Lobak merah dikatakan antara sayuran yang cukup popular dikaitkan dengan kesihatan mata. Tetapi sebenarnya khasiatnya bukan hanya untuk mata tetapi kulit, tetapi juga bagi sistem penghadaman dan juga gigi.
Cerita bab lobak ini memang tak lari dengaa bab kesihatan dan kecantikan. Sayuran rangup berwarna oren ini kaya dengen nutrien penting seperti protein, lemak, karbohidrat, serat dan juga kalsium
Lobak merah atau nama saintifiknya Dacus Carota adalah sejenis tumbuhan berakar yang ditanam sejak beribu tahun dulu dan sangat popular sama ada dimakan begitu saja atau dibuat jus.
Table of Contents
Rasa Lobak Merah Dimakan Mentah
Lobak merah juga boleh dimakan mentah sebagai kudapan terutama bagi mereka yang mengamalkan diet sihat. Rasanya yang manis buah serta buah rangup menjadikan lobak merah juga sesuai dibuat ulaman untuk dicicah dengan sambal belacan.
Teringat pula kisah anak kawan sis, Pura yang mana anaknya yang berwajah pan-asian rajin makan lobak merah atau carrot ini untuk sarapan pagi. Dah macam jajan bila lihat anaknya itu makan begitu saja.
Kebaikan Lobak Merah Untuk Kesihatan Dan Kecantikan
1. Beta Karotena
Lobak merah kaya dengan sumber antioksidan yang antaranya mengubah kepada vitamin A dalam tubuh untuk membantu mengekalkan kulit sihat.
2. Penghadaman
Lobak merah meningkatkan jumlah air liur dan membekalkan mineral penting, vitamin serta enzim yang membantu memudahkan proses penghadaman. Makan lobak merah secara kerap dapat membantu mengelakkan ulser gastrik dan penyakit lain membabitkan sistem penghadaman.
3. Elemen Alkali
Lobak merah kaya dengan elemen alkali yang menggiatkan dan membersihkan darah selain mengimbangi ratio asid/alkali tubuh.
4. Kalium
Lobak merah adalah sumber terbaik untuk kalium yang membantu mengekalkan tahap garam dalam tubuh, sekali gus membantu menurunkan tekanan darah.
5. Kesihatan Gigi
Lobak merah membunuh kuman dalam mulut dan membantu mengelakkan kerosakan gigi.
6. Luka
Parutan lobak merah yang mentah boleh digunakan untuk membantu mengubati luka dan kerengsaan.
7. Fitonutrien
Antara kebaikan fitokimia yang ada pada lobak merah ialah fitonutrien dikenali falcarinol yang mengurangkan risiko kanser usus dan membantu menggalakkan kesihatan usus secara keseluruhan.
8. Karotenoid
Lobak merah kaya dengan karotenoid yang digunakan tubuh untuk mengawal paras gula dalam darah.
9. Serat
Lobak merah tinggi kandungan serat larut yang mampu merendahkan tahap kolesterol.
10. Mata, Rambut Dan Kuku
Nutrien dalam lobak merah dapat meningkatkan kesihatan mata, kulit, rambut, kuku dan banyak lagi dengan membantu tubuh menyingkirkan bahan toksin serta membina sel baru.
Cara Buat Lobak Merah Untuk Masker
Untuk yang jaga kecantikan, lobak merah juga sangat sesuai dibuat masker. Boleh buat stok banyak-bayak di rumah menggunakan bahan sedia ada. Bukan saja mudah dibuat, masker buat sendiri ini juga lebih jimat dan selamat digunakan.
Bahan-Bahan
- 1/2 batang lobak merah – dihiris
- 1 ruas jari kunyit hidup / 1 sudu serbuk kunyit
- 5 sudu besar tepung jagung
Cara Membuat:
- Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air
- Kalau adunan cair masukkan sedikit lagi tepung jagung.
- Sapu rata masker ke wajah selama 15 minit. .
- Kemudian barulah cuci bersih dengan air biasa. Buat setiap hari untuk hasil lebih menarik
Tips: Lebihan masker jangan buang, boleh letak dalam peti sejuk dan tahan selama 2 minggu. Bila korang nak guna boleh terus apply je di wajah.
Oh ye, dalam penjagaan wajah juga sis nak ingatkan korang jangan lupa untuk apply sunblock dan dapatkan 10 produk sunblock terbaik untuk wajah. Juga nak jadi cantik jangan abaikan penjagaan wajah dan korang kena pilih skincare sesuai dengan wajah. Kalau tak mau pening, pilih je 10 skincare kulit berminyak di Watson ini.
