18 Tips mudahkan kerja rumahtangga untuk surirumah

Tips mudahkan kerja rumahtangga dari sis ayue Jalal. Orang yang banyak pengalaman dalam masakan dan katering. Tipsnya simple-simple sahaja tapi berbaloi untuk kita praktikan dan amalkan sebagai house manager rumah

Mana yang mudah kita amalkan. Maklumlah orang perempuan nih banyak bahagian nak kena tengok. Tambah tambah yang banyak anak. Lagilah kena kerja macam lipas kudungkan.

BACA : Tips Dapur Selamat dan Bersih

Tips mudahkan kerja dapur,

18 Tips mudahkan kerja rumahtangga

  1. Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas itu dah boleh membawang tanpa rasa sedih
  2. Nak elak ikan goreng melekat dekat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping lepas itu baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik
  3. Nak sambal merah sedap cantik; masak lada lama + gunakan gula merah
  4. Kalau nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi . Kan dah rugi
  5. Kalau masak tapi lepas tu masakan jadi terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurangkan rasa masin tu letaklah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah
  6. Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk atau lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau, nak masak br basuh
  7. Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik tau hahahha..gila kau
  8. Nak merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap2 timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas itu bilas…kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun
  9. Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, sewaktu masak nasi letak 2,3 cubit garam… nasi boleh tahan lama,
  10. Nak elak nasi mentah renjiskan air garam atas nasi tu, balik-balikkan nasi tu dan tutup sampak berwap
  11. Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais
  12. Nak kopek telur selepas direbus, lepas rebus sejukkan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..
  13. Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih utk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing
  14. Nak merangupkan ayam goreng hendaklah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam
  15. Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan didalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
  16. Nak simpan Tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas itu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari2 masih elok lagi tahu tu… so anda pun baru tahu hari ini
  17. Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… sup lebih sedap/pekat tau
  18. Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Tapi tetaplah kena buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam,

Tips mudahkan kerja dapur,

Tips mudahkan kerja dapur petua orang lama

Itulah orang katakan, kalau rajin cari info dah maklumat kan senang macam ni. Nasib baiklah akak ni tetap amalkan petua dulu-dulu. Jangan lupa follow sis ayu di instagram di @mykitchen.fooddelivery. Setengah dari ini adalah petua petua lama orang tua.

Macam kita ni ramai surirumah yang kerja, so kurang masa di dapur, maka banyaklah trik and tips yang tertinggal.

So dah dapat tips ni jangan lupa untuk korang amalkan

Leave a Comment!

error: Content is protected !!