Pil perancang | Sudah menjadi naluri pasangan yang baru mendirikan rumah tangga segera memiliki anak. Namun, setiap pasangan mempunyai pandangan yang berbeza. Ada pasangan yang mahu menangguhkan dahulu hasrat memiliki cahaya mata kerana faktor ekonomi atau tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menimang anak. Ada juga yang mahu mengukuhkan karier terlebih dahulu dan tidak kurang juga yang masih belajar.
Sebagai pasangan muda anda perlu mempunyai pengetahuan yang khusus cara mencegah kehamilan dengan cara yang sihat dan betul.
Table of Contents
Terdapat dua jenis kaedah mencegah kehamilan yang mempunyai tujuan yang satu iaitu menggagalkan pertemuan sel telur dan sperma ketika melakukan hubungan intim.
Cara tersebut adalah melalui;
Kaedah Natural
Cara tradisional adalah seperti menggunakan sistem kalender ketika melakukan hubungan intima tau dan ramuan tradisional.
No. | Berkesan | Cegah Hamil | Amaran | Apa Yang Perlu Tahu |
---|---|---|---|---|
1. | 76 % | Merancang Secara Semula Jadi Tidak melakukan hubungan intim ketika ovulasi yang boleh diketahui dengan memeriksa suhu tubuh. Masa subur wanita ketika sel telur yang mungkin bersatu dengan sperma. Haid yang normal secara umum berlaku selama 28 hingga 30 hari. Maka waktu subur wanita jatuh pada hari ke11 sehingga 18 hari setelah haid terakhir. | Perlu lebih prihatain dengan perubahan kitaran haid. | Kitaran haid sering berubah-ubah. |

Perubatan
Manakala cara mencegah kehamilan melalui perubatan adalah paling selamat dan praktikal. Doktor akan menasihati pasangan yang ingin mencegah kehamilan dengan memakai alat kontrasepsi. Kaedah kontrasepsi ini lebih mudah dengan bantuan alat atau hormon yang tertentu.
Alat kontrasepsi yang biasa disarankan oleh doktor untuk mencegah kehamilan adalah;
No. | Berkesan | Alat Kontrasepsi | Amaran | Apa Yang Perlu Tahu |
---|---|---|---|---|
1. | 91 % | Pil perancang Pil perancang adalah satu kaedah kontrasepsi yang menggunakan hormon sebagai mengawal pengeluaran sel telur wanita. Pil perancang menghalang telur dihasilkan setiap bulan. Tetapi, jika pengeluaran telur masih berlaku, hormon di dalam pil perancang tersebuh akan mencegah sel telur tertanam di dalam saluran air kencing. Maka sperma dan sel telur tidak akan bertemu ketika melakukan hubungan intim suami isteri. | Pil perancang merangsang hormon terstosteron dan memberi kesan kepada libido. | Pil perancang perlu diambil dalam masa yang sama setiap hari. Jika terlupa boleh mengganggu program kontrasepsi yang dijalankan. |
2. | 88 % | Span Bentuk bulat dan melengkung ke dalam dimasukkan ke dalam vagina dan membunuh sperma. | Perlu direndam terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam vagina. | Tidak berkesan kepada wanita yang pernah melahirkan. |
3. | 99 % | Alat IUD Alat IUD (intra uterine device) adalah satu kaedah menncegah kehamilan alat kontrasepsi yang berbentuk T yang diletakkan di dalam rahim. IUD adalah sekeping plastic yang mengandungi hormone progesterone sintetik yang boleh mencegah kehamilan. Progesterone ini menyebabkan ovari terhalang daripada membebaskan telur. Ini akan menyebabkan servik menghasilkan mucus yang kurang dan tebal agar sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah. | Jika mempunyai penyakit Chlamydia atau gonorrhoea dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu. Ini kerana IUD boleh membuat penyakit ini lebih parah. | Bahan IUD adalah selamat dan tidak akan berlaku pembengkakan pelvik. |
