Proses permohonan cerai bersama : Cerai adalah satu kalimat yang sangat taboo dalam masyarakat kita. Ianya suatu yang halal tapi sangat-sangat tidak digalakan. Namun Proses permohonan cerai bersama mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak keraajaan untuk memudahkan kesemua pihak.
Perceraian pastinya akan merosakkan hubungan silaturahim antara dua keluarga, anak-anak, mahkamah dan masyarakat. Ianya sangat perit dan yang selalu menjadi mangsanya adalah anak anak yang pastinya mengharapkan kasih sayang kedua ibubapa mereka
Namun, langit tidak selalu cerah. Ada masa perlu fikirkan hati kedua pasangan jua, cinta tidak boleh dipaksa
Setiap wanita pula sentiasa bersedia jika tiba saat ini dalam perjalanan hidup kita, wanita perlu lebih bijak sebelum melangkah ke alam perkahwinan dengan menhambil langkah seperti 8 tips wanita bahagia jika melalui perceraian satu hari nanti.
Perceraian yang biasa kita dengar di negara kita Malaysia iadalah cerai melalui lafaz talak yang hanya boleh dibuat oleh suami. Talak adalah hak suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya. (rujuk surah al-Baqarah ayat 229, surah al-Talaq ayat 1 dan surah an-Nisaa ayat 19).
Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”
Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: “
Proses permohonan cerai bersama yang betul
1. Proses 1 : Kaunter Mahkamah
Kehadiran Wajib: Suami atau isteri:
- Serah Borang Permohonan Perceraian yang telahdilengkapkan (mengikut format borang)
- Bayar yuran pendaftaran (mengikut kadar ketetapan negerimasing-masing)
- Daftar kes cerai di kaunter
- Terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah (Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamahhendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan).
2. Proses 2 : Mahkamah
Kehadiran Wajib: Suami atau isteri:
- Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
- Bawa bersama dokumen asal seperti berikut:
- Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau
- Pasport.
- Mahkamah mendapatkan persetujuan perceraian daripada suami dan isteri
- Suami melafazkan cerai talaq satu (1)
- Mahkamah:-
- Sahkan lafaz cerai suami
- Keluarkan perintah perceraian
- Suami dan isteri terima rekod perceraian
- Suami dan isteri bawa rekod perceraian dengan SEGERA ke Jabata Agama Islam untuk daftar cerai
3. PROSES 3; JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI
Kehadiran Wajib: Suami atau isteri:
- Serah rekod cerai kepada Jabatan Agama bersama dokumen asal berikut:-
- Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atauPasport
- Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian
- Bayar yuran daftar cerai (mengikut kadar yang ditetapkaN oleh negeri-negeri)
4. PROSES 4; JABATAN AGAMA ISLAM
- Daftar cerai
- Keluarkan sijil cerai
Elakkan Perceraian!
Seringkali kita dengar proses perceraian yang berpanjangan dan mengambil masa bertahun tahun, namun kalau kedua pihak memberikan kerjasama yang baik untuk menjaga hati keduanya tidak mustahil dapat dipercepatkan proses ini.
Sebaiknya rujuklah Mahkamah Syariah Setiap negeri.
Namun sebaiknya cuba elakkan perkara ini terjadi, cuba ingat dan amalkan 11 pesanan perkahwinan untuk keluarga bahagia demi kesejahteraan kedua keluarga.