Cara Guna Cuka Untuk Bersihkan Rumah

Cara guna cuka untuk bersihkan rumah merupakan kaedah mudah dan menjimatkan. Siapa sangka cuka iaitu sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik bagus sebagai bahan pencuci rumah tangga.

Kegunaannya sebagai salah satu bahan di dapur turut memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik.

Tidak kira sama ada cuka digunakan sebagai bahan masakan, pembersihan atau penjagaan diri, ternyata cuka mempunyai kegunaan yang tiada kesudahannya di rumah.

Dengan harga yang murah ia sememangnya bahan yang berguna di rumah, dan bukan sahaja di dapur bahkan turut menjadi pengganti cecair kimia yang lebih keras atau bahaya untuk digunakan seharian.

Cara guna cuka: Cecair pembersih ajaib di rumah

Bahan ajaibnya iaitu asid asetik mampu melakukan keajaiban dalam pelbagai cara di sekitar rumah. Cuka mempunyai bau yang kuat tetapi akan hilang bau tersebut dalam masa 30 saat.

Jadi jangan rasa terganggu dengan baunya yang kuat kerana fungsinya yang menakjubkan dalam bab membersih itu sukar disangkal lagi. Perkongsian oleh The Organised Housewife ini sangat berguna.

Kegunaan cuka di sekitar rumah

cara guna cuka
Photo by cottonbro from Pexels
  • Kotoran berkulat – Cuka membantu menghilangkan kotoran berkulat pada hampir semua permukaan. Untuk kotoran ringan, cairkan cuka dengan air dalam sukatan yang sama. Guna sukatan lebih untuk kotoran yang lebih teruk.
  • Tanggalkan tampalan label – Label tanda harga melekit pada pinggan, kaca atau permukaan berkilat akan meninggalkan kesan bukan? Sapukan sedikit cuka di atas kesan tersebut selama beberapa minit dan kemudian lap sehingga bersih.
  • Hilangkan bau hapak – Bilik stor atau almari yang jarang digunakan akan meninggalkan bau hapak dan berhabuk. Bancuh 1 cawan cuka dan 1 cawan amonia dalam 3.5 liter air dan lapkan semua permukaan (dinding, siling, rak). Biarkan tingkap dan pintu terbuka untuk mengeringkan dan mengeluarkan udara.
  • Tanggalkan pelekat di dinding – Rendam bahagian atas dan tepi pelekat dan tunggu beberapa minit. Kemudian kikis perlahan-lahan bahagian tersebut menggunakan sebarang kad bank lama atau yang seumpamanya.
  • DIY pembersih rumah – Boleh digunakan untuk dapur dan kediaman anda.
  • Legakan gigitan serangga – Rendam kapas dalam cuka dan lap perlahan-lahan pada bahagian kena gigit yang rasa gatal. Untuk kesan lebih melegakan, cuka yang disimpan dalam peti sejuk adalah lebih baik disapu pada kulit yang panas dan bermasalah.

Cara guna cuka di dalam bilik air

Photo by Karolina Grabowska from Pexels
  • Membersihkan tandas – Hanya kerana mangkuk tanda bilik air anda kelihatan bersih, ia tidak bermakna betul-betul bersih. Tandas memerlukan pembersihkan menyeluruh yang kerap. Campurkan sedikit bicarbonat of soda dan perahan lemon menjadi pes. Sapukan pes pada bahagian penutup atas dan bawah mangkuk tandas. Biarkan seketika. Semburkan campuran cuka dan air ke sapuan pes tersebut dan biarkan lagi 5 minit. Kemudian lap bahagian yang anda sapu dengan pes tadi sehingga bersih. Semburan air cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan dinding dan tiles bilik air. Hasilnya bilik air anda akan berbau harum dan segar.
  • Buang sisa sabun – Lap tab mandi dan skrin pancuran mandian dengan cuka untuk menanggalkan sisa sabun yang melekat.
  • Bersih dan nyah kuman berus dan sikat rambut – Tambah 1 sudu besar cecair pencuci dan 1 sudu besar cuka dalam air panas. Rendam berus dan sikat rambut semalaman. Kemudian bersihkan ia menggunakan berus gigi lama dan bilas.

Kegunaan cuka di dapur

  • Membersihkan papan pemotong – Selepas setiap kali penggunaan, semburkan cuka dengan cepat dan lap bersih papan pemotong anda.
  • Nyahsumbat dan nyahbau longkang – Tuangkan 1/2 cawan baking soda dan 1 cawan cuka ke dalam longkang anda. Apabila sudah berbuih dan buihnya turun, siram dengan air panas.
  • Menyegar & membersihkan peti sejuk – Bancuh sukatan cuka dan air yang sama banyak. Guna ia untuk mengelap semua permukaan peti sejuk – rak, laci, dinding dan semua bahagian.
  • Bersihkan microwave – Tuangkan 1/4 cawan cuka dan 1 cawan air ke dalam mangkuk kaca dan letakkan dalam ketuhar gelombang mikro anda. Pada tetapan tertinggi, biarkan ia mengukus selama 5 minit. Tunggu sehingga bahan tersebut sejuk dan gunakannya. Lap cepat permukaan microwave yang ada kesan percikan.
  • Bersihkan cerek – Didihkan 3 cawan cuka dan biarkan semalaman. Gunakan air sejuk untuk membilasnya pada keesokkan hari.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!