Khasiat kaki ayam kaya kolagen rahsia awet muda | Alangkah beruntungnya jika anda penggemar makan kaki ayam. Di sebalik rupanya itu, terkandung khasiat yang pelbagai untuk kesihatan diri.
Kaki ayam ini bila dah dibersihkan sangat sedap jika dimasak sup, tomyam, lauk lemak, kerabu malah goreng pedas.
Jika pandai cara memasaknya, kaki ayam akan jadi lembut dan mudah untuk dinikmati. Sebelum itu, kenalah tahu apakah khasiat kaki ayam itu.
Khasiat Kaki Ayam Menurut Pakar
Menurut penyelidik di Universiti Taiwan kaki ayam ini sumber alternatif yang baik untuk kolagen. Dengan kata mudahnya, kaki ayam itu kaya kolagen.
Semua orang tahukan kolagen itu memberi manfaat untuk kulit.
Kalau nak kulit mulut malah melambatkan kesan penuaan keraplah makan kaki ayam ini. Dalam kaki ayam juga ada sumber asid hyaluronik dan chondroitin sulfat.
Kedua bahan inilah antara yang jadikan si pemakannya awet muda.
Baca juga : Kerang Masak Kam Heong
Antara Lain Khasiat Kaki Ayam
Kaki Ayam Menjaga Kesihatan Kuku
Kalau asyik alami masalah kuku terbelah, pecah dan sebagainya eloklah amalkan memakan kaki ayam ini. Sebab apa?
Kaki ayam dimasak dengan suhu melebihi 100 darjah Celcius akan mengubah kolagen yang ada pada kaki ayam itu kepada gelatin.
Gelatin dari kaki ayam inilah yang memperbaiki rambut, kuku dan merawat penyakit sendi asteoarthritis.
Macam-macam boleh dibuat dengan resepi kaki ayam ini. Misalnya sup kaki ayam, kerabu kaki ayam, kaki ayam pedas ala Korea.
Terbayang-bayang sedapnya.
Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh
Suka atau tidak, kaki ayam ini juga kaya dengan protien, kalsium, tulang rawan dan kolagen yang mudah diserap oleh tubuh.
Nutrisi yang ada di dalamnya inilah memperkukuhkan struktur tulah dan mencepah tulang rapuh yang biasa dialami opabila meningkat usia.
Haa.. sebab itu siapa yang suka makan kaki ayam ini awet muda.
Baca : Buat kepak ayam madu simple dan sedap
Mengapa Tubuh Memerlukan Kolagen
Kolagen itu mempunyai fungsi yang baik untuk tubuh badan manusia. Antaranya :
- Untuk membentuk kulit yang anjal. Ia juga menjadikan kulit lebih sihat dan menggantikan sel-sel kulit mati kepada sul kulit yang baru dengan cepat.
- Kolagen juga menyerap kalsium dan protien. Itulah yang membuatkan tubuh badan seseorang jadi lebih sihat.
- Jangan tak tahu, kolagen juga meningkatkan metabolisme tubuh. Paling best, tentunya ia membantu menurunkan berat badan.
- Jika ada masalah tulang rapuh, kolagen inilah yang membantu memperkuatkan tulang dan atasi masalah tulang rapuh.