Chilli Butter Cream Clam | Resepi clam di Restoran Two Sons Bistro memang sedap sangat. Teringat-ingat rasa creamy dan pedas kuah clam yang dimakan bersama roti mantou. Memang membuka selera menu ini.
Sebenarnya agak sukar untuk mencari stok kepah atau clam di pasaraya. Jadi jika ada kepah yang segar, jangan lepaskan peluang cuba masakan ini. Sangat mudah untuk memasaknya sebab kalau nak makan di restoran memang agak mahal harganya.
Clam atau kepah atau siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani.
Jangan keliru antara kepah dan lala kerana keduanya adalah berbeza walaupun perbezaannya sedikit sahaja iaitu dari segi kulit dan rupa bentuk sahaja.
Kepah berbentuk bulat sementara lala pula berbentuk lonjong. Kulit lala mudah pecah berbanding kulit kepah yang agak keras sedikit. Mungkin disebabkan itu, orang Utara memanggil lala sebagai siput retak seribu.
Resipi Chilli Butter Cream Clam
Bahan-Bahan:
- 500 gram clam/kepah
- Cooking cream
- Butter
- Bawang putih (dicincang halus)
- Daun kari
- Parsley secukup rasa
- Chilli flakes secukup rasa
- Paprika secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Cairkan butter dalam kuali.
- Tumiskan bawang putih dan daun kari sehingga warna perang keemasan.
- Masukkan chilli flakes mengikut cita rasa pedas anda.
- Masukkan cooking cream mengikut paras kepekatan yang anda suka dan kacau.
- Masukkan lada hitam dan paprika secukup rasa dan gaul rata.
- Akhir sekali, masukkan clam dan tutup selama 5 minit untuk dibiarkan masak.
Belajar masak : Bingka Durian Guna Sukatan Cawan
Langkah Penyediaan Chilli Butter Cream Clam
Masakan butter cream sememangnya cara masakan barat yang mudah untuk disediakan. Penggunaan butter dan krim masakan memainkan peranan penting menjadikan kuah masakan ini sedap dimakan sampai boleh menjilat jari.
Menu ini sangat menjimatkan masa para Suri yang sentiasa kesibukan mengurus anak-anak dan rumah tangga. Memang mudah menyediakan menu Chilli butter cream clam ini untuk hidangan keluarga. Boleh dimakan dengan roti atau nasi.
Restoran Ada Menu Chilli Butter Cream Clam
Bagi yang terus menikmati hidangan Chilli Butter Cream Clam tanpa perlu menyising lengan memasak di rumah, anda boleh terus ke beberapa restoran di sekitar Lembah Klang yang ada menu berasaskan clam.
1. Two Sons Bistro
Restoran yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang ini memang terkenal dengan signature dish Chilli Butter Cream Clam. Anda boleh ke cawangan di Suria KLCC, Starling Petaling Jaya atau Publika.
2. Gula Cakery
Kafe yang terkenal dengan hidangan kek dan dessert ini turut menyediakan menu Chilli Butter Cream Mussels dan Clams yang tak kurang enaknya. Satu hidangan boleh dimakan dua orang dan masih mengenyangkan. Kafe ini ada beberapa cawangan termasuk di Kota Kemuning, KL East Mall, Tropicana Garden Mall, Andra by Gula Cakery.
3. Clams & Mussels Restaurant
Restoran yang terletak di Jalan Ampang, Kg Berembang ini mendapat lima bintang daripada pelanggan-pelanggannya yang meninggalkan review di Google tentang kesedapan hidangan Chilli Butter Sauce Clams dan Mussels.
Resepi Berasaskan Clams
Selain resepi chilli butter, clams juga boleh diolah kepada beberapa resepi lain yang tak kurang sedap.
Antara beberapa resepi clams yang sedap untuk dicuba adalah seperti berikut:
- Salted Egg Clams
- Clam Masak Masam Manis
- Resepi Clam Kam Heong
- Clam Sos Thai
- Clam Masak Tiram
- Clam Tiga Rasa
- Clam Tumis Kunyit Daun Selasih
- Rendang Kerutuk Clam
- Clam Tumis Cili
- Shellout Clam
Cara Mudah Cuci Clam
Sebelum memasak clam pastikan anda telah mencucinya betul-betul bersih supaya dapat menghilangkan kotoran dan lumpur yang boleh menyebabkan keracunan makanan jika tidak dicuci bersih.
Kalau diikutkan memang ambil masa lama sebab perlu dicuci satu demi satu untuk menghilangkan lumpur dan segala kotoran.
Rupanya ada cara paling mudah untuk mencuci clam tanpa mencucinya satu per satu iaitu kena rendam clam dengan cili kering dalam sepuluh minit sampai ia terbuka kulit. Kemudian baru dicuci. Mudah kerja.
Selamat mencuba masak menu clam!