnya mereka juga sudah bosan duduk di rumah buat aktiviti indoor sahaja. Tapi nak buat macam mana, terpaksalah ‘kurung’ sebab takut risiko jangkitan virus Covid-19.
Walaubagaimanapun jangan jadikan alasan untuk membiarkan anak-anak kebosanan apatah lagi dah mula cuti sekolah ni.
Zoo Tour Style Pandemik
Dulu kalau start cuti sekolah, kita dah rancang nak bawa anak-anak bercuti ke macam-macam lokasi menarik. Tapi sejak berlaku pandemik Covid-19 dan perlaksanaan PKP di seluruh negara, kita tak dibenarkan merentas daerah apatah lagi negeri.
Nak bawa anak balik kampung jumpa atuk nenek pun tak boleh. Apatah lagi nak pergi bercuti.
Tapi jangan risau, sebab sekarang ni semuanya boleh dilakukan secara virtual. Bukan sahaja sekolah dan mesyuarat boleh dibuat secara virtual tapi pergi bercuti pun dah boleh virtual.
Lokasi Zoo Virtual tour antara yang trending walaupun feeling pergi tak sama bersemuka tapi dah cukup buat anak-anak teruja nak explore lokasi bercuti virtual ini.
Apa Itu Zoo Tour Secara Virtual?
Seperti kita sedia maklum, sektor perlancongan antara yang terjejas teruk sejak negara melaksanakan beberapa fasa PKP.
Kalau dulu waktu cuti sekolah semua lokasi percutian akan diserbu pengunjung. Tapi kini semuanya sunyi dan sepi.
Namun, kreativiti beberapa lokasi tempat bercuti popular membuat virtual tour telah menarik perhatian ramai pengunjug secara maya.
Bercuti secara virtual merupakan kaedah terkini masyarakat Malaysia pergi ‘bercuti’. Selain sebagai menambah pengetahuan, ia juga menjadi aktiviti bersama keluarga di masa lapang.
Bagi suri-suri yang ada anak kecil, bercuti secara virtual juga boleh menjadi tarikan menyuruh anak duduk diam seketika.
Antara lokasi yang sering membuat virtual tour iaitu beberapa zoo popular dalam negara. Secara tidak langsung ia menjadi salah satu cara mempromosi lokasi mereka.
Lepas habis tempoh PKP dan bila kerajaan dah benarkan merentas negeri, bolehlah bawa anak-anak ke lokasi tersebut secara bersemuka pula.
Jom Bawa Anak-Anak Berseronok
Lebih menyeronokkan kerana kebanyakan lokasi bercuti virtual ni tak mengenakan sebarang bayaran “masuk”.
Klik sahaja link Facebook mereka dan anda sekeluarga sudah boleh meneroka tempat percutian secara live.
Menarik kan. Jadi jangan lupa ajak anak anda tengok tour ni. Biasanya virtual tour ini diadakan setiap hujung minggu.
Sediakan sekali snek makanan sebagai kudapan sambil layan menonton haiwan-haiwan di zoo tersebut.
Ini antara lokasi yang boleh dikunjungi secara maya:
Zoo Taiping Night Safari
Zoo Taiping anjurkan lawatan maya!
Siapa nak lihat buaya secara live dekat sana, boleh standby di Facebook dan Instagram rasmi Zoo Taiping & Night Safari.
Its free, jom support!
Klik link www.facebook.com/zootaipingnightsafari/
Zoo Melaka
Jom Sertai Zoo Melaka & Taman Burung melalui LIVE di FACEBOOK dan INSTAGRAM Zoo Melaka & Taman Burung
Tidak kira di mana anda berada, anda berpeluang melawati ZooMelaka secara MAYA & PERCUMA di www.facebook.com/zoomelakaofficial/
Petting Zoo Serdang
Siaran langsung FREE. Interaktif PETTING ZOO secara MAYA . Anda boleh joint pada setiap SABTU dan AHAD , JAM 11 pagi secara live di FB page G2G Animal Garden
Program ini bertujuan memberi hiburan pendidikan interaksi haiwan, terutama kpd anak anak yang sudah lama berkurung di rumah .
Menariknya penonton juga boleh beramal dengan menderma secara sukarela, bagi membantu dana bantuan penjagaan haiwan di CIMB Bank Account /8008929231G2G Animal Garden
The Top Boutique Aquarium
Jangan lepaskan peluang untuk ajak anak-anak tengok Virtual Tour The Top Boutique Aquarium secara PERCUMA di Facebook rasmi The Top. Kat sini ada 100+ tangki yang memuatkan pelbagai jenis ikan yang unik!
Untuk pengetahuan anda semua, The Top Boutique Aquarium ini merupakan akuarium yang terbesar di Pulau Pinang, berada di tingkat 4 bangunan Komtar.
MASA : 11 PAGI
BAYARAN : PERCUMA
LINK : https://www.facebook.com/thetopofpenang/
Cuti sekolah dah mula. Walaupun tak dapat bawa anak-anak pergi bercuti, tengok zoo secara virtual pun dah ok. Terima kasih kepada kebanyakan zoo/petting zoo di Malaysia yang banyak buat virtual tour secara percuma.