4. | 94 % | Suntikan Kaedah ini sangat popular kerana kos perubatan yang murah dan mudah. Ini berlaku dengan menyuntik hormon ke dalam tubuh wanita dalam jumlah yang tertentu. Hormon yang tertanam ke dalam tubuh akan mencegah pengeluaran sel telur. Biasanya suntikan akan diambil setiap tiga bulan sekali. | Suntikan ini mungkin mempengaruhi ketumpatan tulang yang menyumbang kepada osteoporosis. Pakar menyarankan agar suntikan ini tidak diambil lebih daripada dua tahun. | Jika anda merancang mahu memiliki anak, kaedah ini mengambil masa hampir setahun untuk subur semula. |
5. | 99 % | Sterilasi Tiub fallopian wanita atau vas deferens lelaki diikat dan dipotong. Jadi sperma dan sel telur tidak akan bersatu. Kaedah ini adalah cara yang kekal dan tidak dapat diulang semula jika bercadang untuk memiliki anak. | Perlu berfikir panjang untuk melakukan kaedah ini kerana tiada cara untuk kembali kepada asal. | Kaedah ini perlu dilakukan melalui pembedahan. |
6. | 91 % | Cincin Sebulan sekali dimasukkan dua inci cincin khusus mencegah kehamilan ke dalam vagina. Masuk ke dalam vagina seperti memasukkan tampon. Cincin ini mempunyai peranan yang sama seperti pil perancang iaitu menghasilkan hormon. Keluarkan semula ketika haid dang anti dengan yang baru. | Risiko mengalami sekatan dalam pembuluh darah kerana ia meresap jauh sehingga saluran darah. | Peluang untuk gagal tinggi jika kedudukan cincin berubah ketika melakukan hubungan intim. |
7. | 91 % | Pelekat Pelekat ini diletakkan di atas punggung, perut atau lengan selama tiga minggu tidak termasuk minggu haid. Pelekat ini akan mengeluarkan hormon anti-ovulasi. | Kulit mungkin akan mengalami kegatalan. | Pastikan selepas menanggal pelekat tersebut terus digantikan dengan yang baru. |
8. | 79 % | Kondom Kondom ialah alat pencegah hamil yang menghalang sperma dari memasuki rahim wanita. Ia terdiri dari salur getah yang dipakai semasa ereksi sebelum berlaku sentuhan dengan faraj. Kondom adalah alat kontraseptif yang popular. | Kondom lelaki boleh pecah dan menggagalkan misi anda. | Sensasi hubungan intim mungkin berbeza jika tidak memakai kondom. |
9. | 88 % | Diaphragm Diaphragm adalah getah lembut berbentuk bulat yang boleh meregang. Bahagian muncung diisi dengan gel pembunuh sperma. Diaphragm dimasukkan ke dalam faraj sebelum hubungan intim. | Perlu mengukur untuk mendapat saiz yang betul dan sukar untuk membuangkan buat permulaan. | Perlu dimasukkan ke dalam faraj enam jam sebelum melakukan hubungan intim. |
10. | 99 % | Implant Rod plastik ditanam ke dalam lengan wanita. Biasanya ukuran rod tersebut seperti mancis. Implant akan mengeluarkan hormon yang mencegah pengeluaran sel telur. Implant ini mempunyai jangkah hayat lima tahun dan perlu diganti baru selepas itu. | Lebih kurang 80 peratus wanita yang mengalami haid yang tidak teratur pada tahun yang pertama. | Implant ini kadang-kadang tidak duduk setempat dan boleh bergerak ke tempat lain. |
11. | 88 % | Topi Servik Berbentuk cawan kecil yang diperbuat daripada getah atau plastik. Seperti diaphragm, topi servik dimasukkan kedalam faraj dan diisi dengan gel pembunuh sperma. | Topi boleh tertanggal ketika melakukan hubungan intim. | Kurang berkesan kepada wanita yang pernah melahirkan anak. |
Ketahui juga 5 jenis cegah hamil yang patut ambil tahu sebelum membuat keputusan memilih yang mana satu sebagai perlindungan diri.

Kesimpulan
Anak-anak adalah rezeki dari Yang Maha Esa. Mereka adalah anugerah yang tidak ternilai. Namun, jika mempunyai masalah kesihatan atau ekonomi yang tidak stabil adalah wajar untuk merancang keluarga. Ramau juga yang berkeinginan untuk memiliki cahaya mata dan belum mempunyai rezeki. Mungkin boleh cuba cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil, mana tahu ada rezeki di sana nanti.