Kipas Lama Jadi Baru, Bajet RM30 Jer. Hasil Mantap!

Kipas lama jadi baru dengan modal hanya sekitar RM30. Dengan bajet begitu, anda pasti akan tersenyum melihat hasilnya. kiranya ini diy kipas lama

Kata orang belum cuma belum tahu. Bila sudah cuba pasti anda akan berasa bangga melihat hasil kreativiti sendiri.

Apatah lagi musim PKP ini menyebabkan kita sebenarnya punya banyak masa di rumah terutama hujung minggu. Selain lakukan aktiviti bersama keluarga, anda juga boleh DIY makeover barangan deko di rumah.

Artikel Lain: Kesan Pfizer Lepas Suntikan

Jadi bagi mereka yang ingin mencantikkan lagi barangan dalam rumah bolehlah cuba makeover kipas siling lama bertukar menjadi baru.

Maklumlah sebelum ini kipas siling digunakan berwaran putih dan apabila sudah lama digunakan ada yang telah bertukar menjadi sedikit kekuningan.

Anda tidak perlu beli baru jika kipas masih boleh digunakan. Sebaliknya hanya perlu mencantikkkan kipas lama menjadi seperti baru.

Perkongsian melalui Kelab Kaki Deko oleh Aufa Med yang makeover kipas siling lama hanya dengan menggunakan cara spray atau cat siling. Hasilnya kipas anda akan kelihatan baru dah nampak lebih moden.

Apa yang penting bajetnya tidak sampai RM30. Jadi bagi mereka yang sedang mencari idea apa mahu dilakukan untuk deko rumah, boleh cuba cara ini yang senang dan mudah dibuat.

Ubah Suai Kipas Lama Jadi Baru

Setahun yang lepas.. Sbb kipas dah buruk sangat, try la guna wallpaper tampal.. Konon lawa.. Hahaha… Konon kan..

Kita tukar, keluarkan bilas kipas.

kipar lama jadi baru
Kipas lama.

Sebelum spare bersihkan dulu kipas dan gosok Bahagian tepi kipas yang berkarat dengan kertas pasif.

Kipas lama jadi baru
Buka satu-satu bilah kipas.

Kemudian spray. Saya beli spray paint anchor, satu warna gold dan satu putih.

Code:

  • 808 gold (bronze)
  • 2 white
Kipas lama jadi baru
Spray jenis ini.

Tungu kering dan pasang semula kipas.

Kipas lama jadi baru
Tunggu kering lepas spray.

Ini hasilnya

Nampak baru & moden.

Warna boleh guna ikut cita rasa. Tapi warna gold lebih menyerlah.

Cara Cuci Kipas Tanpa Kotorkan Lantai :

  1. Sentiasa cuci bilah kipas setiap sebulan sekali elak habuk.
  2. Caranya gunakan sarung bantal lama yang telah disembur cuka atau serbuk pencuci.
  3. Masukkan sarung bantal dalam bilah kipas berkenaan.
  4. Kesat habuk sampai bersih. Kegunaan sarung bantal ini, habuk akan terperangkan di dalamnya tanpa kotorkan ruang bawah.
  5. Ulang pada bilah lain guna cara yang sama. Buat sehingga bersih semua bilah kipas.

Miss Dora: Kenalah rajin cuci kipas, barulah sejuk macam pasang aircond. Kaum hawa pun boleh buat kerja-kerja cucian ni. Silap-silap lagi bersih dari tenaga lelaki.

Artikel Lain: Port Makan Best & Viral Di Selangor

Leave a Comment!

error: Content is protected !!