13 Cara Naikkan Seri Pengantin Menjelang Hari Perkahwinan

Cara Naikkan Seri Pengantin | Bermula dari detik pertunangan, cincin dan tangisan gembira, ya, hari bahagia sudah semakin hampir.

Tahniah kerana telah berjaya menempuhi segala dugaan dan cabaran meniti hari yang dinanti-nanti oleh setiap pengantin perempuan.

Seboleh mungkin pengantin perempuan mahu kelihatan sempurna ketika berarak di hadapan semua tetamu dan tampil anggun duduk di atas pelamin.

Save the date’ bukan hanya untuk tetamu yang bakal berkunjung tetapi untuk motivasi buat pengantin perempuan juga.

Memang bukan untuk kelihatan seperti super model ketika di hari bahagia tetapi perlu berusaha hingga ke arah itu.

Ada Cara Naikkan Seri Pengantin yang boleh dipraktikkan.
Photo by Muhammad Lutfy from www.pexels.com

Kadang-kadang persediaan menempuh majlis pernikahan dan resepsi mengundang stres buat pengantin dan mempengaruhi kecantikan kulit dan wajah.

Cara naikkan seri pengantin menjelang hari perkahwinan bukan masa untuk stres dan marah-marah.

Namun, jika mahu kelihatan cantik berseri, anggun di hadapan kamera, melemparkan senyuman manis, anda perlu bekerja keras untuk mencapainya.

Bukan hanya dengan duduk diam tanpa berusaha.

Cara Naikkan Seri Pengantin

Pengurusan Stres

Menguruskan majlis perkahwinan dengan terkawal dapat mengelakkan stres. Stres bahaya buat pengantin kerana boleh mengundang keradangan kulit seperti eczema, psoriasis dan kulit tidak bermaya.

Lebih ketara lagi apabila stres melemahkan sistem imun seseorang. Cara untuk mengatasinya adalah dengan bertenang dan jangan susah hati. Mungkin anda boleh menenangkan diri sambil beryoga.

Photo by KEREM KSLR from www.pexels.com

BILA: 1 Tahun Sebelum Tarikh Perkahwinan

KULIT: Janji Temu Dengan Ahli Dermatologi

Walaupun tidak mempunyai masalah kulit, anda tetap perlu berjumpa dengan Pakar Kulit kerana kulit wajah yang sihat sangat penting ketika hari-hari penting seperti majlis resepsi.

Anda merupakan ratu sehari pada hari tersebut. Boleh berbincang Ahli Dermatologi apa rawatan yang terbaik dilakukan untuk kulit kerana setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza.

Ada rawatan yang mengambil masa yang lama dan sebaliknya. Aturkan janji temu sebelum terlambat. 

KULIT: Retinol

Walaupun terdapat banyak produk penjagaan kulit tetapi anda hanya perlukan retinol. Bahan aktif ini terkenal kerana berupaya menyingkirkan pori tersumbat, merangsang kolagen dan memudarkan hiperpigmentasi.

Jika anda mempunyai kulit terlalu bermasalah dapatkan preskripsi ahli dermatologi untuk retinoids yang berkuasa untuk membantu masalah kulit.

Produk retinol yang boleh membantu dan cara naikkan seri pengantin.

KUKU: Rawatan

Biasanya kuku akan diletakkan inai menjelang majlis perkahwinan. Sama ada menggunakan inai sebenar atau inai sementara kecantikan dan kesihatan kuku perlu dipelihara.

Jika anda mempunyai masa boleh melakukan manicure dan semua rawatan boleh dilakukan dalam satu masa.

Tetapi jika kesuntukan masa boleh membelai sendiri kuku dengan minyak khusus untuk kuku bagi mengelakkan kuku merekah, pecah dan tidak cantik.

Sapukan setiap malam sebelum tidur agar kukur sihat dan bersinar secara semula jadi.

KESIHATAN: Tidur

Mendapat tidur yang cukup dan berkualiti adalah kunci kepada kulit yang sihat dan cantik. Jadi jangan tidur terlalu lewat dan pastikan tidur pada awal waktu.

Ketika tidur tubuh manusia menghasilkan Human Growth Hormon (HGH) yang bertanggungjawab untuk merangsang sel kulit baru pada tisu tubuh seperti kulit, otot dan rambut.

Tidur juga menjadi salah satu cara untuk tubuh berehat.

Selain tidur rawatan ‘wanita’ juga penting. Ketahui 4 Warna Keputihan Tidak Normal dan cara merawatnya.

