Tips kaya dengan Konsisten dan Itstiqamah | ” dari group formula rezeki luar biasa ini memang menarik perhatian untuk dipraktikan. Mungkin kalau baca buku tersebut dikupas dengan lebih mendalam. Sila cari ejen ejen dropship buku tu yer.
Banyak ilmu yang boleh dipelajari dan dipraktikkan segala ilmu yang ada didalam buku tersebut. Jadi melalui entri ini Rasa nak share sikit tips kaya cepat, berjaya dalam hidup, kaedahnya simple mudah tapi dengan syarat kena istiqomah
Katanya kalau diamalkan 40 hari berturut-turut supaya menjadi amalan dalam kehidupan seharian, hanya untuk jadikannya ia rutin seharian kita. Selepas itu anda akan rasa sendiri satu persatu perubahan dalam hidup korang.

Tips kaya dengan Konsisten dan Istiqamah
- Bila bangun pagi buka je mata, cepat-cepat ucap Alhamdullilah Ya Allah! Masih bernafas lagi aku pagi ni (ramai bangun pagi terus capai henfon dulu.. kita tukar..)
- Tengok suami & anak-anak ada kat sebelah ucap lagi Alhamdullilah Ya Allah!
- Nak bangun turun dari katil pun ucap Alhamdullilah Ya Allah aku masih boleh berjalan lagi.
- Mandi, ambil air sembahyang, ucap lagi Alhamdullilah Ya Allah, masih sihat lagi masih boleh sembahyang.
- Buang air kecik/besar, ucap Alhamdullilah Ya Allah, syukur boleh membuang lagi (syukur boleh membuang hari). Mula-mula korang akan rasa pelik lepas membuang cakap alhamdullilah tapi tulah tanda kita bersyukur. Tak semua orang boleh membuang dengan normal.
- Sebelum mula kerja, on laptop atau handphone, mulakan dulu aktiviti dengan buka cimb click/m2u sedekah minima RM1 kepada sesiapa memerlukan. Kalau boleh transfer lebih lagi bagus.
- Sedekah al fatihah untuk mak ayah dan pasangan lepas sembahyang.
- Biasakan diri dengan selalu bersyukur untuk setiap apa yang jadi
- Lasstttttttttt apa pun jadi haritu sama ada baik atau buruk nak tidur letak kepala atas bantal “ALHAMDULLILAH UTK HARINI…. Terima kasih Allah!!”
Hargai nikmat yang diberikan
Alhamdulillah bermaksud “syukur padamu ya Allah” . Percayalah, bila kita mula belajar untuk menghargai setiap inci dan setiap sudut kehidupan kita, rezeki lebih murah dan hidup pun lebih tenang. Apa sahaja milik kita ini milik Allah dan sekadar pinjaman.
Dia berhak memberi dan menariknya semula
Kaya ini sangat general. Kaya harta atau kaya hati atau keduanya sekali. Mohonlah supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki yang mencurah curah dan paling terbaik jika sentiasa amalkan solat sunat taubat juga
JOM Kita amalkan Tips kaya dengan modal “Konsisten” dan “Istiqomah”