Kelebihan Masker Buatan Sendiri:
1. Kulit Jadi Bercahaya
Campuran semulajadi ini kaya dengen vitamin dan nutrien yang menyuburkan sel kulit dari dalam dan menjadikan kulit sihat dan berseri.
2. Kurangkan Parut
Gabungan kunyit dan lobak mera mempunyai keupayaan untuk menghilangkan parut kerana ia kaya dengen vitamin A dan beta karoten
3. Elak Kulit Berkedut
Antioksidan terdapat dalam masker batan sediri ini boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit anda, meningkatkan keanjalan kulit dan selain itu boleh cegah kedutan dan garis halus.
4. Rawat Kulit Kering
Masker semulajadi ini boleh menghidrat setiap sel kulit anda dan memberikan kelembapan, dengan itu ia dapat mengurangkan kekeringan kulit dan menjadikan kulit anda lebih lembut.
5. Kurangkan Jerawat
Anti bakteria yang ada dalam campuran boleh singkirkan bakteri dan kotaran yang terdapat di liang kulit anda dengan itu dapat kurangkan jerawat.
Cara Mudah Buat Jus Lobak Merah Susu
Selain itu lobak merah juga enak dibuat jus, lagi-lagi bila diminum ketika musim panas. Lega sangat dapat membasahi tekak dengan jus lobak merah susu yang viral ini. Tak percaya korang boleh buat hanya guna 2 bahan utama, lobak merah dan susu pekat manis.
Bahan-Bahan:
- 1 batang lobak merah
- 1 gelas air masak
- 1 mangkuk ais
- 3 sudu besar susu pekat manis
Cara Membuat:
- Kisar lobak merah dengaa air hingga hancur.
- 2.Tapis jus lobak merah dan kemudian masukkan susu pekat manis
- Tuang dalam gelas dan letakkan ais batu. Sedia untuk diminum.
Cara Buat Kek Lobak Merah Sedap
Selain dibuat jus, lobak merah juga sangat popular dalam pembuatan kek.Kalau orang pernah makan di Secret Recepi, pasti pernah beli carrot cake dia kan. Sis nak share resepi kek dari lobak merah atau Resepi Kek Carrot Secret Recipe dari air tangan blogger terkenal ninamirza.com.
Katanya dia hanya guna sukatan cawan untuk membuat resepi ini dan rasanya memang marvelollues. Tak percaya korang kena try buat, hanya guna sukatan cawan je yer. Tak susah pun nak buat kek ini yang hanya gunakan lobak merah sebagai bahan utama.
Resepi Kek Carrot Secret Recipe
Bahan-Bahan:
- 11/4 cawan lobak merah – disagat & guna kitchen towels untuk perapkan airway
- 1/2 cawan nenas tin – cinchan kasar & toskan
- 1/2 cawan oats
- 1/2 cawan walnut (bakar sekejap)
- 1 cawan tepung gandum – diayak
- 1 sudu kecil double action baking powder – diayak
- 1/2 sudu kecik soda bicarbonate -diayak
- 1/2 sudu kecik garam -diayak
- 1 sudu kecik serbuk pala -diayak
- 1 sudu kecik serbuk kayu manis – diayak
- 2 biji telur grad A
- 3/4 cawan minyak jagung
- 3/4 cawan gula perang
Bahan Untuk Topping:
- 1/2 kettle Philadelphia cream cheese
- Beberapa titis vanila /lemon emolco
- 3 sudu besar gula icing
Cara Membuat:
- Sagat lobak merah dan teka dengan kitchen towels supaya lobak merah kering
- Toskan nenas yang dicincang, oats dan walnut telah dibakar ketepikan dulu.
- Sediakan bahan perlu diayak, satukan dan ketepikan.
- Panaskan oven 180oC. Kemudian ambil loyang empat segi 7X7 dan letak minyak dan alas dengan kertas minyak.
- Campur telur bersama minyak dan gula. Kacau kira-kira lima minit hingga sebati.
- Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau sebati guna spatula.
- Kemudian masukkan oats, lobak merah, walnut dan gaul dengan spatula. Bila dah sebati, masukkan kacang walnutyang diramas hingga pecah.
- Tuang dalam acuna dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.
Cara Buat Topping Cream Cheese
Satukan semua bahan-bahan dan putar hingga sebati dan halus. Kemudia sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. Jika terlalu pekat dan susar disapukan atas kek, tambahkan sedikit susu segar.