2 Jenis Strok & Apa Perlu Buat Jika Berlaku Serangan Jantung

Strok merupakan punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas jantung dan kanser. Terdapat 2 jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza.

Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan usia.

Jenis yang pertama – strok iskemia

Ini adalah satu daripada 2 jenis strok yang terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Jenis yang kedua – strok berdarah

Jenis strok utama ini berlaku apabila saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah. 2 jenis strok ini wajar diberi perhatian.

Photo by Anna Shvets from Pexels

Apakah itu strok?

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak mengawal setiap pergerakan atau fikiran dan mengawal fungsi utama seperti pernafasan. Otak memerlukan bekalan darah untuk berfungsi yang membawa oksigen dan nutrien penting. Apabila saluran darah tersumbat atau pecah bahagian otak akan mati. Maka tubuh akan mengalami strok. Terdapat 2 jenis strok sebenarnya.

BACA: Pemeriksaan Mamogram Percuma

Gejala strok

Gejala strok mudah dikenal-pasti menggunakan Skala Strok Cincinnati (Cincinnati Prehospital Stroke Scale)

Facial droop
Wajah tidak simetri atau herot sebelah apabila pesakit disuruh senyum.

Arm drift
Apabila pesakit disuruh meluruskan kedua-dua belah tangan ke depan untuk seketika sambil menutup mata, didapati salah satu tangan akan turun menandakan kelemahan.

Speech
Percakapan pesakit kurang jelas dari segi sebutan, atau kurang tepat dari segi maksud, atau tidak mampu untuk bertutur apa-apa.

Time to call 999
Jika seseorang mendapat gejala strok cepat hubungi hospital untuk mendapat bantuan.

Jika seseorang mengalami salah satu gejala di atas, kebarangkalian dia mengalami strok adalah 72 peratus. Seseorang yang disyaki mengalami strok perlu dihantar ke hospital untuk rawatan secepat mungkin.

Langkah mengurang risiko 2 jenis strok

  1. Hidup lebih cergas.
    Senaman membantu menurunkan tekanan darah, mengawal berat badan, membuang toksin dan menyingkirkan lemak yang berlebihan. Lakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  2. Pengawalan pemakanan.
    Amalkan pemakanan yang seimbang dan diet yang sihat. Banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan antioksida dan mineral. Kurangkan pengambilan garam dan lemak tepu.
  3. Berat badan seimbang.
    Berat badan yang berlebihan membawa risiko strok.
  4. Katakan tidak kepada rokok
    Merokok merangsang arterosklerosis dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal.
Diet yang sihat untuk elak 2 jenis strok yang mengancam nyawa.
Photo by Cats Coming from Pexels

Langkah segera!

Jika mendapat seseorang yang berada di sekitar anda mempunyai gejala strok, telefon 999 dengan segera. Jika pesakit boleh dirawat dalam tempoh tiga jam, besar kemungkinan boleh pulih seperti sediakala.

BACA: Mendaki adalah senaman kardio terbaik untuk jantung.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!