RAMBUT: Kurangkan Syampu

Terlalu bersyampu akan membuatkan rambut kering dan berminyak. Sebaik-baiknya bersyampu dengan syampu yang lembut tiga kali seminggu.

Kemudian jangan lupa letak perapi rambut selepas bersyampu. Keringkan rambut dengan tuala lembut dan jangan menggunakan pengering rambut.

Lebih baik jika menyapu serum atau tonik rambut untuk memelihara kecantikan rambut.   

Photo by Nasim Didar from www.pexels.com

BILA: 9 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan

KULIT: Pakar Estetik

Berjumpa dengan pakar estetik jika anda tidak mampu untuk membelai kulit secara konsisten. Melalui kemajuan teknologi dan kepakaran ahli estetik mereka mampu menjadikan kulit anda lebih cantik dan segar dengan kadar yang segera.

Berbincang terlebih dahulu dengan pakar estetik mengenai masalah anda dan apa yang anda mahu lakukan untuk hari bahagia nanti.

TUBUH: Skrub

Belai tubuh dan rangsang pengaliran darah dengan teknik urutan dan skrub. Teknik urutan yang betul boleh melancarkan aliran darah dan menghambat urat-urat yang tersumbat.

Dalam masa yang sama boleh memberi kelegaan kepada tubuh.

Skrub pula dilakukan untuk menyingkirkan segala sel kulit yang mati dan digantikan dengan sel kulit yang baru serta menyingkirkan minyak yang berlebihan di bawah kulit.

Setiap pengantin perlu melakukan rawatan ini untuk penampilan yang benar-benar bertenaga.

RAMBUT: Protein

Rambut yang sihat dan kuat apabila mempunyai protein yang mencukupi. Rambut akan mudah rapuh, putus dan rosak jika tidak mendapat protein yang secukupnya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah berusaha untuk menyalurkan protein pada setiap helaian rambut sehingga ke akar dan seterusnya kulit kepala.

Lemak sihat yang terdapat dalam avocado, kekacang dan multi-mineral seperti sulfur, iodine, dan zink perlu diambil untuk mendapat sumber protein ini. 

Photo by graphics point from www.pexels.com

BILA: 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan

KULIT: Facial

Pergi ke spa membuat facial selain mampu menaikkan seri wajah adalah untuk merehatkan diri. Kadang-kadang urusan di pejabat dan urusan majlis perkahwinan membuat bakal pengantin tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Membuat facial dan berurut di spa boleh merehatkan diri sambil memanjakan kulit. Ambil peluang ini untuk berehat sepuas-puasnya.

GIGI: Doktor Gigi

Sudah pasti ketika hari bahagia yang bakal menjelang anda tidak akan terlepas melemparkan senyuman yang paling manis melambangkan kebahagian dikecapi.

Tapi takut untuk tersenyum kerana gigi tidak cantik. Apa yang perlu anda lakukan adalah berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapat rawatan yang bersesuaian.

Kalau tidak ada masalah mungkin boleh membuat rawatan scaling sahaja. Tapi kalau mempunyai masalah seperti gigi berlubang dan sebagainya perlukan sedikit tempoh untuk merawatnya.  

Photo by Melike Benli from www.pexels.com

BILA: 3 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan

TUBUH: Losen Mewah

Anda salah jika hanya menumpukan pada kecantikan dan keserian kulit wajah semata-mata. Kulit wajah dijaga seperti eksfoliasi, pelembap dan serum tetapi apa yang dilakukan untuk kulit tubuh?

Tidak mahu melakukan pelbagai rejim kecantikan kulit untuk tubuh cukup hanya menyapu losen yang diperkaya dengan pelembap dan vitamin untuk seluruh tubuh.

BILA: 10 Hari Sebelum Tarikh Perkahwinan

TUBUH: Mikrodermabrasi

Kulit wajah sudah cantik tetapi bagaimana pula dengan kulit tubuh.

Mungkin kulit tubuh boleh disembunyikan melalui pakaian tetapi memiliki kulit yang sihat dan cantik boleh meningkatkan keyakinan diri lebih-lebih lagi di hari persandingan.

Rawatan mikrodermabrasi ibarat kertas pasir yang membelai kulit menyingkirkan segala yang tidak diperlukan kulit dan menjadikan penampilan anda lebih anggun dan menawan.

Baca juga; Terima baik Buruk Pasangan

One Response

  1. Myzan December 19, 2022

Leave a Comment!

error: Content is protected !!